5 Tahun kemudian
Selepas 3 tahun di Sekolah Henry Gurney banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar dan telah mengubah peribadiku. Kini sudah 5 tahun aku menetap di Kuala Lumpur, melihat gelagat manusia di Ibu kota KL dengan keadaan jalanraya yang sesak dibanjiri kenderaan pada waktu pagi menjadi rutin tatapan aku ketika di dalam kenderaan.
"Tuan dah sampai" kata lelaki lewat 40an yang pemandu kereta jenis BMW M135i berwarna hitam.
Tersedar dari lamunan, jejaka tampan bertubuh muskulin dengan ketinggiannya sekitar 173cm itu turun dari kereta bahagian kerusi belakang, dan melangkah masuk ke bangunan yang mencakar langit.
Sampai ke bilik pejabat, jejaka tu membuka laptopnya untuk memeriksa email. Pintu biliknya diketuk beberapa kali, kelihatan kelibat seorang perempuan free hair berwarna hitam yang memakai kasut heels tinggi, dipadankan dengan baju korporat slim fit berlengan panjang berwarna biru gelap, berserta tali pingang nipis dan fit skirt hitam paras lutut melangkah masuk ke bilik. Wanita itu memakai minyak wangi yang berbau lembut, bau yang menyenangkan hati bagi sesiapa yang menghidunya.
"Tuan jam 10.00 pagi tuan ada mesyuarat dengan klien dari China, manakala jam 1.00 tengah hari ini tuan ada lunch dengan Dato' Luqman di Shangri-la hotel dan pada jam 6.00 petang pulak tuan ada Korporat event dekat Royal Chulan" kata wanita tersebut yang membaca jadual kerja Majikannya itu.
Sambil membaca wanita tersebut sempat mengerling ke arah Majikannya itu. Memiliki bentuk tubuh yang Lean Fit dengan kulit cerah, berwajah separa cina yang comel sejuk mata memandang dengan rambut hitam potongan Slicked Back Blocked disikat tepi, sepasang mata hazel lembut, dan muka bersih tanpa jerawat. Kata hati wanita itu sambil menelan air liur.
Jejaka tersebut hanya mendengar sambil memandang screen laptopnya tanpa menghiraukan wanita yang berdiri didepannya. Seusai melaporkan tugasan harianya jejaka tersebut hanya mengangguk kepalanya dengan muka yang serius.
"Ada apa-apa lagi Tuan?" Soal wanita tu sebelum beredar.
"Takda kamu boleh pergi" Jawab Majikan yang masih memandang screen laptopnya.
Pintu bilik ditutup rapat.
Tiba-tiba telefon Jejaka tersebut menerima pesanan suara dari WhatsApp. Melihat nama pesanan suara itu terukir senyuman manis di bibirnya.
"Hello Bro free tak hari ni? Jom lepak". Pesanan suara dari Arif.
"Free lepas pukul 10.00malam, tu pun kalau ko nak la". Balas Zul sambil tersenyum.
Zul menutup telefonnya sambil tersenyum, lalu dia berangkat ke bilik mesyuarat menunggu klien dari China itu tiba.
"Aku on jer" Balas Arif beberapa minit kemudian dengan emoji 😘.
Zul berjumpa dengan Arif seperti yang dijanjikan seusai segala urusan kerjanya. Arif telah menempah sebuah bilik VVIP yang besar di salah sebuah kelab di ibu kota Kuala Lumpur. Langkah Zul menunju ke bilik tersebut sambil melihat telefonnya memeriksa sesuatu, lalu dia kedengaran suara riuh di sebalik pintu bilik itu.
Sebaik pintu bilik dibuka, lengan Zul ditarik ke dalam bilik, tindakan tersebut membuatkan Zul terkejut lalu matanya memandang ke arah dalam. Kelihatan beberapa pelayan wanita dan rakan- rakannya termasuk Arif sedang berhibur. Lengannya masih dipegang erat salah seorang pelayan wanita itu, lalu seorang dari rakannya menolak belakang tubuh Zul secara perlahan sampai ke tempat duduk. Zul hanya menurut saja tanpa membantah.
"Zul apa khabar?" Tanya rakan dibelakang Zul sambil memegang kedua bahu Zul.
"Sihat cuma beberapa hari ni sibuk sikit dengan urusan kerja" Balas Zul memandang ke belakang dengan senyuman manis, sambil melaburkan punggungnya di tempat duduk.
"Kamu pula macam mana?" Tanya Zul sambil menarik lengan Daim yang masih memegang bahunya ke depan.
Lalu Zul menepuk beberapa kali di sofa sebagai tanda menyuruh Daim duduk disebelahnya manakala pelayan wanita itu duduk di sebelah kanan yang masih memegang erat lengan Zul.
"Alhamdulillah sihat cuma sibuk sikit dengan kuliah Universiti." Balas Daim dengan muka tersenyum.
Daim merupakan rakan kenalan Zul sewaktu bekerja di firma guaman di Melaka 5 tahun lalu, ketika tu Daim hanya seorang penghantar surat sementara. Susuk badan Daim sederhana tinggi, kurus, berkulit cerah dengan tulang pipi yang tinggi, mata coklat dan rambut hitam berombak dipotong pendek. Mempunyai misai dan sideburn yang nipis kedua belah pipinya, serupa muka pak arab.
"Wow wow wow! Hebat kau Zul kiri kanan layan jantan betina" Perli salah seorang rakannya itu dengan senyuman nakal.
"Amboi ke main kau menyakat aku ye Rizal" Balas Zul memandang Rizal tersenyum.
Hari ini Arif, Rizal dan Daim menjemput Zul ke kelab karaoke menyambut hari lahir Zul, walaupun tidak semewah mana namun bagi Zul cukuplah ada sahabat sahabat dunia akhiratnya menemani hari istimewanya.
Lampu utama bilik terpadam, Ali kemudiannya menyusul ke dalam bilik karaoke dengan membawa kek lalu mereka pun menyanyikan lagu hari lahir kepada Zul.
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Zul Alfin
Allah selamatkan kamuMata berkaca
Zul tidak menyangka sahabatnya akan meraihkan hari lahirnya yang jarang sekali disambutnya, hatinya bertambah sebak dengan kejutan yang diberikan sahabatnya.
"Eik Ali kau pun ada sekali" Kata Zul dengan matanya yang bersinar dan teruja akan kemunculan Ali di depan matanya.
Ali hanya tersenyum manis sambil menghampiri Zul dengan kek, dengan senyuman lebar Zul meniup lilin di kek tersebut. Mereka bersuka ria di dalam bilik karaoke tersebut, sehingga jam menunjukkan pukul 9.00 mlm. Daim meminta diri dahulu kerana dia perlu balik ke hostel kampus sebelum jam 10.20 mlm.
Zul menawarkan diri untuk menghantar Daim pulang ke Kampus namun ditolak Daim, Zul akur dan enggan memaksa Daim, lalu dia menemani Daim menunggu ketibaan kereta Grab di depan pintu pusat karaoke.
"Terima kasih sebab hadir ke majlis hari jadi aku" Kata Zul suara terharu.
"Takda apa la bro, nie semua pelan Rizal aku cuma datang makan free jer" Balas Daim.
Mereka ketawa kecil, sebelum aplikasi Grab berbunyi menandakan pemandunya telah tiba di tempat destinasi. Zul memeluk erat sahabatnya.
"K lah, ada masa kita jumpa lagi Assalamualaikum" Balas Daim sambil meleraikan pelukan tersebut.
"Waalaikumsalam Dah sampai message aku" Pesan Zul yang melihat rakannya tu masuk ke perut kereta Grab.
Lambaian perpisahan diberi. Zul dan rakannya bersambung bersuka ria dengan pelayan kelab sehingga lewat malam.
_______________________________
Hi Uolz, untuk sambungan cerita di sekolah Henry Gurney akan ditulis Zul sendiri pada BAB akan datang.
Sekian buat masa sekarang Thanks sebab baca story ni dan Vote.
YOU ARE READING
ZUL ALFIN Siri 01
Mystery / Thriller(18SX: Tamat) Mengesahkan seorang jejaka Biseksual yang mempunyai personaliti berbeza kesan daripada kehidupan lampau yang membuatnya berubah. Bagaimana Zul menempuh mainan dunia yang penuh mencabar emosi,mental dan fizikalnya. Mula: 29 Ogos 2022 Ta...