Hali x Leya (OC)

34 1 0
                                    


A/n: Ada watak dalam cerita ini ooc. Jangan benci, ini hanya cerita saja

Pada hujung minggu ini, Hali patut membantu Solar dan Ais di Kokotiam Tok Aba tapi, dia sudah janji kepada seseorang untuk berjumpa dia di kafe petang ini. Jadi, dia siap sedia dan terus pergi ke kafe tak jauh dari situ. Apabila dia sampai sana, dia nampak seorang gadis sedang berdiri di luar. Tiba-tiba, Hali ada idea.

Lelaki itu menuju ke arah gadis itu dari belakang. Lepas itu, dia tutupkan mata dia dengan tangannya. "Teka siapa." Kata Hali. Gadis itu senyum dan respon,"Mestilah Hali. Suara kau sudah tentu aku kenal." Hali memberinya pusing dan melihat dia. Mereka gelak kecil dan masuk ke dalam kafe. Apabila mereka ambil tempat duduk, seseorang memanggil mereka. "Hali dan Leya?" Dia menyebut nama mereka, membuat mereka toleh ke mereka. "Ying!" Kata Leya dengan gembira. Dia memeluk Ying dan gadis itu pun membalas pelukannya.

"Sudah lama kita tak bertemu. Apa khabar?" Soal Leya. Mereka berdua pun lepas pelukan mereka dan Hali pula, hanya membalas dengan mengangguk. "Khabar baik. Aku sedang bekerja di kafe ini." Ying membalas soalan Leya. "Melihat kau berdua saja di sini.. Aku rasa aku tak akan ganggu kau dan Hali sangat. Lagipun, kau berdua sudah menjadi pasangan." Katanya seterus.

Ya, Leya dan Hali sudah berpasangan. Mereka berpasangan sejak hari graduasi. Kawan-kawan lain dan Elementals sudah tahu mereka. Hanya seorang saja tak puas hati dengan Leya. Katakan saja dia mempunyai perasaan untuk Hali tapi, dia tak faham Hali. Kenapa dia pilih seorang tembam seperti Leya dan bukan gadis lain. Sebenarnya, Hali tak berapa kesah dengan kelihatan orang tapi, hati orang.

Kembali ke kafe, Ying ambil pesanan Hali dan Leya sebelum kembali ke tempatnya untuk membuatkan air dan menyediakan makanan mereka. 10 minit berlalu, pesanan mereka sudah siap. "Terima kasih, Ying." Kata Hali. Leya pula, sudah mula makan. Ying semyum dan membalas,"Sama-sama." Dia pergi dari situ dan sambung bekerja.

Apabila Leya dan Hali sudah habis makan, mereka hanya tinggal air mereka yang masih panas. Sambil menunggu sikit lama untuk menyejukkan, mereka berdua berbual. Cara mereka berbual sangat manis kepada satu sama lain. Tanpa mereka sedar, seseorang sedang perhatikan mereka berdua dari jauh. Ying hanya mendiamkan diri saja.

Lepas Hali dan Leya meluangkan masa di kafe itu, mereka berjalan-jalan di taman yang tak jauh dari rumah Elementals. Tiba-tiba, telefon Leya berbunyi. Dia menjawab sesiapa yang menelefonnya. "Oh, boleh." Katanya. Dia pun tutup telefonnya apabila habis berbual dan simpan di dalam begnya. Hali bertanya siapa telefon dia dan Leya membalas yang kawan dia menelefonnya. Dia ingin berada di sisi Hali lagi lama tapi, dia perlu bergerak. "Leya, aku nak tonton filem baru dengan kau hari ini. Malam nanti, aku ke rumah kau boleh?" Soal Hali. "Boleh. Jumpa nanti." Kata Leya. Lepas itu, dia meninggalkan tempat itu. Hali tak sabar nak jumpa dia sekali lagi.

Masa berlalu ke matahari mula terbenam. Leya menjemput Hali masuk ke dalam rumahnya. "Kau masih ingat Fang, rakan kelas aku?" Soal Hali. "Hm? Ha'ah." Leya membalas. Masa mereka masih bersekolah, Hali dan Leya kelas berbeza. Fang bertemu Leya untuk pertama kali masa mereka di perpustakaan sekolah. Mereka mengenali satu sama lain dan sikit demi sikit, mereka menjadi kawan rapat. Fang dapat tahu tentang Leya menyukai Hali dan dia menyokongnya untuk menang hati Hali. Satu hari nanti, Leya dan Hali menjadi pasangan. Ini semua kerana Fang membantu Leya untuk merapatkan dia bersama Hali.

"Berapa rapat kau dengan Fang?" Soal Hali. "Erm.. Seperti kawan rapat." Leya membalas. Mendengar respon gadis itu membuat Hali mula rasa geram. Tangannya mencapai ke leher gadis itu dan mencekiknya. "Jadi, apa Yaya kata semua itu adalah betul.. Kenapa selama ini aku tak pernah tahu yang kau kawan rapat dia!?" Hali mengetatkan tangannya. Leya sedang cuba untuk mengatakan sesuatu tapi, gagal. Dia menolak Leya, membuat gadis itu jatuh di atas lantai. "H-Hali–" Sebelum Leya boleh kata apa-apa, Hali memukulnya hingga Leya tak ada tenaga untuk buat apa-apa.

Hali keluar dari rumah Leya dan menutup pintu dengan geram. Leya bangun dan mencapai telefonnya. Dia mencari nama seseorang dan menelefonnya. Dia menangis sambil memberitahu apa yang berlaku kepadanya.

Keesokan harinya, Hali berada di Kokotiam Tok Aba bersama Thorn dan Blaze. Yaya datang ke Kokotiam itu dan mengucap selamat pagi ke Hali. Lelaki itu pun membalasnya. Mereka berbual seperti biasa. Thorn yang sedang perhatikan rasa sesuatu pelik. Blaze baru saja kembali apabila dapat pesanan pelanggannya. "Blaze." Thorn memanggil. "Apa dia?" Soal Blaze yang sedang membuat air. "Lihat siapa datang." Thorn membalas, membuat Blaze lihat ke arah Hali. Dia nampak Yaya dan bukan Leya. Selalunya, Leya datang pada waktu itu tapi, kali ini berbeza.

Bukan hari itu saja. Lain hari Yaya selalu datang dan berbual dengan Hali. Elementals lain pun sedar tentang ini dan mereka rasa sesuatu pelik. Mereka jarang bertemu Leya. Satu hari nanti, Ying dan Fang datang ke Kokotiam Tok Aba masa Yaya ada di situ. "Apa kau nak?" Hali soal sambil mengelap cawan. "Kita perlu berbual." Fang membalas. "Leya risau. Kau tak balas mesej dia dan tak angkat telefon kau." Kata Ying. "Aku perlu menjauhkan diri daripada Leya." Kata Hali. "Apa? Lepas Yaya bagitahu kau tentang Leya curang dengan aku? Tch.. Tolonglah. Aku sudah ada orang lain." Kata Fang. Lepas itu, dia toleh ke Yaya. "Kau ada bukti?" Soalnya seterus dengan serius. "Tanpa bukti, kau hanya tipu Hali." Kata Ying. Hali melihat Yaya. Mereka bertiga sedang menunggu respon Yaya. Elementals yang tak jauh dari mereka, pun melihat Yaya. Ini membuat Yaya panik. "A-Aku." Yaya cuba fikir alasannya tapi, gagal. "Jadi, betul kata mereka yang kau tipu aku? Kau memang kejam.." Kata Hali dengan geram. Sekarang, dia faham kenapa Yaya buat seperti itu.

Hali pergi dari situ dan berlari ke rumah Leya. Dia mengetuk pintu rumahnya tapi, tiada respon. "Leya, buka pintu! M-Maafkan aku!" Hali menjerit, masih mengetuk pintu rumahnya. "Erm.. Hali." Seseoramg memanggilnya. Lelaki itu toleh ke arah di mana suara itu datang. "L-Leya." Hali rasa janggal dan cuba mengatakan sesuatu. "A-Aku.. Erm.. Maaf–" Hali belum menghabiskan ayatnya apabila Leya memeluk lelaki itu kerana rindu kehadirannya. Lelaki itu pun membalas pelukannya dan berkata,"Maafkan aku. Aku salah." Leya melepaskan pelukannya dan berkata dia sudah maafkan Hali. Dia pun menjelaskan apa berlaku sebenarnya. "Motif Yaya adalah membuat kau putus dengan kau tapi, kita berdua masih bersama. Aku tahu kau masih kesah dengan aku. Dia mengguna persahabatan aku dan Fang untuk menipu kau. Lagipun, aku minta tolong dari Ying dan Fang. Aku berterima kasih dapat kawan seperti mereka." Leya habis menjelas kepada Hali. Semua kembali seperti biasa lepas menerangkan salah faham yang Yaya sudah tipu. Mulai hari itu, Hali tak akan ditipu sekali lagi.

Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]Where stories live. Discover now