Aku masih ingat lagi hari itu..."Kau... Kau masih keluar dengan dia!?" Dia mengangkat tangannya tinggi. Aku tahu apa dia akan buat dan aku menutup mata dengan ketat.
Pap!!
Bunyi penampar. Aku tak rasa sakit. Aku buka mata aku dan melihat [Chara] sedang melindungi aku.
"Kenapa kau-" Sebelum dia boleh habiskan ayat dia, [chara] menampar dia balik. Aku melihat dia dengan muka suram. "Kita putus.." Kata aku sambil sembunyi di belakang [Chara]. "Bagus, aku boleh cari gadis/lelaki lain yang lebih baik daripada kau!" Dia meninggalkan aku. [Chara] lihat aku dan aku lihat dia. "Terima kasih kerana melindungi aku tapi, kenapa?" Soal aku kepadanya. "Kau.." [Chara] berhenti sebentar. "Kau kan kawan aku. Aku tak nak kawan aku cedera."
Perkataan 'kawan' keluar dari mulut dia membuat aku agak kecewa. Sejujurnya, aku suka dia sejak kami Menengah 3. Tapi, aku keluar dengan orang lain kerana [insert apa sebab reader].
"Oh, kawan.." Aku lihat jam tangan aku. Sudah pukul 6.30 petang. "Sudah lewat. Aku perlu balik rumah." Kata aku. "Baik la. Jalan berhati-hati." Katanya dan aku meninggalkan tempat itu.
Itu masa lalu. Sekarang, agak lain.. Aku mula benci pula dengan [Chara]. Dia menjadi popular di Pulau Rintis dan ramai peminat dia gadis/lelaki. [Chara] suka sangat berbual dengan mereka. Hmm.. Kalau dia suka berbual dengan mereka, maknanya dia seorang player kan? Itu apa aku dengar dari kawan baik aku.. Entah la.. Kadang-kadang kata dia tak betul.
Satu hari nanti, dia masuk dalam salah satu tempat di mana aku sedang bekerja. Aku berada di kaunter dan sebelah aku pekerja lelaki yang aku kenal selama 2 tahun ini.
"(n/a)!?" Kata [chara] apabila dia lihat aku berdiri di kaunter. "Sudah lama kami tak bertemu." Katanya. "Kau ada masa?" Soal [chara] seterusnya. "Erm.." Pekerja aku menolak aku dari kaunter itu dan berkata,"Oh, dia ada masa." Aku menunjuk muka 'seriously?' kepadanya. "Aku akan ambil tempat kau sekejap. Pergi saja dengan dia." Bisik dia ke aku. Aku dan [Chara] duduk di salah satu tempat. "Jadi, apa kau nak?" Soal aku dengan suara tak minat nak berbual. Kepala dia mula senget sikit. "Kau... Berubah." Aku angkat salah satu kening aku. "Seperti?" Soal aku sekali lagi. "Hmm... Macam tak suka bila lihat aku hari itu dan kau mula tak minat dengan aku macam sekarang." Dia membalas. Aku menjadi agak bingung. "Hari itu, itu bila?" Soal aku. "Hari aku sudah menjadi popular di Pulau Rintis. Aku nampak kau masa aku berbual dengan ramai peminat aku. Masa kau lihat aku, kau macam tak suka je.. Kau tunjuk muka suram masa kau nak pergi ke tempat lain.." Dia membalas dan aku menjadi diam.
[Chara] sedang perhatikan aku hari itu?? "O-Oh. Kau nampak.." aku bergumam. "Aku nak (n/a) yang lama. Yang sentiasa membuat hati aku berdegup dengan pantas. Seperti masa kami dalam sekolah menengah." Mata aku membulat apabila dengar seperti itu.
Aku melihat dia dengan agak terkejut. Tapi, aku ingin pastikan sesuatu kalau apa dia kata itu betul. "T-Tunggu. Kau-" Sebelum aku boleh habiskan ayat aku, dia memotong. "Aku suka kau, (n/a)." Kata [Chara] tanpa ragu-ragu. Dengar seperti itu membuat aku senyum. Dia mengaku perasaannya ke aku. "(n/a).." Dia menyebut nama aku dan senyum. "Kau senyum. Maknanya, kau suka aku balik kan?" Dia soal. Aku mengangguk kepala aku, membalas dia 'ye'. Dia menghembus nafasnya lega kerana orang dia sudah lama suka, suka balik dengannya. Hey, siapa tak suka? Seterusnya, kami pun menjadi pasangan.
YOU ARE READING
Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]
Fanfiction[COMPLETED] Hanya one shot story. NOTA: Watak-watak Boboiboy dimiliki oleh Animonsta. Saya hanya meminjam saja