"Datin berehat dulu, biar Zul dan Adib uruskan perkara tersebut." Nasihat Zul
"Aunty harap Zul dapat selamatkan Zara, dialah satu-satunya anak Aunty"Kata Datin Rina dengan suara sayu.
"Datin jangan risau Inshallah semuanya akan selamat, lagipun Adib akan turut sama membantu"Ujar Zul.
Dihadapan bilik wad Zul dan Adib membincangkan pelan untuk menjejak penculik tersebut, Adib bersetuju dengan pandangan Zul bahawa penculikan Zara bermotifkan dendam dan ada hubungkait dengan kes bekas CEO yang didakwa.
"Zul menyusahkan kau saja, kau baru berkerja dengan Datin tak sampai setahun tiba-tiba libatkan kau pula dalam hal peribadi Datin." Kata Adib
"Tidak mengapa Dib, aku tolong mana yang mampu. Mengenai hal Syarikat dah memang tanggungjawab saya untuk menguruskannya. Jelas Zul, sambil memegang bahu kanan Adib.
"Kalau kamu tidak berkerja disitu sudah pasti perkara ni tidak melibatkan kamu" Ujar Adib kerana dia berasa segan meminta pertolongan dari orang luar dalam hal peribadi majikannya itu. Zul hanya tersenyum mendengar kata-kata Adib,
"Kau jangan fikir macam tu Dib, kita berdua sama-sama kerja untuk Datin, jadi kau jangan rasa segan kalau kau perlukan bantuan dari aku." Kata Zul
Zul berasa Adib kurang selesa melibatkannya dalam hal ni. Selaku pengawal peribadi keluarga Datin sepatutnya memang tugas Adib memikul tanggungjawab tersebut, akan tetapi secara tidak langsung telah melibatkan Zul.
"Zul aku rasa nak upah Agensi Penyiasatan untuk menjejak penculik, tapi aku tak nak Datin tahu. Kalau Datin tahu mesti dia takkan setuju." Cadang Adib was-was dengan pelannya.
"Dah kenapa Datin tak setuju?"Soal Zul keliru. "kalau kita upah Agensi Penyiasatan lagi cepat kita jejak penculik tu ialah mereka kan mahir dalam kerja-kerja pencarian" Ujar Zul lagi.
"Sebenarnya Agensi Penyiasatan merupakan badan NGO, dan disebalik badan NGO merupakan cabang niaga milik ketua kongsi gelap." Jelas Adib...
"Sejak arwah Dato meninggal Datin beri amaran supaya jangan libatkan Agensi Penyiasatan tu dalam masalah Syarikat atau pun peribadi." Tambah Adib lagi.
"Apa kaitan pula Agensi Penyiasatan dengan arwah Dato dan kongsi gelap bagai? Adib aku tak faham apa yang kau katakan. Cuba jelaskan?" Balas Zul yang semakin keliru.
Adib menceritakan keseluruhan cerita mengenai arwah Dato'Kamil, kes yang berlaku kepada Syarikat milik majikannya serta kematian arwah ada hubungan kait dan kemungkinan besar penculikan Zara juga melibatkan orang yang sama. Adib merupakan pengawal peribadi arwah Dato'Kamil sudah pasti segala rahsia arwah Dato dan kes bekas CEO tersebut dia tahu.
Malah Agensi Penyiasatan merupakan Agensi yang ditubuhkan oleh arwah sendiri dengan kerjasama ketua kongsi gelap bernama Tony Shark. Bekas majikannya tu banyak membantu Tony dalam urusan perniagaan haramnya, sebagai balasan Tony akan menolong majikannya jika berlaku masalah baik dari segi perniagaan atau peribadi. Setelah kematian majikannya semuanya berubah, mereka sudah tidak berhubung antara satu sama lain. Segala teka teki terungkai akhirnya Zul faham hampir keseluruhan cerita.
"Berat juga kes ni, secara tidak langsung aku terpalit sama" Kata hati Zul.
"Pecah amanah, pengubahan wang haram, kematian Dato'Kamil, kes bekas CEO dengan John King, Penculikan Zara, lelaki misteri yang aku jumpa, sekarang kongsi gelap pula." Fikiran Zul memikirkan ke semua yang berlaku sehingga dia tidak mendengar apa yang diceritakan Adib kepadanya.
"Zul.. Zul!, ZUL! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Soal Adib dengan nada sedikit tinggi.
"Ha dengar aku dengar... Aku turutkan asalkan Zara selamat. Aku takkan bagitahu Datin tapi kau kena bersiap sedia jika apa-apa berlaku diluar jangkaan." Tegas Zul lagi.
"Tu kau jangan risau, aku ada kawan yang merupakan Ketua Agensi Penyiasatan. Dia merupakan salah seorang orang kepercayaan Tony." Kata Adib yang memberi jaminan.
Selain Agensi Penyiasatan Tony juga ada perniagaan lain, apa yang aku tahu agensi ni sah disisi undang-undang selebihnya aku tak pasti sangat sebab arwah Dato tidak benarkan aku masuk campur. Segala urusan dilakukan antara arwah dengan Tony sendiri, aku dan geng Tony hanya berdiri berjaga dari jauh. Jelas Adib.
Setelah mendapat persetujuan Zul, Adib segera menelefon kawannya meminta pertolongan. Usai menelefon Adib mengarahkan orangnya berjaga 24 Jam bergilir-gilir dihadapan bilik Datin Rina. Dia mengajak Zul mengikutnya bertemu dengan kawannya yang merupakan Ketua Penyiasatan. Gugup hatinya kerana ini merupakan kali pertama Zul bertemu dengan ahli geng kongsi gelap, namun demi Zara terpaksa dia memberanikan dirinya mengikut Adib pergi ke agensi tersebut.
******
Di tempat terpencil agak jauh dari bandar terdapat satu kolam takungan memancing yang terbengkalai, tempat tersebut sunyi sepi bertemankan bunyi serangga dan nyamuk. Kereta Adib menyusuri laluan kecil yang penuh dengan rumput dan semak, kawasan jalan hanya berpandukan cahaya lampu kereta yang menerangi sekitar kawasan jalan masuk.
Jam menunjukkan 10.00mlm, Zul mengekori Adib dari belakang memasuki pintu masuk kolam takungan air, bercahayakan lampu suluh kelihatan seseorang tengah duduk dikerusi malas sambil memancing ikan. Sekitar kawasan kolam hanya bercahayakan lampu generator dengan suasana sejuk bertemankan nyamuk yang berterbangan.
"Hei Adib kenapa kau bawa orang luar datang sini?" Soal Ketua agensi penyiasat."Sorry Bro, kau jangan risau dia ni orang kepercayaan..." Terang Adib
"Aku tak nak tahu! Kau tahukan peraturannya?" Celah Ketua penyiasat dengan nada tinggi.
"Kau yang kat belakang tu, tunggu kat luar. Aku hanya nak berbincang dengan Adib bukan dengan Kau" Tambahnya lagi.
Adib memandang Zul memberi isyarat mata kepadanya menyuruh dia keluar menunggu... Zul hanya menurut tanpa soal. Beberapa minit kemudian Adib keluar dan mereka beredar. Dalam perjalanan balik Adib menceritakan pelan tersebut.
Zul terus pulang ke rumah untuk berehat manakala Adib kembali ke Hospital melakukan kerjanya seperti yang dirancang. Agensi Penyiasatan menyuruh Adib memasang pepijat ditelefon Datin secara rahsia. Keesokan harinya, Datin Rina memberitahu Zul dan Adib, dia baru mendapat panggilan dari penculik yang meminta wang tebusan sebanyak RM100Juta dalam masa 24Jam. Jika tidak nyawa Zara menjadi galang ganti, mereka mengugut agar tidak melibatkan pihak polis dalam hal ni. Segala Bon saham, dana dan asset yang ada segera diuruskan Adib.
Seperti yang diarahkan Ketua Penyiasat. Adib telah memasang pepijat ditelefon peribadi milik Datin Rina untuk mengesan lokasi penculik tanpa pengetahuan Datin. Adib, Zul dan orangnya bersiap sedia untuk merempuh lokasi penculik usai menjejaki tempat persembunyian mereka.Telefon Bimbit Datin berbunyi dengan nombor tidak dikenali, kali ni nombornya berbeza dengan sebelumnya.
_____________________________________________
**Siri Satu cerita Zul Alfin hampir tamat...Author akan updated bab selebih secara serentak. Terima Kasih yang membaca cerita yang ini.
YOU ARE READING
ZUL ALFIN Siri 01
Mystery / Thriller(18SX: Tamat) Mengesahkan seorang jejaka Biseksual yang mempunyai personaliti berbeza kesan daripada kehidupan lampau yang membuatnya berubah. Bagaimana Zul menempuh mainan dunia yang penuh mencabar emosi,mental dan fizikalnya. Mula: 29 Ogos 2022 Ta...