Bab 10 - Teori

100 11 4
                                    

"Amsyar! Ada orang cari kau." Panggil Alya nyaring dari hujung kelas.

Amsyar terus memanjangkan lehernya. Mengintai siapa yang mencarinya di sebalik pintu kelas itu.

"Weh! Cepatlah!" Sekali lagi Alya memanggil.

"Siapa?" Tanya Amsyar yang begitu malas sekali mahu bangun untuk berjumpa dengan manusia di sebalik pintu.

Saat itu matanya jatuh pada wajah Aqilah yang tercari-cari di mana Amsyar berada. Maka terus laju lelaki itu bangun. Sepantas kilat juga badannya sampai ke muka pintu bersama bibir yang menguntum senyum.

"Hai." Sapa Aqilah mesra.

"Hai." Balas Amsyar tersengih sendiri.

"Nak tanya, boleh?"

Amsyar mengangguk laju. Apa saja untuk Aqilah.

"Semalam Arawn tak stream langsung. Dia okay ke?"

"Oh. Semalam dia ada hal lain." Laju Amsyar menjawab. Mulutnya bergerak tanpa sempat diproses oleh sel-sel otaknya sendiri. "Rasanya malam ni dia live stream. Awak mesti ada dalam discord dia kan?"

Aqilah mengangguk. Bibirnya diherotkan sedikit.

"Anyway, petang ni awak free tak?"

"Free. Kenapa?"

"Saya ada macam-macam soalan nak tanya kat Arawn. And since awak kawan dia, mungkin awak boleh jawabkan sikit. Nak tak kita lepak dekat cafe Capy?"

"Boleh. Jom." Amsyar menjawab tanpa berfikir. Bibirnya kekal dengan senyuman.

"Okay. Jumpa nanti. Bye!" Aqilah melambai sebelum berlalu pergi. Lambaian itu Amsyar balas dengan bahagia.

Mata Amsyar tetap pada gadis itu sehingga dia hilang dari pandangan. Hatinya berbunga gembira. Lambaian itu akhirnya jatuh, barulah dia sedar. Dia telah berjanji tanpa memberitahu Anwar. Dia mengiyakan tanpa berfikir tentang risiko rahsia Arawn. Amsyar yang tadi melayang terbang diawangan kini terhempas kembali ke realiti.

"Apa aku buat ni?!"

***

"Eh, Qil? Kau dari kelas aku ke?" Tanya Nasuha yang berjalan dari arah bertentangan dengan gadis itu.

Aqilah mengangguk senang hati.

"Jumpa Amsyar?" Tebak Nasuha.

Sekali lagi Aqilah mengangguk. "Aku ajak dia pergi cafe petang ni. Nak ikut?"

Nasuha berfikir lama.

"Kau nak tanya dia apa? Dia tahu ke?"

"Belum tanya dan belum tahu."

Nasuha terus tersenyum nakal.

"Qil. Entah-entah, Amsyar tu Arawn tak?"

Terus Aqilah ketawa. Teori Nasuha baginya tidak masuk akal.

"Mustahil. Aku tak rasa dia Arawn. Jauh gila beza dia dengan Arawn tu."

"Mana kau tahu Qil. Online dengan realiti takkan sama. Mungkin real life dia macam Amsyar. Tapi Amsyar tu lah Arawn."

"Tak apa. Aku akan cuba korek petang ni. Kau nak ikut tak?" Aqilah mematikan teori yang tidak berapa sedap untuk didengar pada telinganya. Hatinya tetap yakin yang Amsyar bukan Arawn.

"Aku ada janji lain. Tak apalah, Aku tak ikut. Have fun korek rahsia." Nasuha ketawa kecil sambil kakinya meninggalkan Aqilah.

"Nanti apa-apa aku call kau okay!" Aqilah juga turut sama berlalu.

ARAWN | ANTARA DUA REALITIWhere stories live. Discover now