(n/a) tersembur air yang dibuat oleh Tok Aba. Bukan kerana airnya tak sedap. Dia tersembur kerana apa Fang dan Gopal sedang berbual.Gadis itu mengelap mulutnya dengan tisu dan berkata,"Aku tak percaya la. Fang, kalau abang kau dengar seperti itu, masak la kau. Aku tak akan tolong kau." Tiba-tiba, suara yang mereka kenal mula masuk campur.
"Kau berbual tentang apa?" Soalnya. "Tentang- Eh!?" Mereka melihat ke arahnya. Boboiboy bersama Kaizo baru saja sampai di Kokotiam Tok Aba. Sebelum ini, mereka berdua sedang sibuk habiskan misi mereka. "Tentang apa?" Soal Boboiboy. "Tentang-" (n/a) tak sempat membalas soalan dia kerana Fang menutup mulut hadis itu. "Oh, erm... Tentang Ochobot menyelamatkan seekor kucing pagi tadi. Ahaha..." Fang membalas. Ochobot yang mendengar Fang kata seperti itu mula bertanya,"Eh? Sejak bila-" Botol koko yang dilempar oleh Fang melanda ke Ochobot. "Aduh!" Ochobot terbaring di atas lantai. Tok Aba nampak semuanya menuju ke arah Ochobot dan angkat dia.
"Kenapa kamu lempar botol koko Atok ke Ochobot??" Soal Tok Aba. "Erm.. Tiada sebab." Fang mula bermain dengan jarinya. Tok Aba menggeleng kepalanya dan menyuruh Boboiboy jaga Kokotiamnya. "Baik Atok." Itu saja Boboiboy membalas ke Tok Aba.
Tempat menjadi agak sunyi. Kaizo yang tak boleh tahan tempat sunyi mula bersuara. "(n/a), kau apa khabar? Agak lama kami tak bertemu." Kata Kaizo sambil menggosok lehernya. "Oh, khabar baik." (n/a) membalas dengan senyuman manisnya. Lepas itu, bersambung minum airnya. "Erm.. (n/a)." Boboiboy pula mula bersuara. "Aku dengar Probe serang kau masa kami menghabiskan misi. Kau tak apa-apa kan?" Soalnya seterus. "Aku ok saja. Nasib baik kawan-kawan kami melindungi aku masa itu." (n/a) membalas. "Oh, bagus la kalau kau ok." Kata Boboiboy, rasa lega kerana (n/a) selamat.
Gopal dan Fang melihat satu sama lain. Lepas itu, Gopal bisik ke (n/a),"Ingat tak apa kami berbual sebelum ini? Sekarang kau lihat." Apa Gopal ingin melakukan?
"Dey, Fang. Boboiboy lagi hebat tau. Dia boleh guna bermacam-macam kuasa elemen." Kata Gopal sekuat mungkin untuk mendapat perhatian Boboiboy dan Kaizo. "He'eh leh. Abang aku lagi hebat daripada Boboiboy. Kalau lihat balik masa dia tumbuk Ejojo dengan suit besar dia, dia terus melayang." Kata Fang juga untuk mendapatkan perhatian mereka. "Eh semangat betul kau ni... Kalau lihat balik masa Boboiboy berlawan dengan abang kau, Boboiboy menang." Kata Gopal. "Tsk.. Tapi, masa itu abang aku masih berdiri." Kata Fang.
Perbualan antara Gopal dan Fang membuat Boboiboy dan Kaizo ingat balik pada hari itu. "Bukan kami sama-sama lagi hebat ke? Pertarungan tahap kami sama saja." Kata Boboiboy. "Hmm.. Aku pun setuju kata kau." Kata Kaizo. Gopal dan Fang lihat (n/a). Mereka bertanya,"Kau rasa siapa lagi hebat, (n/a)?"
Apabila nama gadis itu disebut, Boboiboy dan Kaizo death glare satu sama lain. "Heh, mesti la aku." Kata Boboiboy. "Semangat betul kau ni.. Mesti la aku lagi hebat." Kata Kaizo. (n/a) tak jauh dari mereka hanya sweatdrop. "Hmm... Mungkin (n/a) akan pilih siapa lagi hebat kalau kau berdua lawan di sini." Kata Gopal. Fang mengangguk setuju kata Gopal.
"Boboiboy kuasa tiga!"
"Pedang tenaga!"
Gopal dan Fang high-five. (n/a) pula menepuk dahinya. Boboiboy dan Kaizo mula berlawan.
Beberapa minit sudah berlalu. Boboiboy dan Kaizo masih berdiri tapi, rasa sangat penat kerana telah mengguna banyak tenaga untuk berlawan. Boboiboy bersama Kaizo melihat ke arah gadis itu dan mula tanya,"(n/a)... Siapa lagi hebat?"
YOU ARE READING
Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]
Fanfiction[COMPLETED] Hanya one shot story. NOTA: Watak-watak Boboiboy dimiliki oleh Animonsta. Saya hanya meminjam saja