Kaizo x Reader [Part 2]

156 13 0
                                    


Kaizo sedang berjalan di lorong kapal angkasanya untuk berjumpa Lahap. Pintu bilik kawalan itu buka sendiri untuknya dan dia ambil langkah untuk masuk. Lahap ada di dalam dan sedar kehadiran kapten dia. "Kokoci ada bagitahu yang kita perlu buat apa-apa?" Soal Kaizo. "Tak ada, kapten." Lahap membalas. Kaizo lihat di skrin di belakang Lahap. Dia nampak adiknya sedang berlawan dengan (n/a).

"Kenapa dia tak bagitahu aku tentang berlawan dengan dia?" Soal Kaizo sambil menunjuk gadis itu. Lahap hanya mengangkat bahu, tak tahu. Dia terus meninggalkan bilik itu dan terus ke arena.

Fang dan (n/a) mengambil nafas berat. Pintu arena tiba-tiba buka, membuat mereka berdua toleh. Kaizo keluar dari kapal angkasa dan menuju ke arah mereka. Dia berhenti di sebelah Fang. "Pang, pergi rehat. Ada sesuatu kapten perlu menguji (n/a)." Kata Kaizo. Fang mengikut arahan abang dia dan masuk ke dalam kapal angkasa. "Lawan aku." Kata Kaizo. (n/a) tak pasti kenapa tapi, buat saja apa yang Kaizo nak. Mungkin dia nak tahu berapa kuat (n/a) sekarang.

Lahap yang masih berada di bilik kawalan, sedang melihat (n/a) dan Kaizo berlawan. Pintu bilik itu dibuka dan Fang masuk ke dalam. "Eh? Bukan ke kau patut cari matlamat yang aku bagitahu kau tadi?" Soal Fang. "Itu boleh tunggu lagi lama. Aku nak lihat apa (n/a) boleh buat sejak dia berlawan dengan kapten." Lahap membalas. Fang menghela nafasnya dan berdiri di sebelah Lahap. Dia pun melihat perlawanan mereka.

Setengah jam sudah berlalu dan (n/a) bersama Kaizo masih berdiri. "Hmph.. Boleh tahan tapi, melihat cara kau berlawan adalah kelemahan kau." Kata Kaizo. Dia simpan pedangnya dan masuk ke dalam kapal angkasa. (n/a) baring di atas lantai. Dia rasa sangat penat. "Kelemahan.." (n/a) bergumam. Apa Kaizo kata adalah betul. Memang kelemahan dia tapi, ada sebab yang gadis itu menjadi Jeneral TAPOPS. Dia ada rahsia kuasa yang ramai tak tahu.

Fang muncul dan memberi air kepadanya. (n/a) mengucap terima kasih dan mula minum airnya. "Abang kau.. Asyik pandang rendah sesiapa ke?" Soal (n/a) lepas meneguk airnya. "Pandang rendah? Dia bukan macam gitu. Itu cara dia berbual saja." Fang membalas. Lepas itu, dia bertanya apa Kaizo kata kepada dia tadi. (n/a) pun memberitahu kepadanya. Fang faham dan berkata,"Dia nak kau tahu yang kau perlu memperbaiki cara kau berlawan."

Mendengar Fang kata seperti itu membuat (n/a) gelak kecil. Itu membuat Fang angkat kening, bingung. "Itu bukan masalahnya kerana aku ada bermacam-macam cara untuk mengalahkan sesiapa. Tapi, abang kau pandai teka setiap kali aku cuba menyerang dia. Kemahiran dia boleh tahan." (n/a) menjelaskan. "Lagipun, aku adalah jeneral dan tak pernah gagal misi." Dia menambah. Apabila gadis itu menyebut dirinya sebagai jeneral, Fang teringat yang dia ada banyak soalan sejak dia nak tahu tentang diri dia lebih. (n/a) pun mula memberitahu tentang dirinya.

Beberapa minit kemudian, mereka berdiri dari situ dan meninggalkan arena itu. Masa untuk (n/a) pulang. "Jumpa esok." Kata Fang. (n/a) melambai ke dia dan terus pulang ke rumahnya.

Beberapa hari sudah berlalu. Boboiboy dan kawan-kawan dia pulang ke bumi. Tok Aba memberi mereka air koko. Mereka mengucap terima kasih kepadanya. Boboiboy lihat di seklilingnya. Dia tak nampak (n/a) di mana-mana. "Mana kakak?" Soalnya ke Tok Aba. "Ada di rumah." Atok dia membalas sambil mengemas.

Pintu bilik (n/a) tiba-tiba buka kerana Boboiboy. Kakak dia menjadi terkejut dan terbalikkan peranti pengesan. "O-Oh, adik sudah pulang!" Kata (n/a). "Kenapa tak pergi ke Kokotiam Atok? Ingatkan Kak (n/a) tahu yang Boboiboy akan pulang hari ini." Kata Boboiboy sambil lihat di sekeliling bilik kakaknya. Bilik dia lihat seperti biasa. "Erm.. Ingat tapi, tak tahu yang adik akan pulang ke bumi secepat mungkin." Kata (n/a). Sesuatu dapat perhatian Boboiboy. Dia menuju ke arah beg (n/a).

"Ini.. Ini beg spera kuasa." Kata Boboiboy. Dia melihat kakaknya dan bertanya kenapa tak memberitahu kepadanya. "Haih.. Sejak akak pulang ke rumah, akak nak bagitahu tapi, Boboiboy penat sangat. Lepas itu, lupa pula nak bagitahu sejak ada benda akak perlu buat." (n/a) menjelas. "Buat apa?" Soal Boboiboy. Masa itu, (n/a) cuba fikir alasannya. Dia tak boleh memberitahu kepada adiknya yang dia sedang menjalankan misi rahsianya selama ini. "Buat apa y-yang orang patut berehat." (n/a) membalas. Lepas itu, dia tukar topik.

Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]Where stories live. Discover now