Minggu Ujian Pertengahan Tahun berlangsung, aku duduk barisan paling hujung berdekatan tingkap kelas barisan tengah manakala Rizal duduk belakang aku. Ni kertas yang ke 5 Ujian iaitu subjek Geografi, semasa ujian berlangsung aku menolong Rizal memberi beberapa jawapan melalui cebisan kertas.
Flashback
Di Perpustakaan sekolah
"Aduh next paper pulak subjek Geografi, subjek paling aku benci" Keluh Rizal sambil membelek buku rujukan Geografi.
"Buat jer apa yang kau tahu jangan risau" Kata Zul sambil memberi nota yang dibuatnya kepada Rizal.
"Otak aku ni tak tau pasal, baca-baca tak boleh masuk. Habis la aku kena bebel dengan bapaku nanti kalau aku gagal subjek ni" Keluh Rizal lagi dengan meramas rambut kepalanya hingga kusut.
"Kau kalau taknak elaun kena potong, baik kau study atleast kau lulus daripada gagal" Pujuk Zul menepuk lembut bahu Rizal.
"Apa kata kau bantuku" Kata Rizal dengan muka kesian.
Zul hanya berdiam diri tanpa berkata-kata.
"Please Zul! Kau tolong aku atleast separuh dari jawapan untuk aku lulus jer subjek nie daripada gagal" Rayu Rizal memengang tangan Zul .
End Flashback
Kegiatan Zul dan Rizal disedari oleh seseorang yang kebetulan lalu dikaki lima kelas mereka, namun orang tu tidak membongkar penipuan mereka. Dia berlalu pergi.
Seminggu selepas Ujian Pertengahan Tahun tamat, suasana riuh dalam kelas dipenuhi suara gelak tawa, of course suara bingit Marzuki paling ketara didengari dalam timbulan suara. Pintu kelas diketuk seorang Pengawas Senior masuk memanggil nama Zul dan Rizal untuk ke bilik Disiplin. Suasana menjadi sunyi sekejap.. "Zul Rizal apa kamu buat sampai Cikgu Disiplin cari kamu berdua" Kata Marzuki dengan perangai jengkel.
Zul dan Rizal terpinga-pinga memandang antara satu sama lain, mereka pun bangkit lalu pergi ke bilik Disiplin tanpa menghiraukan soalan Marzuki.
Marzuki kemudian pergi ke arah Pengawas Senior tu berbisik. "Bang apa diorang dah buat sampai Cikgu Disiplin cari, boleh kasitau?" Pinta Marzuki dengan senyuman lebar.
"Mana aku tahu, Kau jangan sibuk hal orang lain" Bidas Pengawas Senior tu yang seakan tidak suka perangai Marzuki.
Cemek muka Marzuki apabila ditegur Pengawas tu.
Cikgu Izzudin POV
Minggu ujian semua pelajar tekun menjawap soalan peperiksaaan, hari ni aku ditugaskan menjaga kelas ke 4 Form 1 bagi sesi pagi. Laluan ke kelas tu melintasi kelas Zul, aku harap dia score subjek Geografi walaupun aku tahu tu bukan subjek aku. Sejurus aku melangkah melintasi kelasnya aku ternampak Zul memberi secebis kertas kepada rakannya dibelakang.
Fikiran aku penuh dengan persoalan, kenapa Zul hendak menipu dalam ujian? Atau rakannya tu yang meminta jawapan dari Zul? Kenapa dia berbuat begitu? Setahu aku Zul ni antara Top student dalam kelas malah rakannya tu Rizal tidak kurang pintarnya. Tapi kenapa?
******
Fikiran Cikgu Izzudin ashik memikirkan perkara tu sampailah ke kelas yang ditujunya. Seusai minggu Ujian Pertengahan Tahun, Cikgu Izzudin bertemu dengan Cikgu Geografi yang mengajar kelas Zul di bilik guru bertanyakan mengenai kertas jawapan kedua pelajar tu.
Setelah di periksa memang sah berlaku penipuan dalam kertas ujian tersebut, atas permintaan Cikgu Izzudin, Cikgu Geografi memberi sepenuh kuasa kepadanya untuk selesaikanya.
YOU ARE READING
ZUL ALFIN Siri 01
Mister / Thriller(18SX: Tamat) Mengesahkan seorang jejaka Biseksual yang mempunyai personaliti berbeza kesan daripada kehidupan lampau yang membuatnya berubah. Bagaimana Zul menempuh mainan dunia yang penuh mencabar emosi,mental dan fizikalnya. Mula: 29 Ogos 2022 Ta...