BAB 05

83 4 0
                                    

Pada petangnya Papa Razali kembali ke biliknya melihat Zul masih tertidur lena. Papa Razali menghampiri anaknya lalu memegang tubuh Zul untuk mengejutkannya. Dia merasakan tubuh badan anaknya panas lalu diraba dahi Zul.

"Ishh Budak ni demam" Kata hati Papa Razali lalu dia segera memanggil Doktor peribadi ke rumah untuk memeriksa Zul.

Sementara menunggu Papa Razali merendam kain ke dalam basin yang berisi air sejuk lalu diperah kering sebelum diletakan pada dahi Zul.

Sejam selepas tu pintu bilik diketuk. Kedengaran suara wanita tua berkata dari luar bilik. "Tuan Doktor dah sampai." Kata Mak Wan lalu berlalu pergi.

Razali segera membuka pintu bilik langkas pergi ke arah Doktor yang menunggu di ruang tamu.

"Saiful terima kasih sebab datang, anak aku ada kat bilik aku" Papa Razali terus memeluk Dr.Saiful sebelum menunjukan jalan ke bilik tidurnya.

"Kenapa ada kat bilik kau pulak, napa bukan bilik dia" Tanya Dr.Saiful dengan muka pelik.

"Adalah nanti aku ceritakan, kau tolong periksa anak aku dulu". Pinta Papa Razali dalam keadaan tergesa gesa.

Dr. Saiful menuju ke katil, manakala Papa Razali duduk di meja kopi terletak disebelah katilnya.

Dr. Saiful menyelak kain selimut dia terkejut melihat keadaan Zul.

"Ya Allah apa yang kau dah buat kat budak ni Lee." Kata Dr.Saiful yang tergamam melihat tubuh Zul yang penuh dengan luka.

"Ala aku bantai sikit jer, hukuman sebab dia meniru kat sekolah" Balas Papa Razali dengan selamba.

"Ni kau kata sikit? Sampai separuh mati kau kerjakan dia, boleh jadi kes dera ni, kau jangan main main" Tambah Dr.Saiful yang mula memeriksa suhu badan Zul dengan thermometer.

"Aku tahu masa tu aku marah tak boleh kawal emosi sebab tu aku panggil kau datang tolong" Tambah Papa Razali.

"Budak meniru jer pun takyahlah kau pukul dia sampai camni." Balas Dr.Saiful sambil sibuk mengubat luka luka Zul Sebagai langkah awal bagi mengelak jangkitan kuman.

"Kau tahu kan, dialah satu satunya waris yang aku ada untuk mewarisi segala harta aku kelak. Takan aku tergamak nak bunuh dia, anak sofea kot." Kata Papa Razali sambil mengeluarkan cerut untuk dihisap.

"Please! Lee jangan merokok di sini, aku tengah mengubat anak kau ni." Tegas Dr.Saiful matanya masih tertumpu pada tubuh lemah Zul.

Papa Razali hanya menurut permintaan Dr.Saiful tanpa berkata apa apa, dia menyimpan kembali cerut ke dalam kotak kecil. Dia hanya memerhati rakan baiknya membalut luka dibadan Zul.

"Kalau bukan disebabkan kau, aku sudah lama buat laporan polis." Tegas Dr.Saiful sambil menyuntik ubat antibiotic ke badan Zul.

Papa Razali hanya diam seribu bahasa lalu dia berbicara "Saiful kau tahu dulu kehidupan aku macam mana, apa yang dilalui budak ni sekarang tak seteruk apa yang aku lalui. Ya aku mengaku cara aku agak keterlaluan." Kata Papa Razali dengan nada kesal.

"Aku dah bagi anak kau makan ubat dalam dua tiga hari ni kau kena pantau dia secara rapi. Aku akan bagi anak kau MC 3 hari." Kata Dr.Saiful sambil mengemas begnya.

"Terima kasih Saiful" Kata Papa Razali menghampiri Dr.Saiful lalu memeluknya.

"Aku tahu apa yang kau lalui, aku ada bersama kau masa tu, susah senang. Tapi jangan kerana masa silam kau, budak ni jadi mangsa." Bisik Dr.Saiful yang membalas pelukan Papa Razali.

"Kita ni makin hari makin tua Lee, kau kena kawal emosi kau. Lain kali anak ni yang akan jaga kau time tua nanti." Bebel Dr.Saiful sambil meleraikan pelukan mereka.

ZUL ALFIN Siri 01Where stories live. Discover now