BAB 29

22 2 0
                                    

"Kamu jangan risau, Orang Saya sendiri telah menyelamatkan Zara, selepas dia dilarikan oleh kenderaan tidak bernombor tu. Wang tebusan tu tak penting, asalkan anak saya selamat" Jelas Datin Rina.

"Alhamdulillah betul kata Datin tu nyawa lebih penting dari wang" Kata Adib menghembus nafas lega.. "Kalau begitu Datin nak saya jemput Zara ke sini?" Soal Adib..

"Tak perlu, Zara sekarang berada ditempat selamat. Kamu tak perlu risau, terima kasih atas usaha keras kamu hari ni. Kamu boleh balik berehat dulu " Kata Datin Rina memandang Adib yang kepenatan.

"Dah tugas saya Datin, arwah Dato' pernah berpesan kepada saya supaya menjaga Datin sekiranya dia tiada kelak.." Ujar Adib sebelum dia melangkah keluar dari wad.

"Adib dah lewat malam ni, biar pengawal saya hantar kamu balik ke rumah, esok pagi saja kamu ambil kereta kamu di kilang tu" Cadang Datin Rina.

"Terima kasih Datin, saya balik dulu" Jawab Adib membuka pintu wad.

Datin Rina hanya memerhati gerak geri Adib sehinggalah dia keluar, sebelum Adib menutup pintu bilik wad dia sempat beritahu Adib.

"Adib! Saya lupa nak bagitahu kamu, wang tebusan tersebut berjaya diselamatkan." Kata Datin Rina tersenyum sinis kepada Adib.

Adib hanya berdiri kaku sebelum menoleh memandang ke arah Datin Rina dengan senyuman kelat.

"Alhamdulillah Zara dan wang tebusan keduanya selamat.." Kata Adib dengan nada mendatar. Air mukanya berubah usai menutup pintu bilik. Keluhan kecil dilepaskan, dia mengurut dahinya yang pening kerana tidak cukup berehat.

Salah seorang pengawal yang mengawal bilik wad Datin Rina akan menghantar Adib pulang ke rumah seperti yang diarahkan. Di dalam kereta Adib hanya berdiam diri memikirkan sesuatu, sehingga dia terlelap seketika kerana kepenatan. Dia tersedar dari tidurnya apabila melihat laluan jalan balik bukan ke arah rumahnya.

"Ni bukan laluan ke rumah saya, kamu nak bawa saya ke mana?" Soal Adib yang mendekatkan dirinya ke kerusi pemandu sambil memegang bahu pengawal tersebut.

Brek kereta diberhentikan dibahu jalan sebelum pengawal tersebut menoleh ke belakang lalu mangacukan semburan cecair ke arah muka Adib. Dia sempat menepis tangan pengawal lalu cuba untuk keluar dari kereta dalam keadaan cemas, namun tindakan pantas pengawal tersebut mengunci pintu kereta belakang menyebabkan Adib gagal meloloskan diri. Kepalanya mulai berasa pening dan berat, Adib cuba melawan namun gagal. Dia pengsan dipukul pengawal tersebut, dek kerana badannya yang penat. Kalau tidak sudah pasti Adib mampu melawannya.

******

Di satu lokasi rahsia sebuah bilik kosong yang besar kelihatan seseorang tengah baring dilantai dengan keadaan kaki tangannya diikat ke belakang, matanya ditutup dengan kain.

Adib tersedar dari pengsannya badannya masih lemah, kepalanya masih pening, dia cuba bangkit dalam keadaan kakitangannya diikat... "OI LEPASKAN AKU!" Bentak Adib kepenatan.

Pintu bilik dibuka, kedengaran beberapa pasang tapak kaki melangkah masuk menghampiri Adib.. "Siapa kamu, lepaskan aku.." Bentak Adib meronta-ronta cuba melepaskan dirinya dari ikatan di tanganya.

Seorang pengawal membuka penutup mata Adib, dalam keadaan silau matanya kabur melihat seseorang yang duduk dihadapannya. Beberapa saat kemudian barulah pandangan Adib jelas melihat gerangan orang yang menculitnya berada dihadapannya.

"Kau rupanya! Aku tak sangka.. sungguh aku tak sangka kau rupa yang merancang semua ni." Kata Adib dalam keadaan terkejut... "Zul" Tambahnya lagi.

Orang yang merancang segala pelan dan disebalik kejadian yang berlaku adalah ZUL ALFIN!

"Kau silap, bukan aku yang merancang semua pelan ni, tapi kau yang rancang aku cuma ikut saja. Kamu sudah lupa apa yang kamu katakan kepada aku semasa diluar wad Datin tempoh hari?" Jelas Zul yang duduk dihadapan Adib sambil bersilang kaki.

Adib berdiam diri memandang Zul dengan muka merah... "Kan aku pernah kata kepada kau, aku turutkan segala pelan kamu asalkan Zara selamat. Kau kena bersiap sedia kalau berlaku sesuatu diluar jangkaan" Tambah Zul.

"Semasa kau menjalankan rancangan jahat kau, aku juga turut merancang pelan aku untuk mencari dalang disebalik penculikan Zara." Jelas Zul lagi.

"Rancang jahat aku? Apa maksud kau aku tak faham, kau jangan tuduh sebarangan tanpa bukti" Bidas Adib.

"Macam aku katakan tadi aku ada rancangan aku sendiri mencari dalang disebalik penculikan ni. Aku pelik kenapa kau bawa aku berjumpa dengan Ketua Penyiasat sedangkan dia hanya nak bertemu dengan kamu sorang bukan dengan aku. Pelan penculikan dilakukan dengan sempurna sebab hanya kau seorang yang tahu apa yang berlaku, jika dilihat dari mata kasar memang kau tidak terlibat sebab kau merupakan watak penting dalam rancangan ni, dan jadikan aku sebagai alibi kau." Terang Zul.

* Alibi: Bukti yang menunjukkan pada masa kesalahan yang dipertuduhkan dalam istilah kehakiman.

"Agensi penyiasatan cuma sekadar wayang untuk kau selindung sebalik rancangan kau, Datin pernah memberitahu aku mengenai Agensi tersebut dan memberi amaran kepadaku jangan terlibat dengan Agensi tersebut.

"Rancangan kau bukan setakat itu sahaja, kau juga cuba meletakkan aku dalam situasi dimana Datin akan salahkan aku jika apa-apa berlaku kepada Zara. Buktinya Kau memberi arahan kepada Ketua Agensi menghubungi aku dan berpura-pura untuk menolong aku mencari kau dan Zara dalam situasi huru-hara.. Pada mulanya aku memang tidak syak mengenai Agensi penyiasatan tersebut, tapi apabila pemandu lori yang aku tahan memberitahu sesuatu, membuat aku sedar ada logiknya. Lalu aku menyusuh orang aku menyiasat kaitan Agensi itu dalam pelan kau. Ketua Agensi yang pada mulanya taknak berjumpa dengan aku tetiba menawarkan dirinya untuk mencari kau dan Zara bukankah pelik? Aku pun turutkan permainan antara kau dengan Ketua Agensi tu sebelum aku mengatur pelan seterusnya." Ujar Zul.

ZUL ALFIN Siri 01Where stories live. Discover now