Hari ini aku menerima pesanan mesej dari Papa yang memberitahu dia akan balik ke rumah untuk makan malam bersama aku. Papa memang jarang meluangkan masanya bersama aku, jadi masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin. Segala rancangan aku untuk sebelah malam aku batalkan. Seusai hari persekolahan aku terus balik ke rumah menelaah pelajaran dan menguruskan urusan harian. Aku tidaklah teruja sangat nak jumpa Papa tapi oleh kerana ini permintaan Papa aku turutkan saja tanpa membantah.
Di kediaman rumah Jam 8.30mlm
Di ruang meja makan kelihatan dua beranak sedang makan malam dalam keadaan yang sunyi. Mereka duduk di hujung meja panjang bertentangan.
"Papa tidak peduli apa kamu buat diluar, asalkan ia tidak menjejaskan prestasi pelajaran kamu di Sekolah." Kata Papa sambil memandang tepat dimata Zul dengan renungan tajam, suaranya memecah kesunyian di ruang makan.
Zul mengesyaki Papanya tahu akan kegiatannya diluar, dan dia tidak sesekali bertindak seberono yang boleh menjejaskan masa depannya.
"Semua itu tidak menjadi masalah, asalkan Zul mencapai keputusan yang cemerlang" Balas Zul selamba.
Papanya hanya memandang muka Zul tanpa perasaan sebelum ia beredar dari meja makan, sempat Papa Razali memberi pesanan kepadanya.
"Papa beri kamu kebebasan itu tidak bermakna kamu boleh mengabaikan pengajian dan berbuat suka hati kamu. Balas Papa Razali yang berdiri disebelah Zul.
"INGAT! Jangan salah gunakan kebebasan yang Papa berikan kepada kamu. Kamu tahu kan apa akibatnya sekiranya pretasi pelajaran kamu terjejas? Tambah Papa Razali dengan suara tegas lalu meninggalkan Zul kesorangan disitu.
Zul melepaskan keluhan kecil.
Zul sudah lali dengan adat di Sekolahnya persaingan, politik pelajar, guna kabel, rasuah, kawan makan kawan, buli semua itu telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya di Sekolah. Pelajar perempuan dari latar belakang keluarga B40 yang sering dibuli Marzuki dan gengnya telah berpindah ke Sekolah lain.
Di Kampus Sekolah Private Elite Academy
Kelihatan beberapa lori dari Syarikat Perkhidmatan memasuki perkarangan sekolah membawa beberapa kotak yang berisi penghawa dingin. Terdengar suara bawang yang mengatakan Bapa Marzuki menaja pihak Sekolah untuk menukar ke semua penghawa dingin yang rosak, serta menyelengara penghawa dingin yang sedia ada.
Sejak itu, Marzuki menjadi tumpuan para pelajar dan Cikgu di Sekolah, dengan layanan istimewa. Aku tidak endah dengan semua tu, bagiku biarlah aku berdiri di kaki sendiri membina kejayaan dari mengharapkan bantuan dan pengaruh Papa
Sejak parti perpisahan Anna akhir tahun lalu, Marzuki terkilan kerana tidak seorang pun yang memberitahunya mengenai anjuran tersebut. Dia buat perangai lamanya, tidak ada seorang pelajar pun yang berani membantah dan melaporkan kelakuan Marzuki kepada pihak Sekolah. Kini pengaruhnya semakin besar sehinggakan pelajar Senior pun mengalah dengannya, bukan saja Hafiq, Zack dan Bas malah pelajar junior juga tidak berani membantahnya.
******
Sejak tahun lalu sehingga sekarang kehidupan Zul sedikit demi sedikit berubah, kini dia telah mengambil air kencing syaitan, dan pil larangan. Dia sudah tiada segan silu dalam pergaulan dengan perempuan bukan mahram. Tuntutan Agama jarang dilaksanakannya, Mak Wan hanya mampu berdoa dan menasihati Zul agar dia kembali kepada fitrah. Kehidupannya yang mempengaruhi dan mengubah perjalanan hidup Zul sehingga dia terjerumus ke dalam dunia bisikan syaitan.
Disalah sebuah pusat karaoke di Ibu Kota
Semasa keluar dari pusat karaoke, Marzuki terserempak dengan Zul bersama seorang perempuan berpakaian menjolok mata berpelukan secara tidak sengaja. Dia yang dalam keadaan khayal mengekori Zul dari jauh dalam keadaan terhuyung hayang. Marzuki mengeluarkan Smartphonenya lalu mengambil gambar dari jarak jauh "Kali ni habislah kau" kata Marzuki sendirian yang dalam keadaan mamai. Seusai mengekori Zul, dia kembali ke pusat karaoke.
******
Keesokan harinya Marzuki menyebarkan cerita Zul berpelukan bersama seorang perempuan, khabar angin tersebar dengan cepatnya. Tuduhan yang dibuat Marzuki kali ini agak berat sehingga ianya mendapat perhatian Pengetua Sekolah, Cikgu Izzudin serta Guru lain terpaksa mengambil tindakan sewajarnya menangani kes tersebut. Zul dan Marzuki dipanggil ke bilik Disiplin, kedua Guru Kelas mereka turut hadir untuk menyiasat kesahihan cerita yang tersebar.
"Kamu yang menyebarkan khabar angin mengatakan Zul berpelukan dengan seorang perempuan diluar?" Soal Cikgu Izzudin dengan muka serius.
"Bukan khabar angin Cikgu, betul saya nampak Zul dengan perempuan tu berpelukan mesra" Kata Marzuki cuba menyakinkan ceritanya.
"Kamu ada bukti?" Balas Guru Kelas Marzuki.
"Ada Cikgu ni buktinya" Marzuki mengeluarkan Smartphonenya lalu menunjukan gambar yang diambilnya.
Ketiga Cikgu melihat gambar yang diambil Marzuki, mereka memandang antara satu sama lain sambil mengeleng kepala. Keluhan kecil dilepaskan Guru kelas Marzuki.
"Boleh Cikgu tahu dekat mana kamu jumpa Zul dalam gambar yang kamu ambil ni?" Soal Cikgu Izzudin.
"Masa tu Zul ada berdekatan dengan pusat karaoke Voice Out" Jawab Marzuki.
"Jadi perempuan dalam gambar tu pelajar sekolah ni juga?" Soal Guru Kelas Zul kepada Marzuki.
"Saya tak tahu"Jawab Marzuki
"Hhmm dalam gambar ni memang nampak lelaki dan perempuan berpelukan tapi mukanya tidak berapa jelas. Macam mana kamu tahu lelaki dalam gambar ni Zul?" Tanya Cikgu Izzudin nakkan kepastian cerita Marzuki.
"Saya tahu sebab..." Jawab Marzuki tersekat "Ni kalau silap jawab aku yang kena"Kata hati Marzuki sambil memikirkan apa yang hendak dikatakan kepada Cikgu Izzudin. .
Ketiga-tiga Cikgu memandang Marzuki menunggu jawapan darinya, dari awal masuk ke bilik Disiplin sampai sekarang Zul hanya berdiam diri dengan muka selamba.
"Apa kamu nak katakan mengenai gambar ni Zul?" Guru Kelas Zul mencelah melihat Marzuki tidak dapat mejawab soalan Cikgu Izzudin.
"Saya tidak tahu Cikgu, yang pastinya orang dalam gambar tu bukan saya."Balas Zul dengan muka tak bersalah.
Merah muka Marzuki menahan marah mendengar kata-kata Zul.
"Cikgu saya nampak dengan mata saya sendiri, Zul dengan perempuan tu berpelukan mesra bertentangan dengan pusat karaoke" Tegas Marzuki dengan nada sedikit tinggi.
"Jadi kamu pun ada di tempat kejadian" Soal Cikgu Izzudin.
"Betul saya berada di pusat karaoke tu, kebetulan saya keluar dari situ dan ternampak Zul dengan perempuan tu dari jauh." Sambung Marzuki menyakinkan cerita dia betul.
"Jadi kamu keluar dari pusat karaoke dan terserempak dengan Zul lalu kamu mengekorinya dan mengambil gambar menggunakan phone kamu gitu?" Terang Cikgu Izzudin untuk mendapat kepastian dari Marzuki.
"Betul Cikgu" Jawab Marzuki
"Beginilah biar Cikgu bincang dengan Pengetua dan Guru kelas kamu. Kamu berdua boleh keluar dulu" Kata Cikgu Izzudin.
Satu Sekolah kecoh dengan kes tuduhan Marzuki terhadap Zul, namun ada juga suara sumbang yang mengatakan tu semua cerita rekaannya semata-mata hendak memburukan Zul. Mereka seperti tidak percaya Zul akan melakukan perkara tersebut diluar Sekolah.
Disebalik bangunan makmal sekolah, Zul, Rizal dan Megat tengah lepak dikaki lima seusai makan di karteen.
"Zul kau kena hati-hati, aku tengok Marzuki tu dari Form 1 ashik nak cari salah kau" Kata Rizal kepada Zul.
"Tak ada apa-apalah, biarkan jer asalkan dia bahagia" Balas Zul dengan selamba seakan tiada apa yang berlaku.
"Betul kata Rizal tu Zul, kawan-kawan aku pun ada bagitau aku perangai si Marzuki tu, dia memang cemburukan kau. Lagi-lagi lepas awek kesukaannya reject dia sebab crush dengan kau" Kata Megat yang menyokong kenyataan Rizal.
"Lagi satu kau kena ingat pasal khabar angin kau dengan Rizal dipanggil ke bilik Disiplin 2 tahun lalu pun kerja Marzuki jugak" Tambah Megat lagi.
"Itu masalah dialah, apa kaitan dengan aku, bukan korang tak kenal. Aku ni jenis yang jarang bersosial dengan pelajar lain, lepak pun dengan korang jer" Balas Zul
YOU ARE READING
ZUL ALFIN Siri 01
Mystery / Thriller(18SX: Tamat) Mengesahkan seorang jejaka Biseksual yang mempunyai personaliti berbeza kesan daripada kehidupan lampau yang membuatnya berubah. Bagaimana Zul menempuh mainan dunia yang penuh mencabar emosi,mental dan fizikalnya. Mula: 29 Ogos 2022 Ta...