Bab 22 - Budi

64 11 14
                                    

"Hati-hati." Pesan Anwar sebelum Nasuha melangkah turun anak tangga yang meletakkan mereka berdua di hospital. Nasuha ketawa kecil.

"Jangan risau." Ucapnya pendek. Faham akan kerisauan Anwar.

Tangga yang asalnya berbucu tajam, kini sudah dibentuk supaya melengkung tumpul. Dibuat begitu demi keselamatan pelajar lain. Tidak mahu insiden yang sama berulang. Nasuha berhati-hati melangkah. Fail-fail pelajar yang dibawa bersama dipegang erat.

"Boleh ke?" Tanya Anwar lagi.

"Boleh." Nasuha menyahut. Kakinya menuruni anak tangga lagi.

"Suha, hati-hati."

"Iye. Aku dah sampai bawah. Kau tu yang tak turun lagi." Balas Nasuha sambil mengangkat keningnya.

Anwar tertawa kecil. Dia bimbang akan keselamatan gadis itu sejak kejadian tempohari. Jadi setiap kali dia menuruni tangga, dia menunggu Nasuha sampai ke bawah terlebih dahulu sebelum dia ikut turun.

"Terima kasih." Tutur Nasuha.

Anwar menoleh hairan pada Nasuha yang berjalan di sebelahnya.

"Sebab selamatkan aku haritu. Aku dah lama nak cakap, tapi tak tahu bila." Nasuha menyembunyikan muka disebalik fail-fail yang dibawa. Terasa bahang wajahnya yang merona merah.

"Oh." Anwar tergamam. "Um. Aku ..."

"Aku minta maaf juga. Haritu aku macam marah sangat pula." Terang Nasuha lagi. Memintas kata-kata Anwar.

Anwar hanya diam meneruskan langkah. "Aku minta maaf sebab buat kau marah." Katanya perlahan.

"Eh, taklah. Bukan salah kau pun. Aku yang tiba-tiba marah." Nasuha memberhentikan langkahnya. Dia mengetap bibir. "Sebab haritu aku dapat tahu benda yang aku tak sepatutnya tahu." Perlahan dia menyambung. Matanya meredup.

Anwar menyengetkan kepalanya. Tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Nasuha.

"Anwar. Aku nak tanya something boleh?"

"Tanyalah."

"Kau ada crush dekat sesiapa tak?"

Anwar memberhentikan langkahnya. Nasuha juga. Bibir gadis itu menguntum senyum.

"Kenapa tiba-tiba?"

"Saja, aku ... curious."

Anwar terdiam lama. Tanpa dia sedar, pipinya panas.

"Oh! Kau memang ada crush kat someone ya?" Nasuha ketawa kecil. Mereka meneruskan langkah yang terhenti.

Anwar hanya tunduk sambil tersenyum nipis. Segan sendiri kerana tidak pandai menyembunyikan perasaannya.

"Tapi aku tak rasa dia akan suka aku kalau dia tahu." Katanya perlahan. 

"Mana kau tahu?"

Anwar hanya menggeleng sambil tersenyum lembut. Tidak mahu menjawab pertanyaan Nasuha. Biarlah dia simpan perasaan itu sendiri. Bimbang sekiranya terluah, dia hanya akan menyakiti hati gadis itu.

"Kau suka dekat Alya?" Tebak Nasuha. Kadang, matanya sakit Melihat Anwar yang rapat dengan Alya, gadis dari kelas mereka.

Anwar ketawa besar. Tekaan Nasuha yang melulu menggelikan hatinya.

"Aku dengan Alya kawan je lah. Kenapa kau tiba-tiba sebut nama dia?" Anwar berkerut dahi memandang Nasuha yang mengetap bibir.

"Hahaha. Tak ada apalah. Tak penting. Anggap je aku tak pernah tanya. Hahaha." Nasuha melajukan langkahnya. Entah kenapa rasa ingin tahu dia membuak. Hanya nama Alya terlintas pada fikirannya kerana acapkali dia melihat Anwar berbual dan ketawa bersama Alya. Cepat-cepat Anwar menyamakan langkah. Hatinya tidak puas jawapan gadis itu.

ARAWN | ANTARA DUA REALITIWhere stories live. Discover now