Bab 8 - Perasaan

99 13 1
                                    

"Kau ke, Anwar?" Tanya lelaki di hadapannya.

"Bukan!" Pantas Anwar menafikan soalan itu. Jantungnya berdegup laju. Tertanya-tanya sekiranya lelaki itu juga mencari Arawn.

Ada jeda antara mereka. Mungkin lelaki itu tidak menyangka jawapan Anwar terlalu cepat. Dia hanya memandang Anwar atas bawah sebelum dia beredar tanpa berkata lanjut. Garis kerutan memenuhi dahinya.

Anwar kemudian baru sedar, lelaki itu bertanyakan nama sebenarnya. Bukan nama persona virtual miliknya. Soalan itu mendapat respon spontan gara-gara dia panik dengan cerita Alya sebentar tadi. Namun Anwar membiarkan sahaja lelaki itu pergi lalu hilang dalam keramaian orang.

"Anwar! Anwar!" Suara Nasuha kedengaran dari jauh. Lelaki itu menoleh pada Nasuha yang berlari ke arahnya.

"Hakeem! Hakeem dengan Amsyar bergaduh! Cepat!" Wajah panik Nasuha jelas menggambarkan bertapa serius pergaduhan tersebut. Tanpa berlengah Anwar mengikut langkah gadis itu. Meninggalkan booth itu tanpa pengawasan.

***

"Hai." Tegur Aqilah bersama senyuman manis setelah Amsyar turun dari pentas. Jejaka itu sedikit terkejut dengan teguran dari gadis pujaan hatinya.

"Sorry. Hehe. Nama awak Amsyar kan?"

"Ya saya, kenapa?" Amsyar malu-malu menjawab.

"Saya tengok game awak tadi dan saya perasan sesuatu."

Hati yang panas membara tadi terus sejuk dingin. Tidak terfikir akan dirinya diperhatikan oleh mata airnya itu. Aqilah melebarkan senyuman.

"Saya nak tanya something boleh?"

"Tanyalah."

"Awak pernah join stream dengan Arawn kan? Saya kenal suara awak tadi."

Amsyar terdiam. Bibirnya terkunci sendiri.

"Saya selalu tengok stream Arawn. Jadi saya kenal suara-suara yang selalu main game dengan dia."

Aqilah memandang Amsyar yang berdiri kaku. Nyata wajah lelaki yang berubah pucat itu membuatkan Aqilah tahu soalannya pada orang yang tepat.

Amsyar yang panik menelan pahit air liurnya sendiri. Tidak tahu apa yang patut dia jawab.

"Amsyar?"

"Hah, ya?"

"Dengar tak?"

Amsyar mengangguk sambil ketawa yang jelas dibuat-buat.

"Aah, saya kawan dengan Arawn tu." Amsyar terus memilih untuk mengaku. Makin lebarlah sengihan Aqilah. Lelaki itu menjawab soalan yang tidak sempat ditanya.

"Jadi, betul ke dia sekolah sini?"

"Err, yang tu saya tak tahu." Amsyar mematikan pertanyaan itu. Tidak mahu dia terlepas kata lagi.

"Oh, okay. Jadi awak kawan dengan dia secara online je lah ye?"

Amsyar hanya senyum sumbing.

"Awak minat Arawn ke?" Saja Amsyar bertanya walaupun dia sudah tahu jawapannya.

"Biasa je. Hehe."

'Biasa? Bukan main seronok masa meet and greet haritu.' getus Amsyar sendiri dalam hatinya.

"Cuma itulah, saya kenal suara awak je tadi dalam semua player yang lain."

Amsyar terdiam. Memang benar hanya dia dan Hakeem saja yang banyak bersuara. Anwar hanya diam mengikut arahan Hakeem, sepatah pun dia tidak membantah.

"Hehe, tak apalah. Nanti ada masa kita sembang lagi. Saya ada kerja lain sikit. Bye."

ARAWN | ANTARA DUA REALITIWhere stories live. Discover now