Bab 7

8.3K 621 83
                                    

RALIT Kayla memerhati wajah Aryan yang sedang kusyuk membaca buku nota. Tersenyum Kayla kerana dapat melihat wajah Aryan yang semakin kacak itu. Ada rasa bangga kerana berjaya menjadi orang yang paling rapat di sisi lelaki ini.

Pap!

“Aduh!” Menyeringai wajah Kayla menahan rasa perit di dahi.

“Tahu pun sakit. Latihan dah siap ke?” sindir Aryan. Panjang muncung Kayla tayangkan.

“Ada dua lagi soalan…” Dahi yang masih terasa perit itu digosok dengan perlahan.

Kulit Kayla yang agak cerah itu sudah bertukar menjadi merah. Terasa bersalah pula Aryan kerana menjentik dahi Kayla dengan agak kuat.

“Sakit sangat ke?” Tanya Aryan dengan perasaan bersalah.

“Mestilah sakit. Dahlah abang jentik kuat,” adu Kayla.

“Meh sini abang tengok...”

Aryan menghampiri wajah Kayla. Terkebil-kebil mata Kayla memandang mata Aryan yang sangat dekat dengan wajahnya. Aryan turut terpaku saat melihat anak mata Kayla. Masing-masing masih saling bertatapan. Tersedar perbuatannya yang agak kurang manis, segera Aryan menjarakkan diri mereka.

“Ehem... sikit aje tu. Kejap lagi baiklah...”

Kayla sembunyi senyum. Pasti Aryan berasa malu. Buktinya, telinga Aryan sudah bertukar merah. Sudah menjadi tabiat Aryan sejak dari kecil lagi jika berasa malu telinga lelaki itu akan bertukar merah.

Tiba-tiba Kayla teringatkan sesuatu. Dia lekas mencari barang yang ingin diberikan kepala Aryan di dalam beg sekolah.

“Abang, hulur tangan,” pinta Kayla dengan manja.

“Nak buat apa pula ni?” soal Aryan dengan rasa curiga. Risau juga dia akan dikenakan oleh Kayla.

“Cepatlah abang...”

Aryan terpaksa menurut. Kayla meletakkan sesuatu di atas tapak tangan Aryan. Terkedu Aryan apabila melihat sebungkus besar coklat kegemarannya iaitu coklat Hershey's Kisses diserahkan kepadanya.

“Coklat?” Wajah Aryan sudah berubah ceria. Tersenyum lebar Kayla sebaik sahaja melihat reaksi Aryan.

“Sepatutnya Kayla bagi coklat ni beberapa hari yang lepas tapi...” Mati ayat Kayla apabila tersedar dirinya hampir mendedahkan kejadian beberapa hari yang lepas.

Gara-gara ternampak Zatul berbual mesra dengan Aryan, dia terpaksa membatalkan hasratnya.

“Tapi apa?” soal Aryan.

“Err... tapi sebab Kayla sibuk sangat dekat sekolah. Coklat ni, sebagai tanda terima kasih sebab sanggup ajar Kayla. Terima kasih, abang…”

“Sama-sama,” balas Aryan tanpa rasa curiga.

Kayla menarik nafas lega. Selepas ini dia perlu lebih berhati-hati apabila bercakap dengan Aryan terutamanya tentang Zatul. Takut jika rahsia kemalangan itu terbongkar.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

HARI ini, Kayla bakal menghadapi peperiksaan penting. Semua pelajar tingkatan tiga telah berkumpul di luar dewan peperiksaan. Kayla memberi tumpuan sepenuhnya dengan menghafal nota-nota penting sebelum masuk ke dalam dewan. Dhiya di sebelah berasa pelik melihat kesungguhan Kayla.

“Aku tengok kau bukan main semangat lagi study sejak akhir-akhir ni. Dah insaf ke sekarang?” Perli Dhiya sambil tersenyum mengejek.

Kayla terus memandang ke arah Dhiya dengan padangan yang tajam. Bahu Dhiya dipukul dengan kuat. Menyeringai wajah Dhiya menahan rasa perit.

Seikhlas Cinta Kayla ( Sold Out. Hanya Ada Ebook Di Esentral)Where stories live. Discover now