BAB 19

30 2 0
                                    

"Hi! Zul, lama tak jumpa, I call u tak jawab." Kata empunya suara.

"Yang kau tu takda angin takda ribut tetiba muncul kat sini apa hal" Balas Zul dengan muka jengkel.

Ali yang duduk berhadapan Zul perhatikan reaksi sahabatnya tu, sambil menahan gelak.

"I cari ulah... kan u kerja kat sini" Kata empunya suara dengan gaya gedik sambil duduk disebelah Zul.

"Lama tak jumpa Zara, kamu apa khabar" Celah Ali.

"Eik Ali U pun ada sekali sorrylah tak perasan tadi, by the way I baru balik bercuti dari Honolulu tu yang I datang cari Zul." Jelas Zara 

"Patutlah.."Jawab pendek Ali dengan muka meluat mendengar kata-kata Zara.

"Zul I call u banyak kali u tak jawab, tu yang I datang sini nak surprisekan u" Suara manja Zara sambil mendekatkan badannya yang montok ke arah Zul.

Ali hanya memandang buah dada Zara yang besar bergeser dengan tubuh Zul, sementara Zul pula dengan reaksi tanpa perasaan hanya berdiam diri dengan muka jengkel.

"Aku sibuk"Balas Zul ringkas yang enggan melayan perempuan tu.

"Malam ni u free tak? Jum teman I pergi Club" Pinta manja Zara yang mendekatkan mukanya ke muka Zul pula kali ini.

"Kan aku kata aku sibuk, esok aku kerja" Alasan Zul dengan suara sedikit tinggi.

"Zul sibuk tapi I tak sibuk jum I temankan U nak?" Canda Ali dengan niat mengusik.

"Uuhhuukkuuhhuukk!"tersedak Zul mendengar kata-kata Ali yang mengajuk Zara sambil melihatnya.

"Sorry Ali maybe next time." Zara menolak dengan membulat mata tanda tidak setuju.

"I tunggu U lepas kerja, I nak pergi shopping sekarang bye Darling" Seusai berkata Zara mencium pipi gebu Zul.

"APA KAU BUAT NI!" Tempik Zul dengan marahnya, kali ni kesabaran dia tercabar namun masih dalam kawalannya.

"Ala macam tak biasa pula U ni," Balas Zara lagi tersenyum nakal.

"Makin Cute bila U marah hehehehe" Tambah Zara lagi sebelum meninggalkan mereka berdua disitu.

"Perempuan gila" kata Zul dengan nada perlahan.

Ali akhirnya pecah gelakannya melihat sahabatnya tu...Zul memandang tajam ke arah Ali yang sedang gelak.

"Apa gelak-gelak" kata Zul dengan nada marah yang dibuat-buat.

Seusai makan tengah hari, mereka pun menuju ke tempat kerja masing-masing. Tepat jam 5.00ptg, Zara muncul di pejabat Zul iaitu syarikat Tan Sri, hampir 15 minit menunggu tidak muncul, dia kemudiannya naik ke atas pergi mencari Zul. Semasa keluar dari lift Ali bertembung dengan Zara yang ingin menaiki lift yang sama ke atas.

"Eh Ali, Zul ada kat atas?" Soal Zara yang tergesa-gesa.

"Zul?" Ali terkejut melihat Zara di depan matanya, lalu cepat otaknya mencari jalan untuk menjawab. "Zul dia dah balik, katanya nak jumpa client . Apa kata U Call dia".

"I tak percaya, I nak naik atas cari Zul" Tegas Zara dengan gaya gediknya.

"Jap jap kau tak boleh naik atas,  sebab Big Boss ada kat atas lagipun kau bukan pekerja/ client kat sini." Tegas Ali yang cuba menghalang Zara dari bertindak sesuka hati.

"Big Boss? Maksud U Tan Sri ada kat atas?"Balas Zara yang kembali tenang..

"Hhhmm Tak pelah, tapi U pesan kat dia supaya ambil call I kalau tak I pergi rumah dia, K BYE!" Seusai menyampaikan pesanan Zara terus pergi dari situ.

"Haaiizz.. MakBapa berbanting tulang mencari duit, yang anak ni pula menghabiskan duit, dasar anak orang kaya.." Celotoh Ali sendirian melihat Zara.

Ali menceritakan apa yang berlaku petang tadi kepada Zul melalui panggilan telefon. 

"Macam mana dia tahu tu Syarikat milik Tan Sri?" Soal Zul dalam talian.

"Entah la, mungkin bapanya salah seorang partner perniagaan Tan Sri, sebab tu dia tahu siapa Big Boss kat syarikat ni" Teka Ali

"Biarlah tak penting pun, tapi dia tak tahu aku dah tak kerja sana lagi, kau pun tak bagitahu dia kan?" Soal Zul lagi.

"Tak Bro, Aku pun malas nak masuk campur urusan peribadi kau. Lagi-lagi mengenai scandal kau kat luar sana." Balas Ali sambil mengusik.

"Dia tu bukan Scandal aku la, aku jumpa dia kat Club malam 2 tahun lalu kenal-kenal camtu jer. Rasa pun belum lagi, aku turn off dia sebab perangai dia tu...arrgh malas nak ungkit kesah lama." Terang Zul. 

Ali hanya tergelak dalam talian mendengar penerangan sahabatnya itu.. "Ok, ok Bro chill jer. Sebelum aku lupa dia ada pesan, dia akan pergi ke rumah kau malam ni, kalau kau tak jawab call dia" Pesan Ali.

"kalau gitu beberapa harini aku bermalam dirumah kau boleh?" Pinta Zul yang ingin menjauhi dirinya dari Zara.

"Boleh lagi aku suka, kalau nak tinggal terus pun boleh" Balas Ali dengan teruja.

"Taklah sementara jer, K lah bro aku ada kerja sikit malam kang kita jumpa Assalamualaikum" Kata Zul.

"Waalaikumsalam" Salam dibalas Ali sebelum talian ditutup.

******

Di Hospital HKL dalam bilik VIP,  Zul dan Datin Rina sedang menonton berita jam 8.00 mlm mengenai bekas CEO yang bakal dibicarakan atas kes pecah amanah dan pengubahan wang haram. Berita tersebut  menyatakan Pesalah telah membunuh diri dilongkap tahanan dengan menghentak kepalanya ke dinding. Menurut Polis tiada unsur khianat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Berita malam tu mengejutkan mereka, kematian bekas CEO ada hubungan kait dengan kes tersebut dan ada orang cuba menutup mulutnya secara senyup.

"Keadaan Datin macam mana sekarang" Soal Zul kepada Datin Rina memecah kesunyian setelah terkejut dengan kematian bekas CEOnya.

"Makin sihat cuma kena menjalani physiotherapy mengikut jadual yang disediakan. Keadaan Syarikat macam mana so far?" Balas Datin Rina sambil bertanya keadaan syarikatnya.

"Pasal syarikat Datin jangan risau, semuanya mengikut perancangan, cuma makan masa sikit nak pulihkan operasi syarikat dan menyakinkan pelabur dalam projek yang kita buat sekarang. Saya harap Datin faham." Jelas Zul tu secara terperinci.

"Susahkan kamu jer, lepas segalanya selesai saya akan beri kamu ganjaran yang sewajahnya" Kata Datin Rina.

"Lagi satu tak payah panggil saya Datin, panggil Aunty jer macam mana kamu panggil Tan Sri." Pinta Datin Rina.

"Kalau tu yang Datin... Kalau tu yang Aunty nak Zul turutkan, tapi diluar Zul tetap akan panggil Datin sebagai tanda hormat. Taknaklah nanti orang lain salah faham." Jelas Zul yang menurut permintaan Datin Rina.

ZUL ALFIN Siri 01Where stories live. Discover now