Ais x Reader [Part 1]

922 53 1
                                    


"Nenek, (n/a) sudah siapkan barang-barang dalam kotak." Kata (n/a) kepada neneknya yang sedang melihat gambar di tangannya. Dia tak dengar (n/a) memanggilnya. "Nenek?" (n/a) mendekati nenek dia dan dapat lihat apa nenek dia sedang melihat. Apabila dia lihat gambar itu, muka gadis itu menjadi sedih. Nenek dia mendongak dan lihat cucunya. Dia senyum kepada gadis itu dan berkata,"Nenek pasti (n/a) rindu mereka kan? Nenek pun rindu mereka." Dia mengusap kepala cucunya dengan lembut dan memberitahu kepadanya jangan sedih kerana dia tahu mereka tak nak dia sedih. Mereka ingin (n/a) hidup dengan bahagia walaupun mereka tak ada bersama dengannya. Siapa 'mereka' yang nenek dia sedang merujukkan? Ia merujuk kepada ibu ayah (n/a).

Seseorang mengetuk pintu rumah mereka. (n/a) dengan pantas membuka pintu itu. Terdapat seorang lelaki sedang berdiri di luar apabila dia buka pintu rumahnya. "Adakah kamu sudah sedia?" Soalnya. "Sudah. Aku perlu bantuan kau angkat kotak itu, boleh? Kotak itu tak berat sangat." Kata (n/a) dan memohon lelaki itu menolongnya. "Baik la." Kata lelaki itu. "Terima kasih, Li." (n/a) memberi jalan untuk Li masuk ke dalam rumahnya dan mengangkat kotak yang (n/a) kata kan tadi. Nama penuh Li adalah Li Jun. Li Jun adalah abang kepada kawan (n/a), Li Wei. Dia panggil abang dia dan kawan dia Li untuk pendek. Kalau mereka berdua berada di tempat yang sama, (n/a) akan memanggil nama penuh mereka sejak dia tak nak Li Jun dan Li Wei menjadi bingung apabila nama mereka 'Li' saja.

(n/a) angkat salah satu kotak juga sambil membantu nenek dia berjalan ke kereta Li Jun. Apabila semua sudah diurus, Li Jun mulakan enjin keretanya dan terus bergerak ke Pulau Rintis. Sebab kekurangan duit, (n/a) bersama nenek dia terpaksa pindah di sana. (n/a) akan masuk ke sekolah baru dia tapi, dia perlu urus semua itu lepas mereka sampai ke rumah barunya.

35 minit sudah berlalu dan akhirnya mereka sampai ke rumah barunya. "Li, kau boleh tolong jaga nenek aku untuk sebentar?" Soal (n/a) sambil mengeluarkan kotak itu dari kereta Li Jun. Dia menjelaskan kepada lelaki itu yang dia ingin ke salah satu sekolah. "Baik la. Aku faham." Kata Li Jun. (n/a) membantu nenek dia berjalan untuk masuk ke dalam rumahnya sambil membawa kotak itu. Dia memberitahu kepada nenek dia yang Li Jun akan menjaga nenek untuk sebentar saja dan dia juga menjelaskan apa dia perlu menguruskan di sekolah baru dia. "Jalan berhati-hati ya." Kata nenek dia. Gadis itu menunjuk jari ibu kepadanya, menunjuk tanda dia akan berhati-hati. Lepas itu, dia terus ke salah satu sekolah iatu Pulau Rintis High School. Apabila dia habis menguruskan hal di sekolah itu, pengetua sekolah itu membenarkan dia bersekolah di sekolah ini. "Terima kasih!" Kata (n/a) dengan gembira. Dia meninggalkan sekolah itu lepas semua sudah diurus. Mulai esok, dia akan bersekolah di sekolah baru dia.

Keesokan harinya, (n/a) sudah siap sedia untuk pergi ke sekolah. Sebelum dia boleh pergi, nenek dia memanggil dia kerana dia ingin memberikan sesuatu kepada cucunya. "Ini dari arwah ayah kamu. Sejak dia adalah seorang pencipta, dia membuat jam ini untuk kamu." (n/a) ambil jam itu dari nenek dia. Dia menekan butang di atas penutup jam itu. Penutup jam itu buka dan ia menunjuk jam hologram. Nenek dia menyuruh cucunya menatal (?) hologram itu ke kiri. (n/a) menatal hologram itu ke kiri dan menunjuk gambar hologram. Ia menunjuk ibu ayah dia. "Pencipta generasi sekarang lain daripada pencipta generasi sebelum ini. Bermacam-macam technologi." Nenek dia berfikir. "Terima kasih nenek." Kata (n/a) dan memeluk dia. "Pergi dulu~" (n/a) terus pergi ke sekolah sebelum dia lambat ke sekolah.

10 minit sudah berlalu dan (n/a) baru saja sampai ke sekolah. Dia lihat jam hologram itu. "Lagi 5 minit saja." (n/a) bergumam. "Erm... Satu masalah. Di mana tempat kelas dalam sekolah ini??" Gadis itu mula panik. Dia tak ingin masuk kelas lambat. "Kau siapa?" Soal seseorang dari belakang dia. (n/a) lihat belakang dia. Terdapat seorang lelaki sedang berdiri di belakangnya. "Nama aku (n/a) dan aku adalah pelajar baru dalam sekolah ini. Erm.. Boleh tak kau bantu aku cari kelas aku? Kelas 3B." (n/a) memohon lelaki itu mencari kelas dia. "Oh, kau dalam sama kelas dengan aku. Mari ikut aku." Lelaki itu membalas dan mula berjalan ke kelasnya. (n/a) hanya mengikuti dia. Mereka sampai ke kelas hampir 2 minit. "Nama kau apa? Aku ingin berkawan bersama kau." Kata gadis itu. "Ais.." Lelaki itu membalas dan masuk ke kelas. Cikgu dia tiba-tiba muncul dari mana entah, berkata,"Bagus la yang kamu sudah mengenal dengan Ais. Saya pula Cikgu Papa. Hah... Nanti duduk di sebelah Ais ya? Tak ada sesiapa duduk di sebelah kiri dia." Kata cikgu itu dengan ceria. "Jangan lupa memperkenalkan diri kamu depan rakan-rakan baru kamu." Katanya seterusnya. "O-Ok." (n/a) membalas. "Papa siapa pula yang ajar kelas aku....." Fikir (n/a) tapi, dia lupakan tentang itu. Dia rasa mungkin dia nak namakan diri dia seperti itu.

Mereka masuk ke dalam kelas 3B. (n/a) memperkenalkan diri dia kepada rakan-rakannya. Lepas itu, dia duduk di tempat duduk yang cikgu tadi sudah memberitahu kepadanya. "Kau duduk sebelah aku?" Soal Ais. "Erm.. Sebenarnya Cikgu Papa yang suruh aku duduk sini." (n/a) menjelas. Ais hanya meng-o kan saja. Pelajaran mereka bermula.

-Time skip-

Waktu rehat, (n/a) terus ke taman sekolah. Terdapat bermacam-macam tumbuhan di situ. Buah-buahan, bunga... "(n/a)?" (n/a) lihat di sekelilingnya untuk mencari suara orang yang memanggilnya. Dia lihat Ais berada di taman juga, duduk di bangku sendiri. "Apa kau buat di sini? Bukan kau patut makan di sekolah kantin ke?" Soal Ais. Tanpa menjawab soalan Ais, dia berkata,"Aku patut tanya soalan yang sama untuk kau." (n/a) duduk di sebelah Ais. "Sebenarnya, aku tak ada cukup duit untuk makan. Beberapa gerai di kantin sekolah jual makanan yang berharga agak mahal. Setiap hari aku akan tunggu waktu sekolah tamat dan terus pulang ke rumah untuk makan." (n/a) menjelas. "Makan sikit saja.." Gadis itu bergumam dan ia membuat Ais mendengarnya.

Jam (n/a) di tangan dia mendapat perhatian Ais. Ais tanya apa itu. "Oh, ini jam aku. Dari arwah ayah." (n/a) membalas. "Erm.. Kau tinggal bersama ibu kau sekarang?" Soal Ais. "Tak, aku tinggal bersama nenek aku saja." (n/a) membalas. "O-Oh. Boleh aku tahu apa jadi kepada ibu ayah kau? Kalau kau tak nak memberitahu kepada aku, tak apa." Kata Ais. (n/a) mula bercerita kepada Ais tentang ibu ayah dia. "Nenek aku kata... Nyawa ibu aku berhenti lepas aku dilahirkan. Dia mengorbankan hidup dia untuk aku. Ayah aku pula... Dia baru habis kerja. Dia rasa gembira kerana aku dilahirkan tapi, dia tak tahu nyawa ibu aku sudah berhenti. Masa dia memandu kereta nak ke hospital, ada lori langgar kereta dia. Kepala dia berdarah dan banyak darah dia sudah hilang. Kata doktor, dia ada sikit masa untuk hidup." (n/a) menjelas sambil dia lihat gambar hologram dari jam itu. "Macam itu la.. Nyawa mereka hilang dan aku tinggal bersama nenek aku. Aku tak ada duit, hidup aku susah... Sekarang, aku ingin mencapai impian aku iatu menjadi orang kaya." Kata gadis itu seterusnya. Ais terdiam. Dia tak patut tanya tentang keluarga (n/a). Lepas mendengar cerita gadis itu, dia mengajak (n/a) ke kantin sekolah tapi, (n/a) menolak. Gadis itu tahu apa Ais sedang fikirkan. "Kalau kau tak makan, kau tak akan fokus dalam pelajaran kau." Kata Ais. "Jangan risau. Aku-" Sebelum (n/a) boleh menghabiskan ayat dia, Ais memotong. "Kesihatan kau pun penting. Sudah, jom. Aku belanja." Kata Ais dan heret gadis itu ke sekolah kantin. Ais tak sedar yang dia sedang memegang tangan (n/a) apabila mengheret gadis itu.

~TBC~

Author akan update Part 2 esok. Hari Raya dah dekat so, busy la saya hingga Hari Raya bermula. Of course saya akan guna masa (harap adalah) untuk membuat Part 2.

Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]Where stories live. Discover now