Salam Sayang semua, Zul tidak sangka selepas satu, satu musibah yang menimpa diri Zul. Mungkin ini semua kifarah buat Zul kerana terjemak ke dalam dunia hasutan syaitan. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi pada diri aku.
Campurtangan Bapa Marzuki menyebabkan kes Zul dibawak ke peringkat Lembaga PIBG Sekolah, diketuai Pengetua Sekolah, Cikgu Izzudin, Guru kelas Zul dan Marzuki serta Ahli Lembaga PIBG tertinggi termasuk Bapa Marzuki. Zul ditemani Mak Wan dalam perbicaraan kes tersebut.
Zul menceritakan perkara yang terjadi namun ceritanya tidak mempengaruhi Pengetua Sekolah malah Bapa Marzuki bertegas untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas Zul. Walaupun Cikgu Izzudin serta Guru kelasnya sedaya upaya menegakan keadilan dalam kes ni, namun usaha mereka sia-sia.
"Zul merupakan pelajar cemerlang dengan rekod yang bersih sepanjang dia bersekolah disini. Mungkin apa yang berlaku cuma salah faham antara dua pelajar". Kata Cikgu Izzudin
"Marzuki pula disekolah dia memang suka bergurau dengan pelajar lain, ada kemungkinan kemalangan yang menimpa Marzuki tidak disengajakan ketika mereka sedang bergurau senda." Tambah Cikgu Izzudin.
Bapa Marzuki memandang Cikgu Izzudin dengan pandangan tajam, mukanya menahan marah apabila mendengar perilaku anaknya di sekolah.
"Kamu ada saksi yang boleh membela kamu?"Soal Pengetua Sekolah kepada Zul.
"Ada Cikgu" Jawab Zul tenang.
Dia berharap pelajar Junior tersebut akan menceritakan perkara sebenar, namun ia menafikan kejadian yang berlaku. Zul berasa kecewa mendengar kenyataan Pelajar Junior tersebut, kemungkinan dia berasa takut atau mulutnya telah ditutup seseorang dari menceritakan hal sebenarnya. Zul tidak boleh buat apa-apa kerana dia tidak ada bukti. Dia hanya terserah kepada Pengetua Sekolah dan budi bicara Ahli Lembaga PIBG.
"Betul apa yang kamu cakapkan ni?" Soal Cikgu Disiplin dengan muka serius.
"Bebetul Cikgu, Zu..Zul yang menolak Marzuki sehingga terjatuh ketika kami tengah lepak didepan dewan kelab." Jawab Pelajar Junior yang gagap dengan muka takut.
Dia menundukan kepalanya kebawah sambil memandang sepintas lalu ke arah Bapa Marzuki.
"Pihak sekolah tidak seharusnya berat sebelah dalam melaksanakan hukuman ke atas pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Hukuman ni harus dikenakan ke atas dia (Zul) supaya menjadi pengajaran buat pelajar lain" Kata salah seorang ahli PIBG.
"Saya setuju, ini bukan Sekolah biasa. Sekolah ini mempunyai reputasi yang tinggi malah pelajar yang berdaftar masuk ke Sekolah ni semuanya dari keluarga yang terhormat" Tambah ahli PIBG yang lain.
"Saya harap hukuman dia boleh dikurangkan kerana tahun ini merupakan tahun penting buat dia (Zul) yang akan menduduki PMR" Kata Guru kelas Zul.
"Bagaimana dengan anak saya? Dengan sebelah kaki tempang, tulang tangan kanannya retak macam mana dia hendak ambil Peperiksaan?" Balas Bapa Marzuki dengan nada tinggi.
"Untuk kebaikan kedua pelajar yang terlibat, permohonan maaf akan dilakukan oleh Zul kepada Marzuki di depan semua pelajar di dewan besar Sekolah. Selain tu Zul dikehendaki menjalani Program Khidmat Masyarakat selama 5 Bulan selepas waktu persekolahan." Ujar Pengetua.
"Dan Dia akan diasingkan dari pelajar lain sepanjang tempoh pembelajarannya di sini dan markah sahsiahnya akan ditolak sebanyak 60 markah. Cikgu Izzudin akan menyelia segala hukuman yang dilaksanakan ke atas Zul" Tambah Pengetua.
Bapa Marzuki tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan ke atas Zul, dia memberitahu Pengetua Sekolah dia akan membuat aduan rasmi kepada Pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan mendakwa Zul atas kesalahan mendatangkan kecederaan kepada anaknya.
Demi menjaga imej sekolah, Pengetua tiada pilihan lain selain dari membuang Zul dari Sekolah. Selepas dia melakukan permohonan maaf secara terbuka dihadapan ke semua Pelajar, Cikgu dan Pekerja Sekolah. Bapa Marzuki mengemukakan saman ke atas Zul, dan dia akan dihadapkan ke Mahkamah dalam tempoh terdekat.
******
Pada hari perbicaraan, Peguam dakwa mengemukan laporan perubatan Marzuki dan saksi pendakwaan ke atas Zul.
"Kehidupan tertuduh menjadi tunggang langgang setelah bapa tirinya di penjarakan atas kesalahan pecah amanah dan rasuah. Secara tidak langsung ia memberi kesan kepada tingkah laku tertuduh sehingga mencederakan mangsa." Hujah Peguam tersebut.
"Setelah mendengar kenyataan saksi dan Guru yang mengajar tertuduh, Mahkamah menjatuhkan Hukuman: Mengikut Seksyen 323 - Dengan sengaja menyebabkan cedera. Oleh kerana tertuduh dibawah umur, tertuduh akan dihantar ke Sekolah Hnery Gurney" Kata Hakim Mahkamah.
Zul tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya. Seusai Hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya, buat pertama kalinya air mata Zul mengalir deras dihadapan semua orang. Mak Wan yang menemani Zul selaku penjaganya juga mengalirkan air mata.
Fikiran Zul benar-benar buntu, sayu muka Mak Wan melihat tangan Zul digari, dia menghampiri Zul mengusap sisa air matanya.
"Bertabahlah Nak, semua ini adalah dugaanNya." Suara basah Mak Wan yang tersedu sedan.
"Terima kasih Mak Wan sebab menjaga saya selama ni" Balas Zul berliangan air mata.
"Ingat Nak jangan tinggalkan Solat kat sana nanti. Mak Wan akan datang melawat kamu nanti" Sambung Mak Wan memeluk tubuh Zul dengan erat sebelum dileraikan Pegawai Polis yang bertugas.
"Maaf Mak Cik, kami kena bawa dia pergi sekarang" Kata Pegawai Polis.
"Jaga diri baik-baik Nak" Mak Wan mencium umbun kepala Zul sebelum berpisah.
Mata berkaca kembali.
Aku di masukkan ke dalam lokap sebelum dibawa ke Sekolah Henry Gurney.
"Mummy tahu anak Mummy ni kuat, Mummy harap Zul bersabar dan reda dalam menempuh segala dugaan yang datang. Mummy sentiasa ada disamping Zul." Mimpi Zul sebelum dia dikejutkan oleh pegawai korporal.
"Hari ni kamu akan dihantar ke Sekolah Henry Gurney" Kata pegawai Korporal.
Pegawai Korporal tersebut melihat Zul yang meliangan air mata, melangkah keluar dari lokap dengan tangan digari.
"Allah tak pandang permulaan hidup kita, tetapi Allah memandang pengakhiran hidup kita" Nasihat Pegawai Korporal kepada Zul.
Zul dan pesalah yang lain menaiki lori ke Sekolah Henry Gurney di Telok Mas Melaka. Zul terkilan kerana dia dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang dia tidak buat namun dia tidak cukup bukti untuk membela diri, Zul redha dengan ketentuanNya. Zul tiada tempat untuk mengadu masalah yang menimpanya, jauh di sudut hatinya bercambah kasih yang amat mendalam terhadap Ibu Sofea.
YOU ARE READING
ZUL ALFIN Siri 01
Mystery / Thriller(18SX: Tamat) Mengesahkan seorang jejaka Biseksual yang mempunyai personaliti berbeza kesan daripada kehidupan lampau yang membuatnya berubah. Bagaimana Zul menempuh mainan dunia yang penuh mencabar emosi,mental dan fizikalnya. Mula: 29 Ogos 2022 Ta...