"Oh, dan akhirnya (n/a) dapat mengalahkan Ying!!" Kata Boboiboy yang dikenali sebagai wartawan permainan.(n/a) memenangi tempat pertama sambil Ying tempat kedua. Ying menepuk tangan dia untuk mengucapkan tahniah kepada (n/a). "Hebat la kau." Kata Fang. "Hehe, terima kasih." (n/a) menggaru pipinya yang tak gatal. Boboiboy menuju ke arah dia dan soal,"Weyh, bila kau nak ajak Ying?" Apabila dia dengar kawan dia menyebut nama Ying, dia lihat gadis itu dan menjadi malu. "Erm... Tak pasti." (n/a) menggosok lehernya.
Sebenarnya, (n/a) patut mengajak Ying keluar untuk ber-dating sejak mereka berdua sudah menjadi pasangan. "Dey, kami tahu ini pertama kali kau nak ajak Ying keluar tapi, kau perlu mengalami." Kata Gopal. "Ha'ah, nanti semakin lama kau sudah biasa ber-dating dengan dia." Kata Boboiboy. "Eh, kau berdua kena pulangkan pada masa ini kan? Sudah lewat." Fang mula menukar topik. "Eh, ha'ah la. Jom balik Boboiboy. Nanti appa aku marah." Kata Gopal dan meninggalkan mereka. Boboiboy melambai ke mereka dan terus meninggalkan mereka di situ juga. Tiba-tiba, telefon (n/a) bunyi. Terdapat mesej dari Ying.
Ying <3
Kau sudah pulang ke rumah?(n/a)
Belum. Kejap lagi nak balik.Fang di sebelah (n/a) melihat siapa (n/a) mesej. "Selain daripada ajak Ying keluar makan, ajak la dia main permainan di rumah kau. Kau kan ada ps4." Kata Fang. "Eh, ha'ah la. Bagus juga idea kau." Kata (n/a) dan mesej Ying. "Aku perlu balik. Naik moto baik-baik tau. Jangan terlanggar pula di jalan raya." Kata Fang dan mula berjalan untuk keluar dari tempat itu. "Dating sambil main ps4? Hn.. Cukup la untuk mereka. Sudah tahu mereka adalah gamer.." Fikir Fang.
Keesokan harinya...
Ying datang ke rumah (n/a). Dia mengetuk pintu rumah itu dan pintu itu dibuka oleh (n/a). "H-Hai. Maaf kerana membuat kau datang sini sendiri." Kata (n/a). "Tak apa." Ying membalas. "Rumah kami dekat saja." Kata Ying seterusnya. (n/a) memberi gadis itu masuk ke rumahnya.
(n/a) sudah menyiapkan ps4 di ruang tamu. Lelaki itu masukkan CD ke dalam pemain CD. Lepas itu, dia ambil pengawal ps4 dan berikan kepada Ying. Tak lama nanti, mereka mula bermain permainan itu. Mereka sudah bermain hingga pusing keempat dan skornya adalah 2-2.
"Kalau salah satu dari kami menang pusingan terakhir, dia akan dapat apa dia nak." Kata Ying. "Baik la." (n/a) membalas. Mereka bermain untuk pusingan terakhir. Apabila (n/a) hampir mengalah, dia dapat satu idea untuk menang permainan itu. (n/a) dengan pantas mencium di pipi Ying dan ia membuat gadis itu terkejut dan mengalah permainan itu. "Hey, penipu!" Ying menumbuk bahu (n/a). "Heh, terpaksa buat. Sekarang, aku akan dapat yang aku nak." Kata (n/a) dan memeluk gadis itu. Lelaki itu mencium dia. Ying membalas ciuman dia. Lepas itu, mereka lepaskan ciuman mereka dan (n/a) berkata,"Kau sentiasa aku punya."
YOU ARE READING
Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]
Fanfiction[COMPLETED] Hanya one shot story. NOTA: Watak-watak Boboiboy dimiliki oleh Animonsta. Saya hanya meminjam saja