Bab 21 - Sedar

74 11 9
                                    

Riuh kantin tidak dihiraukan oleh Aqilah yang sedang gigih mencari kelibat Nasuha. Dia meredah lautan pelajar yang sedang berpusu-pusu mahu membeli makanan serta sedang berehat. Lehernya memanjang cuba mencari rakannya yang menghilangkan diri sebaik sahaja ambulans yang membawa Amysar hilang dari pandangan.

"Suha!"

Panggilan itu membuatkan gadis yang sedang mengunyah itu mengangkat muka. Cuba mencari arah suara yang memanggil.

"Suha! Suha!" Aqilah yang gigih melambai akhirnya memunculkan diri. Pantas dia mengambil tempat berhadapan dengan Nasuha. Bibirnya juih sambil memandang Nasuha dengan kening yang hampir bercantum.

"Amsyar macam mana?" Tanya Aqilah tidak bertangguh.

"Tak tahu, Anwar tak ada cakap apa-apa lagi." Nasuha menyambung kunyahan yang terhenti. Tangannya mencapai telefon bimbit yang berada disebelah mangkuk laksa kari sebelum diletakkan semula kerana masih tiada khabar berita.

"Kau tak tanya ke?"

"Aku dah whatsapp Anwar. Tapi tak seen lagi."

Aqilah terdiam sendiri. Bibirnya herot sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Kemudian dia kembali merapat.

"Suha, kalau kau tahu apa-apa pasal Amsyar nanti bagitahu aku tau."

Nasuha memandang hairan pada rakannya itu.

"Kenapa?"

"Tak ada apa. Saja nak tahu." Aqilah menyilangkan tangan. Pandangannya dialihkan dari menatap wajah ingin tahu Nasuha.

"Okay." Nasuha kembali menyuakan laksa kari ke dalam mulut. Mahu segera menghabiskan semangkuk itu untuk pergi menolong rakan-rakan yang lain berkemas.

Gadis itu kembali memandang Nasuha yang nyata tenang sahaja setelah apa yang baru berlaku.

"Kau tak risau ke?"

"Kenapa? Kau risau ke?" Satu senyuman nipis menghiasi wajah Nasuha yang tidak memandang.

"Tak ada lah." Aqilah menjeling. Menafikan pertanyaan itu.

Nasuha tergelak kecil. "Kalau risau, cakap risau. Kalau suka, cakap suka."

"Eh, hello? Aku suka Arawn seorang je ye. Arawn je yang ada kat hati aku."

Nasuha mengeluarkan tisu, lalu mengelap bibirnya. Semangkuk laksa kari itu telah habis ditelan.

"Qil," Air kosong sejuk diminum sebelum dia kembali menyambung.

"Tak rugi apa pun kalau kau jujur dengan diri sendiri. Amsyar layan kau baik gila, Anwar juga yang kau kejar." Gadis itu bangun mahu meninggalkan Aqilah. Serta-merta dahi Aqilah bergaris.

"Anwar? Bila masa pula aku kejar Anwar?"

Langkah Nasuha terhenti. Bibirnya diketap rapat. Dia tersalah kata. Aqilah pantas meninggalkan tempatnya lalu datang merapati Nasuha yang tergamam sendiri.

"Arawn tu Anwar ke?"

***

Dua mata Amsyar terbeliak besar. Dia seolah-olah terjaga dari mimpi ngeri. Suara Aqilah bergema pada gegendang telinga. Seolah-olah gadis itu berada dekat dengannya. Nafas Amsyar turun naik, mujur saja topeng oksigen masih melekap pada ruang pernafasannya. Gegaran katil yang tiba-tiba itu mengejutkan Anwar yang tadinya lena. Pantas dia bangun terpinga-pinga.

"Kenapa Amsyar? Kau okay tak?"

Amsyar hanya mengangguk perlahan. Menepuk perlahan bahu rakannya. Anwar lantas menuangkan air ke dalam cawan kaca yang terletak pada meja kecil disebelah katil Amsyar. Kemudian menaikkan sedikit katil itu supaya Amsyar berada dalam keadaan duduk bersandar.

ARAWN | ANTARA DUA REALITIWhere stories live. Discover now