Yandere! BBB x Reader x Kaizo/Fang

784 45 10
                                    

(n/a) bau sesuatu pelik apabila dia melepasi bilik kakak Boboiboy. (n/a) buka pintu bilik itu dan dia rasa terkejut kerana melihat ada apa di dalam bilik itu dan jerit namanya,"Y-Yaya!?"

Yaya terbaring di atas katil dengan darahnya menutup mukanya. "Oh, kau sudah nampak..." Kata seseorang dari belakang (n/a) dan membuat gadis itu toleh ke belakang. Boboiboy sedang berdiri di belakangnya. "Kau.. Ini semua kerja kau!?" Kata (n/a), akhirnya tahu tentang diri Boboiboy yang sebenar.

Flashback on

Bulan lepas, (n/a) baru saja keluar dari sekolahnya sejak sekolah sudah tamat. Boboiboy lari ke arah gadis itu apabila dia lihat (n/a) sedang berjalan sendiri untuk pulang ke rumahnya. Sebelum (n/a) boleh kata apa-apa, dia bau sesuatu pelik. "Bau macam... Darah? Hmm... Tapi, mustahil la kalau aku boleh bau seperti itu." Fikir (n/a), tapi dia lupakan semua itu.

Dua minggu yang lalu, (n/a) masuk ke bilik tandas di rumah Gopal. Apabila dia buka pintu tandas dari luar, dia lihat ada pen-pisau di atas sinki. Gadis itu ambil pen-pisau itu dan apabila dia nak keluar dari situ, Boboiboy muncul di belakang gadis itu dan ia membuat (n/a) terkejut. "Oh, erm.. Itu milik aku.." Kata Boboiboy sambil menunjuk pen-pisau dia. "Oh.. Kau bawa ini ke rumah Gopal sudah kenapa?" Soal (n/a). "Aku guna pen-pisau ini masa waktu sekolah tadi. Ada projek.." Lelaki itu membalas dan telinganya menjadi agak merah. (n/a) sedar dan dia meng-o kan saja apabila Boboiboy menjawab soalannya. Gadis itu kembali ke bilik tandas. "Mencurigakan.." Fikir (n/a).

3 hari yang lalu, ramai kata ada pembunuh di dalam sekolahnya dan kata mereka pembunuh itu adalah Boboiboy. "Aku tak percaya dengan khabar angin.. Tapi, khabar angin seperti ini membuat aku percaya. Aku mesti berhati-hati." Fikir (n/a).

2 hari yang lalu, (n/a) sedang berjalan nak pulang ke rumahnya lepas membeli barang di kedai. Sambil berjalan, dia nampak seseorang memakai topi dan pelitup sedang mengheret badan manusia ke satu tempat di mana dia tak akan tahu. Apabila melihat topi orang itu, dia rasa dia pernah nampak logo itu di topinya. "Itu kan topi Boboiboy? Adakah Boboiboy seorang pembunuh?" Fikir (n/a) dengan takut. Pada waktu malam, (n/a) menonton berita dari televisyen. Kata wartawan berita itu, seseorang jumpa badan manusia di sungai. Dia pun kata nyawa dia tamat di situ. "Jadi, betul la yang apa aku fikir.." Dia bergumam kepada dirinya.

Flashback off

"Betul, sayang." Boboiboy mengusap pipi (n/a). (n/a) menyepak tangan lelaki itu dan berkata,"J-Jangan sentuh aku!" Boboiboy mula ambil langkah ke depan dan ia membuat gadis itu ambil langkah ke belakang hingga belakang (n/a) melanda di dinding. "Tapi, kenapa kau buat semua ini!?" Soal gadis itu ke Boboiboy. Lelaki itu mendekatinya dan bisik di telinga gadis itu. "Sebab aku cinta kau sangat-sangat. Mangsa-mangsa aku termasuk kakak aku dibunuh oleh aku kerana mereka sentiasa membuat kita berpisah." Dia menjelas. "Heh, hanya Fang, Ying dan Gopal yang selamat kerana mereka sudah lama tukar sekolah sejak kes pembunuhan ini. Tapi kalau mereka cuba membuat kami berpisah, aku tak ada pilihan lain dan bunuh mereka juga. Tak ada satu orang akan selamatkan kau, sayang. Mulai sekarang, kau mesti ikut cakap aku." Katanya seterus. (n/a) terpaksa ikut kata Boboiboy. Tapi, lelaki itu tak akan hentikan dia daripada mencari jalan untuk keluar dari rumah Boboiboy.

Satu minggu sudah berlalu dan (n/a) masih di rumah Boboiboy. Dia tak dapat membebaskan dirinya dari situ kerana Boboiboy selalu tangkap dia apabila dia cuba keluar dari rumah itu dan bila dia ditangkap oleh lelaki itu, Boboiboy akan memberi hukuman untuk dia.

Boboiboy masuk ke biliknya dengan makanan dan minuman di atas dulang. (n/a) berada di katilnya. "Makan tau. Jangan tak makan. Tak bagus kalau sayang langkau waktu makan." Kata Boboiboy. "Menyampah betul..." Bisik hati gadis itu. Tiba-tiba, ada orang mengetuk pintu rumah Boboiboy. "Siapa pula yang datang pada masa ini.." Boboiboy bergumam dengan agak geram. Dia lihat (n/a) dan berkata,"Sayang jangan ke mana-mana tau. Duduk sini diam-diam." (n/a) hanya menunduk kepalanya. Boboiboy keluar dari bilik itu.

Sambil (n/a) duduk di situ, tiba-tiba dia terdengar seseorang mengetuk tingkap bilik itu. (n/a) toleh ke arah tingkap itu. Dia rasa gembira kerana Fang berada di luar dengan tangga itu. Gadis itu senyum dengan gembira kerana dapat bertemu dia sekali lagi. Fang memecahkan tingkap itu dengan penukul. Pada masa yang sama, Boboiboy tiba-tiba jerit,"Lepaskan aku!"

Fang menyuruh (n/a) keluar dari tingkap itu dan turun guna tangga itu. (n/a) ikut kata Fang. Sambil dia turun tangga, dia nampak Ying dan Gopal berada di luar rumah Boboiboy. (n/a) senyum dengan gembira kerana dapat bertemu dengan mereka juga. Akhirnya, gadis itu dapat membebaskan dirinya. Ying dan Gopal lari ke arah (n/a) dan peluk dengan ketat kerana (n/a) sudah selamat. Fang memeluk gadis itu juga.

"Maaf kerana kami lambat menyelamatkan kau, (n/a)." Kata Gopal. "Tak apa. Aku gembira dapat bertemu kau bertiga sekali lagi." Kata (n/a). "T-Tunggu, kalau Boboiboy nampak aku dengan kau semua, dia-" Ying memotong ayat (n/a) sebelum dia boleh menghabiskan ayatnya. "Jangan risau, polis sudah tangkap dia." Kata Ying. (n/a) menghela nafasnya lega. "Ehem, Ying. Kau ingat tak apa Fang kata semalam lepas kami merancangkan untuk menyelamatkan (n/a)?" Soal Gopal. "Oh, ye! (n/a), Fang ada sesuatu nak memberitahu kepada kau." Kata Ying.

Gopal dan Ying menolak Fang untuk merapatkan dia dan (n/a). Fang menggosok lehernya, rasa agak nervous. "Erm... A-Aku suka kau!" Fang mengaku perasaan dia untuk (n/a). "K-Kalau kau tak ada perasaan yang sama-" (n/a) memotong ayat Fang. "Aku suka kau juga." Kata (n/a). Gopal dan Ying di belakang mereka mula menjerit,"Yahoo!! Mereka mengaku!" Lepas itu, Ying mengeluarkan telefonnya dan mula memberitahu kepada Fang dan (n/a) apa mereka patut buat esok. Ehem, bersiap sedia untuk dating mereka pada waktu malam di Kokotiam Tok Aba. Gopal dan Ying akan sediakan semua untuk mereka. Semua mesti 'perfect' untuk mereka. "Set ke tak set?" Soal Gopal ke mereka. Fang dan (n/a) lihat satu sama lain dan membalas,"Mesti la set."

Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]Where stories live. Discover now