Tempat duduk Hakeem kosong pada haritu. Guru kelas mereka memaklumkan bahawa Hakeem akan mengambil cuti sakit untuk beberapa hari disebabkan kejadian semalam. Rata-rata pelajar bertanya sesama sendiri kejadian apa yang berlaku. Namun tiada sesiapa yang punya jawapan melainkan Anwar dan Amsyar.
"Osman kata, teruk juga kesan tumbukan tu dekat Hakeem." Amsyar memanjangkan tangannya lalu mengukur meja. Mulutnya menguap beberapa kali.
"Uncle Satish pun tak datang harini." Sambungnya lagi.
Anwar memasukkan buku-buku yang digunakan pasa sesi pembelajaran tadi ke dalam begnya. Tidak membalas kata-kata Amsyar.
"Aku tak boleh tidur semalam. Trauma teruk aku." Rungut Amsyar lagi.
"Macam kau yang kena serang." Perli Anwar tergelak kecil.
"Fuh, aku tak boleh. Benda-benda macam ni tak elok untuk jantung aku." Tangan kanannya memegang dada.
"Sudahlah kau. Bagi aku nombor Osman." Malas Anwar mahu melayan drama Amsyar. Dia lebih bimbangkan keadaan Hakeem. Tidak pasal-pasal ketua pengawas itu ditumbuk. Gara-gara mahu mempertahankan dirinya.
"Nak buat apa?" Cebik Amsyar apabila Anwar tidak melayan.
"Bagi jelah."
Amsyar mengeluarkan telefon yang disimpan dibawah mejanya. Nombor Osman dicari sebelum dihantar pada Anwar.
"Aku balik sendiri tau harini. Ada hal sikit." Tambah Anwar lagi.
"Kau jangan balik lambat sangat. Aku tak ada untuk protect kau. Hakeem dah tewas kena knockdown semalam."
"Ye. Aku tahu."
Anwar menaip sesuatu lalu dihantar pada Osman. Tidak lama dia menunggu, Osman terus membalas pesanan ringkasnya.
***
"Sini ke?"
Rumah banglo dua tingkat itu dipandang kagum. Mata Anwar membaca semula alamat rumah yang diberikan oleh Osman. Kereta Grab yang membawa Anwar tadi sudah lama hilang dari pandangan. Meninggalkan Anwar termanggu sendiri di hadapan rumah banglo itu. Telefon yang dipegang segera dimasukkan semula ke dalam poket seluar sebelum suis yang bertanda loceng itu ditekan sekali. Namun tidak pula kedengaran bunyi apa-apa.
Anwar menekan sekali lagi. Sama. Masih tiada bunyi.
"Rosak ke?" Maka suis itu ditekan beberapa kali.
"Aku dengarlah!" Pekik Hakeem dari sebalik pintu. Lelaki itu kemudiannya keluar menyarung selipar.
"Kau kenapa nak tekan banyak kali?! Bingit telinga aku. Kau tak reti sabar ke?" Marah Hakeem yang datang mendekatinya sementara pintu pagar rumahnya terbuka secara automatik.
"Oh, aku ingat rosak. Sebab aku tak dengar apa-apa." Anwar cuba mempertahankan diri.
"Loceng rumah aku, untuk aku dengar. Bukan untuk kau!" Hakeem mengorek-ngorek telinganya yang hampir pekak dengan loceng yang tidak berhenti.
"Kau nak apa?"
Wajah Hakeem muncul sepenuhnya sebaik sahaja pagar automatik itu berhenti bergerak. Anwar mengulum bibir, cuba menahan ketawa. Pipi kanan Hakeem bengkak bersama kesan lebam.
YOU ARE READING
ARAWN | ANTARA DUA REALITI
Teen FictionMenjadi popular didalam sosial media merupakan impian setiap streamer. Anwar, seorang pelajar berusia 16 tahun dengan mudahnya melonjak naik bersama persona virtual yang dicipta semenjak dia berusia 13 tahun. Menggunakan nama samaran sebagai Arawn...