Umur: 15 tahunMasa waktu rehat, Hali pergi ke bumbung sekolah kerana dia sentiasa makan di situ hanya seorang saja. Sambil dia sedang makan, seorang gadis muncul dari mana entah mula bertanya. "Kenapa kau selalu seorang saja?" Soal gadis itu dan ia membuat Hali terkejut. Gadis itu tak selain daripada (n/a).
Makanan Hali terjatuh di atas lantai kerana (n/a). "Makanan kesayanganku..." Bisik hati Hali dengan sedih. "Eh, m-maaf! Sila ambil aku punya." Kata (n/a), memberikan bentonya kepada Hali. Hali menggeleng kepalanya yang dia tak ingin ambil. "Ambil saja." (n/a) letak bentonya di pangkuan Hali dan meninggalkan Hali seorang di situ.
Hali tak pasti kalau dia patut makan atau tidak. Dia hanya termenung di bento itu. Tak lama nanti, (n/a) kembali bersama penyapu dan dustpan dengannya. Dia mula sapu lantai itu dan buang makanan yang telah jatuh di atas lantai ke dalam tong sampah. Apabila dia kembali ke Hali, dia sedar Hali belum buka bentonya. "Haih... Makan la. Nanti menjadi sejuk pula." Kata (n/a). "T-Tak nak.. K-Kau akan l-lapar nanti.." Kata Hali dengan agak malu. Tiba-tiba, idea gadis itu muncul dalam fikirannya. "Ok, sejak kau tak nak makan dan risau tentang aku kerana tak makan, aku ambil setengah dan kau ambil setengah. Adil?" Kata (n/a) dan soal kalau ia adil untuk mereka berdua. Hali mengangguk kepalanya, bermakna adil.
Mereka pun bermula makan sama-sama. Lepas mereka habis makan, Hali pulangkan bento itu kepada (n/a). "T-Terima kasih.." Kata Hali dengan suara lembut. "Sama-sama." (n/a) membalas. Sebelum dia boleh pergi, (n/a) memberitahu kepada Hali yang suara dia comel kalau dia berbual dengan suara lembut. Dia juga memberitahu kepadanya apabila Hali jumpa dia, dia patut senyum kepadanya. Lepas itu, (n/a) terus meninggalkan tempat itu. "Aku akan cuba.." Bisik hati Hali.
.
.
.
.
.
Sekolah baru saja tamat dan (n/a) keluar dari kelas dia nak ke lokernya untuk meletak barang dia. Apabila dia sudah letak barang dia ke dalam lokernya, dia tutup loker itu dan nampak Hali tutup setengah muka dia dengan bukunya tak jauh dari (n/a).
(n/a) kelihatan bingung. Apabila tak ada sesiapa berada di sekeliling mereka kerana pulang ke rumah masing-masing, Hali menunjuk muka dia dan senyum kepada (n/a). Mata (n/a) menjadi besar apabila lihat senyuman Hali. "Senyuman dia c-comel." Bisik hati (n/a). Dia pula membalas Hali dengan senyumannya. "Kau patut senyum kepada aku setiap hari kami jumpa. I-Ia comel." Kata (n/a) sambil dia menggosok lehernya dan muka dia menjadi agak merah. Hali pun sama, mukanya menjadi merah kerana apa (n/a) kata kepadanya. "B-Baik la. Aku akan senyum setiap kali kami jumpa." Kata Hali. Kalau Hali kata seperti itu, dia akan buat hanya untuk (n/a).
Setiap hari, Hali senyum kepada (n/a). Waktu pagi, waktu rehat, lepas sekolah etc. Hingga mereka sudah besar.
Umur: 26 tahun
(n/a) bekerja sebagai doktor haiwan di Pulau Rintis. Apabila dia memeriksa haiwan kesayangan pemiliknya iatu kucing, pemilik itu soal kalau kucing dia ada masalah. "Hmm... Tak ada masalah. Semua ok." Kata (n/a) dan melihat pemiliknya. Pemilik itu dan (n/a) terkejut apabila mereka lihat satu sama lain.
"Hali!?"
"(n/a)!?"
Mereka rasa gembira sangat apabila dapat jumpa satu sama lain. "Sudah l-lama kami t-tidak b-bertemu." Kata Hali, rasa agak malu dengan (n/a). "Ha'ah la. Kau kerja sebagai apa?" Soal (n/a). "Kereta mekanik." Hali membalas. "Erm... K-Kau ada masa tak lepas ini?" Hali soal seterusnya. "Aku ada masa. Tak lama nanti, doktor haiwan lain yang bertugas untuk waktu malam akan sampai sini. Lepas itu, kami meluangkan masa di rumah kau. Boleh kan?" (n/a) membalas dan soal seterusnya. "Boleh." Hali membalas dengan senyumannya. (n/a) masih ingat senyuman Hali. Perkataan comel saja yang dia boleh fikirkan.
Dalam 5 minit, doktor haiwan lain pun sampai untuk bermula tugasnya. Hali bersama kucingnya dan (n/a) berjalan ke rumah Hali sejak rumahnya tak jauh dari mereka. Apabila mereka sudah sampai, Hali menyuruh (n/a) duduk di sofa untuk sebentar sambil dia membawa kucingnya ke bilik permainannya. "Ok." Kata (n/a). Apabila (n/a) duduk di sofa di bilik ruang tamu, matanya semakin berat dan tak lama nanti, dia mula tidur.
Hali kembali ke bilik ruang tamu dan nampak (n/a) sedang tidur. "Hmm... Dia mesti penat lepas bekerja." Hali bergumam. Dia terus ke biliknya dan ambil selimut untuk menyelimutkan (n/a). Mata (n/a) mula membuka kerana Hali sedang menyelimutkan dia. "Erm.. Maaf kerana mengejutkan kau dari tidur." Kata Hali. (n/a) menarik Hali untuk mendekatinya. Muka Hali menjadi merah kerana muka mereka berdua sangat rapat. "Hali.. Ada sesuatu yang aku ingin memberitahu kepada kau." Kata (n/a) dengan suara lembut. "A-Apa dia?" Soal Hali. "Aku suka kau sejak kami bertemu pada pertama kali di bumbung sekolah. Aku tak nak memberitahu kepada kau kerana aku tahu kau tak mempunyai perasaan yang sama seperti aku.. Ini peluang aku untuk memberitahu kepada kau. Kalau kau tak mempunyai perasaan yang sama, tolak saja. Aku tak kesah..." Kata (n/a). "Aku tak akan tolak." Kata Hali. "Aku mempunyai perasaan sama seperti kau sejak hari itu juga." Dia bersambung. "(n/a), ingin menjadi teman gadis aku?" Soal Hali. "Ya, aku ingin menjadi teman gadis kau." Bisik (n/a) kepada Hali. Mereka rasa gembira kerana mereka akhirnya bersama.
YOU ARE READING
Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]
Fanfiction[COMPLETED] Hanya one shot story. NOTA: Watak-watak Boboiboy dimiliki oleh Animonsta. Saya hanya meminjam saja