Bab 4 - Soalan

146 13 6
                                    

Suasana dalam convention centre hingar bingar dengan kehadiran ratusan pengunjung. Rata-rata datang dengan pelbagai kostum sebagai cosplayer manakala yang lain hadir untuk membeli serta memeriahkan suasana.

Aqilah dan Nasuha berhimpit dalam barisan masuk untuk ke ruangan seterusnya. Sudah lengkap senarai barang-barang yang perlu diborong tadi, kini mereka ingin menuju ke tempat yang seterusnya.

"Qil, ramai sangat orang." Nasuha terpaksa menjerit sedikit, jika tidak Aqilah pasti tidak mendengar rungutan itu.

"Iya, sebab ada meet and greet tu." Jawabnya selamba meredah lautan manusia sambil tangannya tidak melepaskan Nasuha yang kadang-kala tersepit di tengah.

"Aku nak baliklah. Ramai sangat ni." Nasuha mula rimas bersesak-sesak begitu. Namun rakannya berpura-pura tidak mendengar. Tujuannya itu jauh lebih penting.

"Qil."

Aqilah terus berpaling. Kedua tangannya yang sarat dengan barang-barang merangkul kejap bahu rakannya lalu dua mata hitam itu merenung Nasuha dalam-dalam.

"Sesi tu sejam je. Dan aku ada 5 minit untuk confirmkan sesuatu."

Nasuha berkerut dahi. Tidak mengerti apa yang Aqilah cuba sampaikan.

"Kau kena jadi saksi paling utama aku. Please. 1 jam je. After that aku belanja kau anything you want. Pleaseee, Suha."

Nasuha mengherotkan bibirnya. Mata bundar itu melirik pada Aqilah semula.

"Anything?"

Gadis itu tersenyum. "Anything." Yakin jawabnya. Seolah-olah apa saja permintaan rakannya itu mampu ditunaikan.

Nasuha diam. Nafasnya ditarik dalam.

"Fine. Jom."

Mekar semula senyuman yang hampir hilang. Pantas dia menarik tangan Nasuha supaya terus membuntuti belakangnya.

Setelah 5 minit lemas dalam kerumunan manusia, mereka akhirnya berjaya tiba di lokasi yang dituju.

Paparan skrin besar menanti diatas pentas. Jelas terpampang tulisan "Meet and greet with Arawn Lucius" di atasnya. Para peminat yang lain juga mula memenuhi dihadapan pentas. Sama-sama menanti sesi beramah mesra bersama idola virtual mereka.

Berseri-seri wajah Aqilah memandang Nasuha bersama sinar yang bergemerlapan di mata.

"Nanti masa giliran aku, kau naik sekali tau. Tolong aku ambil gambar dan video banyak-banyak. Aku ada 5 minit je atas tu."

Nasuha hanya mengangguk sambil menyambut huluran telefon.

Tepat jam 11:30 pagi, muzik alu-aluan yang rancak bersama lampu sorot berlainan warna menyala diserata tempat. Kelihatan seorang hos melangkah keluar memegang mikrofon, mengalu-alukan kedatangan para peminat.

Tatkala nama Arawn disebut, ruang itu gamat dengan sorakan bernada tinggi. Teruja, berkobar, berdebar, semua bercampur baur. Sehinggalah paparan tadi bertukar pada wajah virtual Arawn yang tersenyum manis melambai mesra.

"Wow! Hello everyone!"

Hanya seringkas itu, dewan kembali bingit dengan hilaian para gadis yang melonjak teruja.

Arawn meneruskan sesi pengenalan sambil berinteraksi secara virtual bersama peminatnya. Meskipun hanya muncul pada skrin, dia mampu melihat keseluruhan pengunjung yang ada dengan menggunakan teknologi-teknologi yang telah disediakan.

Sesi itu diteruskan dengan acara yang paling dinanti. Sesi soal-jawab Arawn bersama peminat. Nafas Aqilah tidak keruan. Jantungnya bagai nak pecah dek rasa gementar yang menguasai seluruh tubuh.

ARAWN | ANTARA DUA REALITIWhere stories live. Discover now