Teaser 🥲

1.2K 12 2
                                    

#SeikhlasCintaKayla

“Kau dah makan?”

“Aku dah makan dekat hospital. Aidan tadi dah boleh senyum tau. Alhamdulilah. Harap-harap lepas ni aku boleh bawa dia balik.” Tersenyum Kayla apabila menceritakan tentang keadaan Aidan.

Kasihan Dhiya melihat Kayla yang sanggup berulang alik dari hospital hampir setiap hari. Malah, selepas dua bulan Kayla melahirkan Aidan, Kayla berkeras untuk bekerja seperti biasa. Demi mencari duit untuk menampung kos pembedahan Aidan, Kayla sanggup berkerja.

“Kau dah buat keputusan muktamad ke untuk lakukan pembedahan tu? Kau tahu kan pembedahan tu terlalu berisiko.” Tangan Kayla digenggam kemas.

  “Dah banyak kali kau tanya aku soalan yang sama dan jawapan aku tetap sama. Tak kira apa pun risikonya, aku sanggup lakukan asalkan anak aku selamat.” Tenang Kayla berikan jawapan.

Dhiya mengetap bibirnya menahan rasa sebak.

“Aku doakan kau selamat,” kata Dhiya yang sudah mengalirkan air mata. Dia sangat risaukan keselamatan Kayla ketika ini.

“Terima kasih Dhiya. Kau dan Ayie dah banyak tolong aku. Aku terhutang budi dengan sangat.” Kayla turut mengalirkan air mata.

Di saat dia dalam kesusahan, Dhiya dan Shahril tidak pernah berhenti menghulurkan bantuan. Malah sanggup membiayai sebahagian kos rawatan anaknya.

“Kau tak nak beritahu Aryan tentang…”

“Tak perlu! Dia tak perlu tahu,” celah Kayla.
Dhiya mengeluh lemah. Dalam keadaan begini, Kayla masih lagi keras kepala.

“Kau masih lagi isteri dia. Tanggungjawab dia pada kau masih ada. Aku tahu kau tak suka sangat bila aku ungkit pasal Aryan tapi aku tak nak kau tanggung masalah ni seorang diri.”

Sudah berbuih mulut Dhiya dan Shahril menasihati Kayla agar menghubungi Aryan. Namun, Kayla tetap tidak mahu. Kayla sanggup menanggung kos pembedahan itu dengan menggunakan wang yang diberi oleh arwah Malik.

“Dah lebih setahun aku belajar hidup tanpa dia. Alhamdulilah, aku masih lagi kuat untuk hadap masalah ni seorang diri. Aku harap dia dah bahagia. Entah-entah, aku dah ada madu sekarang,” kata Kayla sambil ketawa kecil.

Dhiya menjeling tajam. Suka benar bercakap merepek. Mulut kata tidak mahu tetapi dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Terpaksalah Dhiya mengalah. Yang penting, Kayla dan Aidan selamat di dalam pembedahan itu.

💓

Pratempahan sehingga 9/9.

Seikhlas Cinta Kayla ( Sold Out. Hanya Ada Ebook Di Esentral)Where stories live. Discover now