Bab 17 - Dihantui

7.5K 66 5
                                    

Raihana buntu dan tertekan. Airmatanya kering dan matanya sembam. Menangislah dan meraunglah macam mana sekalipun tidak akan dapat mengubah realiti keadaan yang dihadapinya kini. Dia benar-benar bercelaru dengan keputusan ujian kit kehamilan itu. Walaupun telah diulang sebanyak dua kali lagi, hasilnya tetap sama. Dia sudah hamil. Hamil anak luar nikah. Hamil zuriat pendatang asing tanpa izin yang berbeza bangsa dan pegangan agamanya. Malah, lelaki yang membuntingkannya telah pun tiada di dunia ini, meninggalkan dirinya terkontang-kanting tanpa sokongan untuk menghadapi semua ini. Raihana sangat-sangat keliru bagaimana dirinya boleh mengandung sedangkan dia sentiasa mengambil pil pencegah kehamilannya. Rahsia mengenai pilnya telah terkubur bersama bangla tua itu, dan Raihana hingga kini tidak mengetahui yang pil diambilnya itu adalah pil tiruan. Raihana ketakutan. Dia takut untuk memberitahu sesiapa keadaan dirinya. Sudah tentulah keluarganya di kampung tidak seharusnya mengetahui mengenai ketelanjurannya. Dia tidak pasti berapa lama dia boleh menyembunyikan rahsia ini dari sesiapa. Lambat laun orang sekeliling pasti akan menyedari perubahan tubuh dirinya. Tiada cara untuk menyembunyikan perutnya yang membuncit nanti walaupun dengan memberi apa jua alasan. Malulah dia dengan keluarganya. Malulah dia dengan rakan sekejranya. Malulah dia dengan penduduk di perumahan itu. Pastinya mereka akan mengetahui perbuatannya. Pastinya dia akan dicemuh dan dilabel sebagai perempuan murahan yang sanggup menyerah tubuhnya dibuntingkan oleh warga asing. Raihana kebuntuan mencari jalan keluar.

Prestasinya di pejabat semakin merosot. Dirinya semakin murung dan kerap mengambil cuti sakit, semata-mata untuk menjauhkan diri dari orang sekeliling. Rakan-rakan sekerja juga tidak tahu bagaimana untuk membantunya. Mereka juga menyedari perubahan emosi yang berlaku pada Raihana. Dia sudahpun menerima surat amaran dari majikannya tentang prestasi kerjanya. Raihana semakin tertekan dengan keadaan itu. Dia ada berjumpa dengan beberapa doktor sakit puan untuk cuba mengugurkan kandungannya. Akan tetapi kesemua doktor itu menolak permintaannya. Yang boleh membuat penguguran kandungan hanyalah di hospital kerajaan bagi masalah kesihatan yang mengancam nyawa ibu atau kandungan dan hanya atas sokongan doktor pakar, walaupun Raihana memberikan alasan dirinya dirogol. Kesemua doktor itu menggesanya untuk membuat laporan polis, tetapi dia menolak. Dia tidak mahu perbuatannya dibongkarkan. Raihana tidak mengetahui kewujudan klinik haram di kawasan lorong gelap di bandar dan dia tidak berani untuk bertanyakan sesiapa mengenainya. Dia menjadi semakin buntu. Sudahlah pilihan untuk mengugurkan kandungan tidak dapat dilakukan, dia tidak mempunyai kenalan lelaki yang rapat mahupun teman lelaki yang boleh dijadikan pak sanggup. Bagaimana dia harus menggoda lelaki dalam keadaan dirinya ini. Pasti usaha itu mengambil masa jika lelaki itu ingin mempunyai perasaan istimewa terhadap dirinya. Masa itu sudah pasti keadaan dirinya yang sedang mengandung pasti terbongkar.

Memasuki bulan ke-3 usia kandungannya, tubuh Raihana mula menampakkan perubahannya. Perutnya mulai sedikit menimbul. Buah dadanya mulai membengkak sedikit. Perubahan yang berlaku itu tidak jelas, tetapi jika diamati dengan teliti ataupun biasa bertemu dirinya pasti akan menyedari perubahan itu, walaupun dia memakai pakaian yang labuh dan longgar. Raihana mula perasan ada pandangan pelik dari beberapa rakan sekerjanya. Dia semakin ketakutan menghadapi keadaan itu. Bila-bila masa sahaja rahsia dirinya akan dibongkar. Setelah berfikir keras, Raihana mengambil keputusan nekad. Dia memberi surat berhenti kerja kepada majikannya atas alasan menjaga keluarga di kampung. Sepanjang tempoh sebulan notis berhentinya, dia memekakkan telinga dari mendengar desas-desus cerita rakan sekerjanya. Mereka mula mengesyaki dirinya terlanjur. Ada yang tampil meminta Raihana berterus terang agar mereka dapat membantu tetapi dinafikan sekeras-kerasnya. Setelah tamat tempoh notis kerjanya, Raihana mula bertindak. Dia memberitahu keluarganya yang dia perlu berhijrah ke negeri lain atas urusan kerja oleh majikannya. Keluarganya ingin bertemunya untuk melihat tempat tinggal baharunya tetapi Raihana memberi alasan akan membawa mereka lain kali setelah menyewa tempat yang sesuai. Semua itu hanyalah pembohongan. Berbekalkan simpanan yang ada dan kenderaan yang dimiliki, Raihana berhijrah ke negeri yang lain dari apa yang dimaklumkan kepada keluarganya. Ini agar mereka tidak dapat mencarinya kelak. Dia lebih sanggup membuang keluarganya dari malu berdepan dengan mereka mengetahui dirinya telah mencemar nama baik keluarga. 

Hingga usia kandungan mencecah 5 bulan, Raihana berpindah dari satu daerah ke daerah lain, melarikan diri dari pengetahuan sesiapa. Dia tinggal di bilik hotel murah untuk beberapa hari mencari kawasan perumahan yang sesuai untuk dia bersembunyi. Panggilan dan mesej dari ahli keluarga dan rakan-rakannya tidak diangkat. Dia tidak mahu dirinya dijumpai, akan tetapi duit simpanannya semakin susut. Hinggalah dia tiba di suatu perkampungan yang agak terpencil di sebuah negeri jauh dari bandar yang didudukinya dahulu dan keluarganya. Disana, dia dapat menyewa sebuah rumah kecil di suatu sudut kampung itu. Raihana berbohong yang dirinya baharu berkahwin telah kehilangan suami akibat kemalangan jalanraya dan dihalau keluar oleh tuan rumah, mendapat simpati Mak Siti tuan rumah disewanya itu. Penduduk kampung pula ada yang sama bersimpati dengannya, dan ada pula yang memandang serong padanya. Agak pelik bagi seorang wanita mengandung ingin tinggal di perumahan kecil itu tanpa ada pertalian dengan penduduk sini. Tetapi ada juga yang memandangnya dengan bernafsu. Raihana masih sorang wanita muda yang cantik walapun perutnya semakin membuncit membawa kandungan. Raihana cuba untuk tidak mempedulikan semua itu. Yang dia inginkan adalah permulaan yang baharu jauh dari sesiapa yang mengenalinya.

Memasuki usia kandungannya 8 bulan, pergerakan Raihana semakin terhad. Perutnya yang besar memboyot itu menyukarkan dirinya untuk menguruskan diri dan membuat kerja di kawasan perumahan itu. Selama dia disitu, dia membantu Mak Siti mengambil upah menjahit kain langsir dan baju untuk penduduk disitu. Walaupun tidak banyak tempahan, upahnya cukup untuk memenuhi keperluan hidupnya. Mak Siti juga seolah-olah mengetahui keadaan sebenar Raihana. Dia tidak banyak bicara untuk mencungkil kisah silam Raihana. Raihana juga berasa beruntung dengan keadaannya disitu. Dia sangat-sangat berharap dapat menebus kesalahannya dengan memulakan hidup baharu bersama kandungannya. Disini dia cuba membina hidup baharu bersama anaknya kelak.

Hinggalah pada suatu malam, Raihana menerima satu mesej pesanan ringkas. Pucat lesi wajahnya melihat paparan skrin telefonnya.

Nama penghantar mesej yang tertera di skrin telefonnya adalah....Ambihat.

***BERSAMBUNG***

Raihana 2Where stories live. Discover now