BAB 04 (18SX)

171 6 0
                                    

Seusai bertemu dengan Cikgu Izzudin, Papa Razali keluar dari bilik Disiplin dengan muka yang marah, dia hanya berdiam diri. Zul hanya mengekori papanya dari belakang tanpa suara, Rizal hanya memerhati Zul tanpa bersuara. Raut wajar Rizal semakin risau melihat wajar Papanya yang bengis.

Setelah berkemas beg Sekolahnya Zul hanya menunjukan isyarat Ok kepada Rizal sebelum melangkah keluar dari kelas. Isyarat tersebut seolah-olah memberitahu Rizal semuanya sudah selesai takda masalah. Pada masa sama, suara sumbang menyelubungi kelas tersebut.

Rasa bersalah Rizal semakin menebal entah apa hukuman yang akan dikenakan ke atas rakan baiknya. Mindanya serabut memikirkannya, tiada khabar berita mengenai kes peniruan mereka dari Cikgu Izzudin.

Papa Razali menunggu dalam kereta parkir sekolah, dengan hati yang panas.

"Terus balik ke rumah" Kata Papa Razali kepada drivernya.

Dua beranak hanya berdiam dirI sebaik keluar dari bangunan Sekolah hinggalah ke perut kereta. Driver hanya berdiam diri, sesekali driver tersebut mengintai melalui cermin pandang belakang kereta, melihat kedua beranak duduk berjauhan dekat dengan pintu kereta sambil memandang ke luar tingkap kereta bertentangan.

Flashback

"Kali ni saya akan lepaskannya kerana ini merupakan kesalahan pertama anak Tuan. Mungkin Zul ada sebab tertentu kenapa dia berbuat begitu." Kata Cikgu Izzudin.

"Saya harap dia tidak ulangi kesalahan ni lagi." Tambah Cikgu Izzudin lagi sambil mengambil sehelai kertas bercetak untuk ditanda tangani Razali.

"Terima kasih Cikgu sebab memberi peluang kepada anak saya" Balas Razali bersalaman Izzudin.

"Zul Cikgu harap kamu mengambil ia sebagai pengajaran." Nasihat cikgu Izzudin sambil bersalam dengan Zul.

End Flashback

Sekembali di rumah Papa Razali terus ke bilik bacaannya tanpa berkata apa apa. Seusai Zul bersihkan diri, memakai bajunya, pintu biliknya diketuk.

"Mak Wan ada apa" Tanya Zul yang berdiri dihadapan Mak Wan.

"Papa kamu memanggil kamu ke bilik bacaannya." Kata Mak Wan dengan muka risau.

"Baiklah terima kasih Mak Wan."Balas Zul seusai menutup lampu bilik, dan melangkah keluar dari biliknya. Tiba-tiba langkahnya terhenti tangannya digenggam erat Mak Wan.

"Mak Wan ada masak makanan kegemaran kamu hari ni. Lepas jumpa Papa, kamu pergi ke   dapur makan ye nak." Pesan Mak Wan meletakkan tangan yang hangat dipipi Zul.

"Terima kasih Mak Wan" Balas Zul tersenyum sayu.

******

Di bilik bacaan Papa Razali

Zul berdiri di depan meja Papa Razali, dia hanya berdiri memandang ke arah Papanya yang sedang menhisap cerut. Dia redha dan bersedia menerima apa saja yang bakal berlaku ke atasnya, suasana bilik bacaan yang sunyi berserta lampu yang malap menambah perasaan resah pada dirinya.

Setelah beberapa minit dua beranak tu berdiam diri, Papa Razali bangkit dari kerusinya lalu pergi ke ruangan yang agak tersorok. Dia membuka kunci almari tu, laci ditarik keluar lalu dia memilih peralatan hukuman yang akan digunakannya. Banyak koleksi peralatan hukuman dari rotan buluh nipis sehinggalah sambuk. Setelah puas membelek peralatan satu persatu akhirnya Papa Razali memilih sambuk sebagai peralatan hukumannya.

Zul hanya memandang Papanya dari jauh, jantungnya berdegup kencang, peluh sejuk mulai mengalir, kedua tangannya digenggam erat. Papa Razali menghampiri Zul, berdiri berhadapannya dengan muka bengis. Suara garaunya memecah kesunyian bilik bacaan.

ZUL ALFIN Siri 01Where stories live. Discover now