(n/a) keluar rumah dia dan duduk di taman sejak dia rasa bosan di rumah. Dia lihat di sekelilingnya. Terdapat budak kecil memberi makanan kepada itik di tepi kolam, orang ambil gambar bersama kawan-kawan dia.. Tak ada istimewa sangat."Teka siapa aku~" Kata seorang lelaki sambil menutup mata gadis itu. Senyuman manis (n/a) muncul di wajahnya kerana dia tahu siapa orang itu. "Thorn." (n/a) membalas. Lelaki yang bernama Thorn duduk di sebelah gadis itu dan berkata,"Betul!" Thorn adalah kawan baik (n/a). Mereka bertemu di taman ini sejak mereka kecil.
(n/a) tanya apa Thorn buat di sini. "Ini kan tempat kegemaran kami? Mesti la aku datang sini bila aku ada masa untuk datang ke taman ini." Thorn membalas. "Aku hampir lupa.." Bisik hati (n/a). Dia jarang jumpa Thorn di taman sejak Thorn sibuk bekerja di Kokotiam Tok Aba.
Sebelum salah satu dari mereka boleh kata apa-apa, mereka terdengar seorang memanggil nama (n/a). Thorn dan (n/a) toleh ke belakang dan terdapat dua lelaki sedang berdiri. "Raziq dan Haziq.." (n/a) bergumam nama kembar itu dengan penuh benci. "Pulang ke rumah bersama kami, (n/a)." Kata Haziq. Tak jauh dari mereka, terdapat ayah mereka sedang berdiri di luar kereta. "Aku tak nak balik.." Kata (n/a) sambil dia melihat ke bawa. Dia tak nak sama benda terjadi kepadanya pada masa yang lalu.
Flashback on
"Haziq, Raziq. Ini (n/a)." Ibu ayah ankgat memperkenalkan (n/a) kepada abang kembarnya.
Sejak (n/a) menjadi ahli keluarga kembar itu, Haziq dan Raziq selalu membuli dia. Ibu ayah angkat dia akan memaksa dia buat kerja di rumah. Contohnya, pastikan semuanya bersih, makanan dimasak oleh gadis itu perlu rasa sangat enak. Mereka tahu menyakitkan hati (n/a) dan tak pernah tahu (n/a) menderita. Apabila orang lain tanya apa jadi dengan dia, (n/a) akan bohong. Kenapa?
"Kalau kamu beritahu kepada sesiapa tentang kami, kami akan memberi kamu hukuman yang lebih teruk." Kata ayah angkat dia.
Sebab itu dia terpaksa bohong. Tapi, dia jujur kepada seorang saja iatu Thorn. Hanya Thorn saja tahu tentang ini.
Flashback off
"Apa!?" Soal kembar itu, tak pasti kalau mereka dengar betul atau tak dari (n/a). "Aku kata aku tak nak!" (n/a) kata sekuat mungkin, pastikan ayah angkat dia dengar juga. "Aku akan beritahu kepada semua orang di sini apa kau semua sudah buat kepada aku pada masa yang lalu." Kata (n/a). "Kau tahu kan apa hukuman kau kalau-" (n/a) memotong sebelum Raziq boleh habiskan ayat dia. "Aku tahu.. Tapi, aku tetap berdiri sini dan beritahu kepada mereka walaupun aku perlu melalui hukuman itu... Biar dunia tahu tentang ini." Kata (n/a). "Kalau kami tak akan buat seperti pada masa yang lalu kepada kamu, adakah kamu pulang ke rumah kami?" Soal ayah sambil menuju ke arah mereka. (n/a) fikir dua kali sebelum menjawab. "Ye, saya akan pulang. Tapi kalau kamu semua buat sekali lagi, (n/a) akan keluar dari rumah itu." Kata (n/a). "Baik la." Kata ayah dia dan menyuruh mereka tiga masuk ke dalam kereta. Dia akan membawa mereka pulang ke rumah.
Thorn menahan (n/a) sebelum gadis itu boleh ikut mereka. "Betul ke kau nak pulang?" Soal Thorn dengan risau. "Ye, Thorn..." (n/a) membalas. "Tolong jangan risau. Kalau ada sesuatu buruk berlaku dengan aku, aku akan memberitahu kepada kau." Kata (n/a) dan meninggalkan Thorn.
Thorn lihat kereta itu mula bergerak. Dia pulang ke rumah lepas kereta itu sudah tiada. Thorn baring di atas sofa apabila dia sampai ke rumahnya. Dia masih risau. "Apa Thorn sedang fikir?" Soal Tok Aba apabila dia masuk ke ruang tamu. "(n/a).. Thorn risau Atok.." Thorn membalas dan duduk tegak. "Jangan risau Thorn. Atok sudah berbual dengan keluarga angkat (n/a)." Kata Tok Aba. "Apa Atok kata?" Soal Thorn. "Kata kan saja kalau mereka seksa (n/a), dia akan tinggal bersama kami dengan paksa." Tok Aba membalas.
Sebelum Thorn boleh kata apa-apa kepada Tok Aba, mereka terdengar ada orang mengetuk pintu rumahnya. Kembar Thorn, Solar, buka pintu rumah itu dan muncul (n/a) di belakang pintu itu. "Eh? Apa kamu buat di sini?" Soal Tok Aba. "Kata ayah, mereka sudah buat keputusan. Mereka lepaskan saya, Tok Aba dan menyuruh saya tinggal di sini kerana lebih sesuai untuk saya." (n/a) membalas. "Dia pun kata mereka tak perlu (n/a) lagi dalam keluarga mereka." Katanya seterusnya. (n/a) tanya kalau dia boleh tinggal bersama mereka di rumahnya. "Atok.." Tok Aba lihat Thorn. Dia senyum dan berkata,"Baik la. Kamu boleh tinggal bersama kami." Thorn dengan pantas memeluk gadis itu dengan gembira.
Solar berdiri di sebelah Tok Aba dan tanya kenapa Tok Aba benarkan (n/a) tinggal bersama mereka bukan kawan dia. "(n/a) mempunyai satu kawan dan kawan dia adalah Thorn saja. Lagi pun, Thorn dan (n/a) semakin rapat. Mana tahu mereka sudah jatuh cinta satu sama lain." Tok Aba senyum melihat Thorn dan (n/a). Solar hanya gelak kecil apabila mendengar ayat terakhir Tok Aba dan bergumam,"Solar harap hidup mereka menjadi lebih baik pada masa depan."
YOU ARE READING
Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]
Fanfiction[COMPLETED] Hanya one shot story. NOTA: Watak-watak Boboiboy dimiliki oleh Animonsta. Saya hanya meminjam saja