"Orang dia?" Kata hati Adib mendengar hampir keseluruhan cerita Zul yang merungkai sebahagian daripada rancangannya.
"Kau dah boleh jadi penulis buku, imaginasi kau memang hebat. Kalau betul apa yang kau katakan, boleh kau buktikan aku terlibat? Soal Adib tersenyum sinis.
"Bukan tugas aku untuk membuktikan kau terlibat atau tidak, aku cuma mencari dalang disebalik penculikan Zara." Balas Zul ringkas.
"Kau menyuruh penculik tersebut menghantar pesanan kepada Datin secara rahsia dan mengugutnya supaya tidak memberitahu sesiapa termasuk pihak berkuasa. Kau tahu Datin sanggup buat apa saja demi keselamatan anaknya, sebab tu Datin bertegas taknak libatkan pihak polis dalam hal ni.
Kau tahu demi keselamatan Zara Datin mengenakan syarat untuk melihat rakaman langsung keadaan anaknya semasa urusniaga dijalankan, kau bersetuju dengan syarat Datin. Kau memilih untuk melepaskan Zara dirumahnya kerana kau tahu di situ memang Datin tidak meletakkan pengawalnya berjaga kerana sebahagian dari mereka mencari kau yang berada dalam lori tersebut, selebihnya berjaga di bilik wad Datin.
Satu-satunya penghuni dirumah Datin adalah Pak Guard dan orang gaji, disitu kau cuba menarik perhatian jiran-jiran sekitar. Kau gunakan jiran sebagai alibi untuk merancang senario penculikan Zara dihadapan rumahnya setelah kau dapat wang tebusan.
Kau lepaskan Zara dan kau juga merancang untuk merampas Zara dari tangan penculik menggunakan orang Agensi tersebut. Pada masa sama kau pergi ke HKL bertemu dengan Datin Rina memberitahu apa yang berlaku, kau menggunakan aku sebagai alibi untuk mereka cerita supaya Datin percayakan kamu. Tapi apa yang kau tak tahu, aku berjaya menangkap pemandu lori yang membawa kau serta wang tebusan tersebut.
Perkara diluar jangkaan kau apabila Zara cuba melarikan diri semasa pergelutan yang kau cetuskan dan secara tidak sengaja kepalanya terhantuk pada kenderaan MPV dan pengsan. Aku mengambil kesempatan merampas Zara yang terlantar di jalan raya ketika orang-orang kau sibuk bergaduh, agak mudah untuk aku selamatkan Zara dalam keadaan pengsan kalau tidak pasti dia akan melawan" Ujar Zul.
Adib hanya mendengar penerangan Zul panjang lebar dalam keadaan tenang.
"Kau masih tidak dapat buktikan aku yang merancang penculikan Zara."Balas Adib " Untuk pengetahuan kau, Datin menyaksikan sendiri melalui kamera dimana aku dikurung dalam truck lori sambil mengira wang." Tambah Adib lagi
"Pemandu truck lori yang mengurung kau serta pengurus syarikat logistik yang kau sogok telah ditangkap pihak polis. Kamu tunggu saja siasatan pihak polis sama ada kau terlibat atau tidak." Ujar Zul.
"Pelan kau memang sempurna pada dasarnya tapi ada satu perkara yang kau tak tahu, iaitu rakaman suara antara kau dengan Mustafar." Jelas Zul tersenyum sinis..
Terkejut Adib mendengar nama tersebut. "Siapa Mustafar? Aku tak kenal!" Soal Adib mengalih keluar penuh dingin di muka.
"Adib aku juga telah siasat latar belakang kau, kau pernah kata yang kau kenal bekas CEO. Arwah Dato' mengambil kau sebagai anak angkatnya dari rumah anak yatim dan menjaga kau sehinggalah dia melantik kau menjadi pengawal peribadinya. Tidak hairan kalau semua rahsia arwah Dato' kau tahu termasuk bekas CEO tu." Jelas Zul lagi...
Adib menundukkan kepalanya ke bawah berdiam diri seketika. Air mata menitis jatuh ke lantai...
"Kamu berdua merancang untuk pergi dari sini dan menjalani kehidupan biasa tapi kau tahu yang arwah Dato' akan cuba menghalang hubungan kamu berdua. Perkara yang kau tak sangka selepas Mus menyandang jawatan CEO layanannya terhadap kau berubah. Kau semakin tertekan sehingga kau sanggup membunuh arwah supaya korang boleh hidup bersama. Apabila Mus menjadi kambing hitam atas kesalahan arwah Dato, kau mula merancang untuk membalas dendam dan wang sebanyak RM100Juta ada kaitan dengan kes Mus" Jelas Zul.
"Apa yang kau katakan tidak betul" Balas Adib dengan suara sayu. "Walaupun aku benci pada arwah Dato', tapi bukan aku yang bunuhnya." Katanya lagi.
******
Imbas kembali cerita Adib dan Mus (Bekas CEO)
"Aku berkerja dengan arwah Dato' sebagai Pengawal Peribadinya, sebagai seorang pengawal aku tidak boleh terpengaruh dengan emosi dan harus sentiasa bersedia melindungi arwah. Sejak aku diambil sebagai anak angkat arwah Dato' hidup aku tidak seceria tetika aku bertemu dengan Mus." Jelas Adib
"Mus merupakan anak didik arwah Dato' yang diserap masuk ke dalam syarikat melalui program Mentor Mantee ajuran Universitinya. Mus merupakan pelajar Straight A+ dalam SPM dan mendapat biasiswa penuh kerajaan menyambung pendidikannya ke peringkat Sarjana Muda dalam Business and Management. Pada tahun akhirnya Mus terpilih antara beberapa pelajar Uni mengikuti program Mentor mantee berkerja dibawah arwah Dato', dalam banyak pelajar program yang menjalani latihan industri di syarikat arwah, Mus terpilih dengan keputusan cemerlang dan menjadi Apprentice arwah Dato' selepas graduat dari universiti. Sejak dia masuk berkerja di syarikat arwah, aku dan Mus mula mengenali.
Lama kelamaan timbul rasa sayang antara satu sama lain, buat pertama kalinya aku menerima layanan seperti seorang manusia. Dalam hidup aku hanya Mus saja yang mengambil berat sakit pening, dan masalah aku yang selama ni tiada seorang pun yang kisah. Mus bertuah kerana layanan arwah Dato' terhadapnya sungguh berbeza dengan aku, semasa ketiadaan arwah aku dan Mus sering ke temu sehinggalah satu hari arwah dapat tahu hubungan aku dengan Mus. Arwah Dato' cukup benci dengan golongan LGBT dan mengugut aku supaya menjauhkan diri aku daripada Mus. Bermacam-macam cara arwah lakukan termasuk menhukum, mengugut aku dari berjumpa dengannya. Sebagai pengawal peribadi arwah aku banyak melakukan kerja kerja kotor berbeza dengan perkerjaan Mus.
YOU ARE READING
ZUL ALFIN Siri 01
Mystery / Thriller(18SX: Tamat) Mengesahkan seorang jejaka Biseksual yang mempunyai personaliti berbeza kesan daripada kehidupan lampau yang membuatnya berubah. Bagaimana Zul menempuh mainan dunia yang penuh mencabar emosi,mental dan fizikalnya. Mula: 29 Ogos 2022 Ta...