Teaser 1

3.5K 83 22
                                    

Assalamualaikum dan selamat pagi. Moga hari ni lebih baik dari semalam💕 pagi ni akak tepek teaser Kayla dulu. Petang nnt kt bg Eryna😚

Teaser 1 (versi belum edit)

“Mama... nak tu?” Aidan tunjuk gula-gula kapas di sebuah kedai coklat.

“Aidan nak gula-gula kapas tu ke?” Kepala Aidan diusap lembut.

Laju Aidan mengangguk. Kayla tersenyum tawar. Wajah Aidan bukan sahaja seiras dengan Aryan tetapi mereka mempunyai kegemaran yang sama. Setiap kali dia memandang wajah Aidan, Kayla pasti akan teringatkan Aryan.

Sudah beberapa tahun dia melarikan diri daripada Aryan. Bukan melarikan diri, tetapi lebih kepada mengalah. Dia sedar kehadirannya dalam hidup lelaki itu adalah satu kesilapan. Jika dapat diputarkan masa, dia tidak akan memaksa Aryan untuk berkahwin dengannya.

“Mama...” Panggil Aidan sambil menarik tangan Kayla.

Terus lenyap ingatannya terhadap lelaki itu. Perlahan-lahan Kayla mencangkung di hadapan Aidan. Satu-satunya harta berharga dalam hidupnya selepas pemergian arwah Encik Malik.

“Okay, mama belikan tapi janji dengan mama, lepas ni kurangkan makan makanan manis.” Jari kelingkingnya dihulurkan kepada Aidan. Perbuatan yang sudah menjadi rutin buat mereka berdua jika perlu membuat janji.

“Okay, mama.” Laju Aidan menjawab sambil menyatukan jari kecilnya dengan jari kelingking Kayla. Ketawa mereka saling bergabung.

Kayla berdiri kembali sambil memimpin tangan comel itu menuju ke kedai coklat. Mati langkahnya saat ternampak kelibat lelaki yang sudah lama tidak ditemuinya itu. Hati Kayla semakin terluka saat melihat Husna tersenyum di sisi Aryan.

“Papa!” Jerit Aidan dengan tiba-tiba.

Terkejut pasangan itu apabila mendengar jeritan suara Aidan. Malah, Kayla turut tercengang kerana tidak menyangka Aidan dapat mengecam wajah Aryan. Kayla dan Aryan saling bertatapan. Menggigil tubuh Kayla apabila melihat Aryan cuba mendekati mereka.

Tanpa membuang masa, tubuh kecil Aidan didukung dan dia berlari sekuat hati. Dia tidak mahu lelaki itu berada dekat dengan mereka terutamanya Aidan.

“Kayla!”

Kayla semakin cemas apabila mendengar suara Aryan semakin hampir. Aidan yang masih terpinga-pinga terus memeluk leher Kayla dengan erat.

“Kayla... tunggu abang, Kayla!”

Kayla masih lagi berlari laju. Sebaik sahaja dia berjaya keluar dari pasaraya itu, dia segera menuju ke arah sebuah teksi. Kayla bernasib baik kerana kebetulan ada teksi yang baru sahaja menurunkan seorang penumpang. Lekas dia masuk ke dalam kereta dan menutup pintu itu.

“Pak cik, tolong bawa saya pergi dari sini. Cepat pak cik,” gesa Kayla sambil memeluk Aidan dengan erat.

“Err... baik puan.” Terkejut juga pemandu itu dengan kemunculan Kayla secara tiba-tiba.
Belum sempat teksi itu bergerak, cermin tingkap pintu di sebelah Kayla diketuk dengan kuat. Pucat wajah Kayla melihat Aryan sudah berada di hadapannya. Mujurlah Kayla sempat mengunci pintu kereta itu.

“Buka pintu ni, Kayla! Tolong buka pintu ni, sayang…”

Sayang?

Bergenang tubir mata Kayla. Tidak percaya lelaki itu akan memanggilnya dengan panggilan sayang.

“Puan nak saya buka...”

“Jangan!” Bantah Kayla.

Aryan masih lagi berusaha membuka pintu teksi itu.

“Jalan pak cik. Saya tak kenal lelaki gila ni. Dia nak ganggu saya. Cepat jalan,” gesa Kayla dengan bersungguh-sungguh.

Wajah pemandu itu jelas keliru. Pelik juga apabila lelaki kacak dan bergaya itu dikatakan lelaki gila. Akhirnya dia akur dengan arahan Kayla. Kereta dipandu laju meninggalkan kawasan itu.

“Sayang!”

Terpejam mata Kayla apabila masih terdengar panggilan itu. Kalaulah empat tahun yang lalu dia mendengar perkataan itu walaupun hanya sekali sahaja, tidak mungkin dia akan meninggalkan Aryan.

“Kenapa mama nangis?” Tangan kecil Aidan mengesat kedua-dua pipi Kayla yang sudah lencun itu.
“Tak ada apa sayang. Tak ada apa.” Makin erat Kayla memeluk anaknya. Kerana Aidan dia terus bertahan untuk meneruskan kehidupannya.

‘Maafkan mama, sayang. Mama tak patut terus bersama dengan papa sejak dari dulu…’

💕

Nak jimat ambil kombo. Diingatkan, harga ahli hanya boleh dibeli dengan Penerbitan Lovenovel shj ye😘 wasap 0129284568. Praorder sehingga 25/10.

 Praorder sehingga 25/10

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Seikhlas Cinta Kayla ( Sold Out. Hanya Ada Ebook Di Esentral)Where stories live. Discover now