Kaizo sedang berlatih sendiri di Arena TAPOPS. Sambil dia berlatih, terdapat satu makhluk asing ini masuk ke arena itu. Kaizo berhenti dan melihat siapa dia."Lahap? Apa kau buat di sini?" Soal Kaizo dan menurunkan pedangnya. "Aku cari kau dan ingin berbual dengan kau." Lahap membalas dan duduk di bangku di tepi arena itu. "Kau dengarkan khabar angin tentang kau?" Soalnya seterus. "Ha'ah.." Kaizo membalas dan duduk sebelah Lahap. Dia mula meneguk air. "Dan semua itu benar.." Katanya seterus sambil menunduk kepalanya. Lahap menghela nafasnya dan berkata,"Kau tu kuat cemburu hingga kau overprotective dengan (n/a)."
(n/a), dia teman gadis Kaizo. Mereka sudah lama berpasangan. 3 bulan gitu. Setiap kali Kaizo nampak (n/a) dengan makhluk asing yang berjantina lelaki, dia akan menjauhkan diri (n/a) daripada mereka. Dia tak suka. Beberapa makhluk asing mula benci dengan Kaizo.
"Tch.. Aku tak suka dengan Kaizo.."
"Kenapa (n/a) mesti pilih dia..."
"Aku nak berbual dengan (n/a) tentang misi baru kami pun tak senang.."
Mendengar semua itu, Kaizo hanya mengabaikan saja dan mula la khabar angin tentang dia pada hari itu. Dia tak kesah kalau mereka berbual sesuatu buruk tentang dia.
Pintu arena itu tiba-tiba buka dan muncul (n/a). Apabila dia nampak Kaizo, dia lari ke arah lelaki itu dan memeluknya. Kaizo senyum dan balas pelukan (n/a). Dia mencium di dahi gadis itu seterusnya. "Kau ok? Macam mana dengan misi kau?" Soal Kaizo. "Ok saja dan misi aku tak susah sangat. Kami habis dengan cepat." (n/a) membalas. "Ah, aku perlu jumpa Kokoci dulu." Kata Lahap dan terus meninggalkan tempat itu. Dia tak nak ganggu mereka sebenarnya. Sebelum salah satu dari mereka boleh kata apa-apa, terdapat makhluk asing ini memanggil (n/a) sambil menuju ke arahnya untuk memeluk dia.
Kaizo berdiri di depan (n/a) dan menujuk dia dengan pedangnya. "Apa kau sedang cuba buat hah!?" Soal Kaizo. Dia berhenti dan angkat dua tangannya tinggi. "Jangan bunuh aku!" Katanya. (n/a) menurunkan tangan Kaizo, membuat pedangnya turun juga. "Bertenang la. Ini Nut saja." Kata (n/a) dan berdiri di sebelah Kaizo. Dia fist-bump dengan Nut. Kaizo di situ hanya menjeling. "Apa kau buat di sini?" Soal (n/a) ke Nut. "Aku dengar kau sudah kembali ke TAPOPS lepas menghabiskan misi kau. Jadi, aku ingin jumpa kau dan meluangkan masa dengan kau." Nut membalas. "Oh begitu.." Kata Kaizo, membuat Nut melihatnya dan angkat kening. "Erm... Apa? Salah ke kalau aku meluangkan masa dengan (n/a)?" Soal Nut ke Kaizo. "Salah! (n/a) perlu berehat lepas dia menghabiskan misi dia." Kaizo memberi alasannya.
Sebenarnya, Kaizo tak suka juga kalau makhluk asing yang berjantina lelaki meluangkan masa dengan (n/a). Hanya dia saja boleh meluangkan masa dengan gadis itu. "Kaizo.." (n/a) menggeleng kepalanya. "Berikan aku peluang untuk meluangkan masa dengan Nut. Lepas itu, aku akan bagitahu semua apa kami buat." (n/a) memohon. Kaizo menghela nafas dan berkata,"Baik la."
(n/a) high-five dengan Nut. Lepas itu memeluk Kaizo dan berkata,"Terima kasih!" Gadis itu dan Nut terus ke tempat lain. Kaizo duduk di bangku itu dan menunduk kepalanya. Dia mula berfikir tentang (n/a) bersama Nut. "Macam mana kalau Nut membuat (n/a) suka dengan dia? (n/a) akan putus hubungan kami.." Kaizo bergumam kepada dirinya. Dia takut kalau (n/a) buat seperti. Dia tak boleh hidup dengan betul kalau (n/a) tiada di sisinya.
"Kau jangan la risau. (n/a) tak akan buat seperti itu." Katanya, membuat Kaizo mendongak untuk melihat siapa. "Tarung.." Laksamana Tarung menuju ke arahnya duduk di sebelah dia. "Aku tahu ramai suka (n/a) tapi, dia pilih kau sebagai teman lelaki dia. Dia ada sebab sendiri." Kata Laksamana Tarung sambil meletak tangannya di bahu Kaizo. "Ikut aku ke ruang makan TAPOPS untuk makan tengah hari. Yang lain sedang menunggu." Katanya seterus. Mereka berdiri dari situ dan terus ke tempat di mana Laksamana Tarung kata tadi.
Apabila mereka sampai sana, Kaizo nampak (n/a) berbual dengan ceria bersama Nut. Kaizo membulat tangannya. Itu menunjuk dia mula rasa geram melihat (n/a) dengan lelaki lain. "Mari Kaizo." Laksamana Tarung mengheret Kaizo ke meja di mana Kokoci dan Lahap sedang duduk. Makanan sudah sedia di atas meja. Sebelum mereka boleh mula makan, Kaizo melihat Nut membawa (n/a) ke tempat lain. "Kaizo." Lahap memanggilnya. "Ye, ye.. Aku makan." Kata Kaizo dan mula makan bersama mereka.
Lepas mereka sudah habis makan, Kaizo mula mencari (n/a). Mana tahu Nut akan membuat sesuatu buruk kepada gadis itu. Dia berhenti di tempat masuk dan keluar kapal angkasa apabila dia mendengar Nut ketawa. Sebelum Kaizo masuk campur, Nut tanya (n/a) tentang Kaizo. Itu membuat Kaizo diri situ membeku.
"Aku masih tak faham. Kenapa kau mesti pilih Kaizo?" Soal Nut sambil memasang kapal angkasa (n/a). "Aku suka dia kerana dia sentiasa diri dia." (n/a) membalas. "Maksud kau?" Nut masih bingung. (n/a) mula menjelas,"Kalau kau lihat lelaki lain tak kira spesis apa, mungkin ada yang akan guna aku sebagai mainan mereka atau ada yang akan show off kepada yang lain. Kaizo, dia berbeza. Dia sentiasa memastikan aku baik-baik saja. Aku tahu dia overprotective. Itu kerana dia betul-betul sayang aku dan aku betul-betul sayang dia juga. Aku bernasib baik dapat bertemu Kaizo dan menjadikan dia sebagai teman lelaki aku."
Kaizo dapat mendengar penjelasan (n/a) dengan jelas. Itulah sebab (n/a) kerana memilihnya. Dia masih berdiri di situ kerana satu lagi soalan dari Nut. "Erm.. Bukan dia obses dengan kau ke?" Soal Nut. "Aku tak akan kata dia obses dengan aku. Kalau dia obses, aku tak akan dapat meluangkan masa dengan kau." (n/a) membalas. Nut mengelap dahinya yang berpeluh dan berkata,"Hmm.. Betul juga kata kau."
Akhirnya, Nut habis memasang kapal angkasa (n/a). Gadis itu mengucap terima kasih kepadanya. "Tiada masalah." Kata Nut. Mereka lihat ke satu arah apabila mendengar bunyi tapak kaki. "Ah Kaizo! Kami sedang berbual tentang kau sambil Nut-" Sebelum (n/a) boleh menghabiskan ayatnya, Kaizo memeluk dia. "Kaizo?" (n/a) menjadi bingung dan hanya membalas pelukan dia. "Kaizo! Masa yang tepat." Kata Nut, membuat Kaizo dan (n/a) lepas pelukan mereka. "Kenapa?" Soal Kaizo. "Aku ada soalan untuk kau." Nut membalas. "Apa membuat kau pilih (n/a) sebagai teman gadis kau?" Soalnya seterus. Kaizo mula menjelas,"(n/a) sangat berbeza dengan gadis lain di luar sana. Dia suka membantu, membuat yang lain ceria, baik hati, jujur dan setia. Dia sentiasa diri dia." (n/a) senyum lepas mendengar semua penjelasan Kaizo. "Oh begitu." Kata Nut sambil simpan barang dia. Tiba-tiba, Kokoci masuk dan memanggil (n/a). "Tarung ingin berjumpa dengan kau. Dia ingin berbual tentang misi kau sebelum ini." Kata Kokoci. "Baik la." Kata (n/a). Sebelum dia pergi, dia memberitahu ke Kaizo dia akan jumpa nanti. Kaizo mengangguk kepalanya faham. (n/a) dan Kokoci meninggalkan tempat itu.
Nut ketawa kecil. Kaizo melihat dia dengan bingung. "Kenapa kau ketawa?" Soal Kaizo. "Aku tahu kau dengar perbualan kami. Kalau kau tak dengar, kau tak akan masuk sini." Nut membalas. "Dan aku sengaja tanya soalan kepada kau depan (n/a). Begitu, (n/a) tahu." Katanya seterus dan angkat kotak dia. "Nut.. Kau licik.. Ada saja sesuatu dalam fikiran kau." Kaizo bergumam. Nut dengar dia dan sebelum dia meninggalkan tempat itu, dia berkata,"Terima kasih kerana menjaga kawan baik aku selama ini, Kaizo. Kau memang teman lelaki yang baik untuk (n/a)." Mendengar seperti itu membuat Kaizo senyum kecil dan membalas,"Sama-sama."
YOU ARE READING
Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]
Fanfic[COMPLETED] Hanya one shot story. NOTA: Watak-watak Boboiboy dimiliki oleh Animonsta. Saya hanya meminjam saja