Jam 9.00 Pagi di Syarikat Arwah Dato' Kamil
Kelihatan beberapa orang pegawai SPRM dan pendakwa raya memasuki perkarangan pejabat CEO dengan waran geledah berserta waran tangkap. Kesemua dokumen urus niaga diambil pegawai SPRM untuk tujuan siasatan, Zul bersama-sama Tan Sri Kamarul dan Datin Rina turut hadir. Zul duduk diruang menunggu segalanya selesai, namun matanya tertarik pada susuk badan seseorang yang cukup dikenalinya. Dia bangkit dan berjalan ke arah salah seorang pegawai SPRM untuk mendapat kepastian.
"Izzue?" Kata Zul dengan nada yang teragak-agak.
Pemilik nama tu berpaling muka melihat Zul takala mereka tengah sibuk menjalankan tugas. Muka Zul terukir senyuman apabila melihat pegawai tu.
"Eik Zul! Apa kau buat kat sini?" Soal Izzue yang terhenti seketika dari kerjanya.
"Panjang ceritanya, tapi tak sangka kita boleh jumpa kat sini" Balas Zul dengan teruja.
"Dah dekat setahun kita tak jumpa" Izzue memeluk ZUl melepaskan rindu pada kawan lamanya tu.
"Kau masih guna nombor sama kan nanti kita roger, tengah kerja sekarang" Tambah Izzue lagi
"Still nombor sama, nanti ada masa kita lepak" Balas Zul terukir senyuman manis dibibirnya.
"Ok" Balas Izzue membalas senyuman Zul, sebelum menyambung kerjanya.
Moodnya bertukar dari gemuruh kepada gembira apabila bertemu dengan Izzue secara tidak sengaja di syarikat Datin Rina. Izzue merupakan kawan kenalan alam maya Zul tiga tahun lalu, apabila dia berpindah ke Kuala Lumpur mengikut Tan Sri Kamarul. Izzue merupakan salah seorang circle friend Zul melalui akaun Dark Side (DS) dalam aplikasi burung biru, malah mereka telah bertemu beberapa kali dan melakukan bersetubuh. Setelah dua tahun tidak berhubung kerana masing-masing sibuk dengan urusan duniawi kini mereka bertemu dalam keadaan tidak dijangka.
"Saya tak sangka kamu sanggup khianat Arwah Dato Kamil" Kata Datin Rina dengan muka kecewa.
"Sebagai pemegang saham terbesar syarikat saya memecat kamu serta merta" Tambah Datin Rina
Bekas CEO digari dan dibawa keluar, mukanya menunduk malu atas segala perbuatannya. Beliau merupakan orang kepercayaan dan juga merupakan anak didik arwah Dato suatu ketika dahulu sebelum dilantik menjadi CEO.
Seusai segalanya, Datin Rina memanggil Ahli Lembaga Syarikat untuk mesyuarat tergempar, Tan Sri Kamarul juga merupakan salah seorang pemegang saham. Sementara itu Zul dipanggil setiausaha Datin Rina ke dalam biliknya, untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sebelum dia diperkenalkan kepada Ahli Lembaga Syarikat sebagai CEO baharu.
Tan Sri Kamarul menjelaskan CEO tersebut merupakan tali barut John King yang merupakan musuh niaga arwah Dato Kamil dan ada dikalangan pekerja lain yang terlibat dalam kes ni. Oleh itu tanggungjawab Zul memulihkan pentadbiran dan kewangan syarikat yang kian meruncing. Pada masa sama untuk mencari pengkhianat dikalangan pekerja syarikat yang terlibat secara rahsia, Tan Sri Kamarul akan membantunya di belakang tabir.
Jam pukul 11.00pagi kesemua Ahli Lembaga Syarikat tiba di bilik mesyuarat, Datin Rina , Tan Sri Kamarul dan Zul turut hadir. Bagi menyakinkan ke semua Ahli Lembaga bahawa kelayakan Zul menjawat jawatan CEO yang baharu. Tan Sri Kamarul sebagai pemegang saham kedua terbesar selepas Datin Rina memberi jaminan kepimpinan Zul dalam urus tadbir. Sememangnya nama Tan Sri Kamarul tidak asing lagi dalam dunia perniagaan kerana pengaruhnya yang besar serta dihormati peniaga dalam atau luar negara. Persetujuan dibuat sebulat suara Ahli Lembaga Pengarah dengan sokongan Tan Sri Kamarul terhadap Zul.
Seusai makan malam, Zul membawa Izzue ke rumah sewanya yang terletak di Damansara yang tidak jauh dari tempat kerjanya. Zul membancuh milo panas lalu diberikan kepada Izzue yang duduk diruang tamu menonton drama TV3 pukul 9.00malam.
"Kau layan juga drama TV3 ni" Sakat Zul yang duduk disebelah Izzue.
"Nak buat macam mana ni jer aktiviti aku lepas kerja bersama-sama anak bini" Balas Izzue selamba
Terbeliak biji mata Zul mendengar perkataan anak bini, dia menoleh ke arah Izzue yang menonton Tv sambil menghirup air milo secara perlahan.
"Kau dah kahwin? Bila?" Soal Zul terkejut
"Setahun lalu, atas desakan keluarga" Balas Izzue ringkas.
"Yang kau tu bila nak kahwin? Umur pun makin tua." Soal Izzue pula kali ni dia pula yang menoleh ke arah Zul sambil meletakan lengan kirinya ke atas sofa.
"Belum ada jodoh lagi" balas Zul ringkas dengan nada acuh tak acuh sambil menonton tv.
"Ceh belum ada jodoh lagi konon, jangan jangan kau ni GAY?" Sakat Izzue dengan senyuman sinis.
Panas telinga Zul mendengar kata-kata rakannya tu, dia memandang tajam ke arah Izzue sebelum mencubit tulang rusuknya.
"Jilake Kau perangai tak ubah-ubah" Balas Zul
"Adoi sakit la sial, kau tengok dah tumpah milo ni" kata Izzue sambil meletakkan cawannya lalu membersihkan bajunya yang terkena air milo...
"Meh sini aku tolong kau bersihkan baju kau ni." Zul mendekati Izzue lalu membuka t-shirt polonya.
"Amboi ambil kesempatan nampaknya" Kata Izzue melihat tingkah laku Zul yang cuba mengodanya.
"Hehehe macam tak biasa jer, bukan kau suka ke" kalini Zul pula menganjing Izzue.
YOU ARE READING
ZUL ALFIN Siri 01
Mystery / Thriller(18SX: Tamat) Mengesahkan seorang jejaka Biseksual yang mempunyai personaliti berbeza kesan daripada kehidupan lampau yang membuatnya berubah. Bagaimana Zul menempuh mainan dunia yang penuh mencabar emosi,mental dan fizikalnya. Mula: 29 Ogos 2022 Ta...