Last day Preorder

964 17 2
                                    

Last day ( SE SCK cetakan kedua)

Aidan & Iman 🔥

“Sebenarnya ada perkara lain yang mengganggu fikiran aku.”

“Apa dia?”

“Kau tahukan masalah family aku dulu. Sebelum kami tinggal bersama papa semula.” Hanya Darwish yang pernah mendengar luahan perasaannya. Ketika itu, dia masih kecil. Disebabkan tertekan dia menceritakan kepada Darwish.

Darwish sekadar angguk. Memang dia tahu serba sedikit masalah ibu bapa Aidan. Malah, mamanya pernah menceritakan serba sedikit masalah ibu bapa Aidan dulu. Menurut mama, ibu bapa Aidan terpaksa berpisah disebabkan salah faham. Dan paling mengejutkan, semua yang berlaku itu adalah rancangan dari arwah nenek Aidan.

“Kenapa tiba-tiba perkara ni kau ungkit?”

“Aku dah tahu siapa bekas kekasih papa aku.”

“Ha?! Siapa?”

“Mommy.”

Terlopong mulut Darwish. Kecilnya dunia. Selama ini Aidan selalu tertanya-tanya siapa bekas kekasih papanya sehingga mama pernah membawa diri. Dan tak sangka perempuan itu sangat rapat dengan Aidan.

“Seriuslah.”

“Aku sendiri dengar dari mulut papa dan mama. Aku… aku makin keliru sekarang. Kalau betul mommy punca mama pernah bawa diri...”

“Kau nak bencikan Iman?” celah Darwish tanpa sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya.

Aidan mengggeleng lemah.

“Iman tak salah. Tak ada sebab aku nak bencikan dia hanya disebabkan kisah silam keluarga kami. Cuma mungkin apa yang berlaku sekarang dah buka mata aku. Yang kami memang tak ditakdirkan bersama.”

“Aidan…”

“Aku tak boleh kahwin dengan dia. Memang dia perempuan yang aku cinta tapi…”

Aidan pejam kedua matanya rapat-rapat. Masih terbayang lagi wajah mama bersusah payah membesarkan dia seorang diri. Tanpa papa di sisi.

“Aku lebih sayangkan mama. Dan aku takkan bersama dengan orang yang ada kaitan dalam penderitaan mama aku dulu.”

💔

Hanya Aidan yang tahu penderitaan Kayla semasa kecil...

P/s: selepas hari ni, kak tak ambil lagi tempahan untuk buku SCK. Boleh cuba tanya penerbit jika masih terima. .

Seikhlas Cinta Kayla ( Sold Out. Hanya Ada Ebook Di Esentral)Where stories live. Discover now