AMARAN: one-shot ini mengenai sesuatu yang tak selesa untuk beberapa pembaca kerana cerita ini lebih kepada tertekan/kemurungan. Kalau anda tak selesa dengan topik seperti ini, sila elakkan membaca cerita ini. Anda telah diberi amaranLoceng sekolah berdering. Waktu rehat bermula. Elementals terus ke kantin sekolah untuk membeli makan mereka tapi, hanya seorang saja tak pergi situ dan dia adalah Hali. Kata dia, dia perlu ke tempat lain untuk sebentar. Apabila di sampai di belakang sekolah, dia baring di bangku itu dan melihat awan di atas langit.
5 minit kemudian, Hali terdengar seseorang mengambil nafas berat. Dia toleh ke arahnya dan berkata,"Sampai pun.." Terdapat seorang gadis meletak dua beg plastik penuh dengan roti dan air kotak di atas meja itu. "Hn.. Bawa naik ke kelas aku." Kata Hali dan terus pergi dari situ. Gadis itu menghela nafasnya dan angkat dua beg plastik itu dan mula naik tangga.
Apabila dia sampai di luar kelas Hali, Hali ambil dua beg plastik itu dan masuk ke kelasnya. Gadis itu nak pergi dari situ tapi, tak berani. Hali keluar dari kelasnya sambil minum air yang dibeli oleh gadis itu. Melihat gadis itu, dia tahu dia rasa dahaga. "Dayah." Hali memanggil, membuat gadis itu melihatnya. Lelaki itu memberi dia air kotak itu kepadanya. Sebelum gadis yang bernama Dayah boleh mencapai, Hali mengetatkan air kotak itu, membuat air itu keluar dan membasahkan pakaian Dayah. "Pfft.." Hali menahan gelaknya dan membuang air kotak itu di atas lantai. Lelaki itu pun meninggalkan Dayah sendiri di situ.
Dayah adalah seorang gadis yang bijak seperti salah satu kembar Elementals, Solar. Dia sangat rapat dengan Solar dan kerana itu dia bijak. Hidup dia biasa tapi, tak biasa lagi sejak Hali suka membulinya. Solar tak tahu tentang Dayah dibuli oleh Hali kerana Hali akan pastikan Dayah tak bagitahu kepada sesiapa. Hali pernah memalukan Dayah depan ramai orang tapi, dia tak kesah lagi kerana sudah biasa.
Hari ini pula, sangat berbeza dengan hari yang lain. Hali tak memalukan Dayah depan orang. Dia ada cara lain untuk membuli gadis itu. Loceng sekolah berdering. Waktu sekolah sudah tamat dan ramai pelajar keluar dari sekolahnya. Hali sedang berjalan sendiri tapi, nampak Dayah tak jauh darinya. Dia menuju ke arah gadis itu dan berkata sesuatu tentang mak ayah dia. Ini membuat Dayah geram. "Kau boleh buli aku tapi, jangan libatkan dengan mak ayah aku!" Kata Dayah. Hali tak pernah lihat Dayah seperti ini tapi, apa dia kesah. Solar pun datang dan bertanya apa mereka sedang berbual. "Kita.." Sebelum Dayah boleh kata apa-apa, mata dia dan Hali bertemu. Dia nak bagitahu Solar tentang dia dibuli oleh kembarnya tapi, tak berani. Walaupun dia cuba memberitahu sesiapa apabila Hali tiada di mana-mana, Hali ada cara yang dia akan dapat tahu kalau sesiapa tahu tentang dia membulinya dan terakhir dia akan memberi Dayah hukuman. "Kita tak berbual apa-apa penting. Jom, Solar." Dayah membalas. Dia mengheret Solar keluar dari situ.
Masa berlalu ke Dayah baru saja pulang ke rumahnya. Dia salin bajunya dan buka televisyen untuk menonton apa-apa drama yang akan dimainkan. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Dayah pun menjawab siapa yang menelefon dia. Mata dia menjadi besar dan dia menjadi senyap untuk sebentar lepas mendengar apa yang sesiapa di telefon itu bercakap. "B-Baiklah." Kata Dayah dan tutup telefonnya. Dia teringat kata Hali sebelum dia keluar sekolah dengan Solar hari ini.
Mak ayah kau akan ada kemalangan kereta. Kau pula, patut berhati-hati.
Pintu rumah Dayah diketuk oleh seseorang. Itu membuat gadis itu agak terkejut. Dia buka pintu itu dan muncul seorang wanita iatu mak cik dia. "Mari, kita ke hospital." Katanya. Mereka terus ke sana dan nampak sepupunya yang sedang menangis. Mereka memberitahu kepada Dayah dan mak cik dia yang mak ayah dia sudah hilang nyawa mereka. Air mata mula mengalir, membasahi di pipi Dayah.
Keesokan harinya, Dayah tak datang sekolah. Solar agak sedih kerana tak dapat jumpa dia. Dia ada cerita lawak nak memberitahu kepada gadis itu tentang apa berlaku di rumahnya semalam tapi, tak apa. Dia fikir Dayah akan datang esok.
Seminggu pun sudah berlalu. Solar menjadi risau dengan Dayah. Gadis itu tak datang langsung ke sekolah. Jadi, dia berfikir untuk pergi ke rumahnya. Dia memberitahu Gempa yang dia nak ke rumah Dayah. Hali terdengar apa Solar kata dan dia ingin ikut juga. "Jangan balik lambat tau." Gempa mengingatkan. Solar dan Hali mengangguk, faham. Mereka terus ke rumah Dayah.
Apabila Solar dan Hali sampai ke rumah gadis itu, mereka sedar pintu itu terbuka. Mereka lihat satu sama lain sambil angkat keningnya. Solar mengetuk pintu itu sebelum buka pintu. "Erm.. Dayah? Kau-" Solar tak dapat menghabiskan ayatnya apabila dia saksi sesuatu di dalam rumah gadis itu. Dia berdiri di situ membeku. "Kenapa kau berhenti?" Soal Hali dan menolak pintu rumah itu lebih. Dia terkejut apabila menyaksikan apa yang Solar saksi juga.
Apa mereka berdua menyaksikan adalah tali dari siling itu ada di leher Dayah. Gadis itu sudah menamatkan dirinya. Solar tak tahu kenapa Dayah buat seperti itu dan rasa sangat sakit hati kerana dia sudah hilang kawan rapat dia. Hali pula, dia lagi sangat sakit hati melihat Dayah seperti ini. Dia juga rasa menyesal lepas apa dia sudah buat kepada gadis itu.
Sebenarnya, Hali mempunyai perasaan untuk Dayah. Pada mula, dia tak ada perasaan untuk gadis itu. Sikit demi sikit, lelaki itu mula mempunyai perasaan untuk dia. Membuli dia adalah caranya untuk mendekati dengan Dayah. Tanpa sedar yang aksinya menjadi sangat terlampau, dia tak terfikir yang ini akan berlaku kepada gadis itu.
A/n: Hai² Author nk bagitahu kalau sesiapa mengalami tekanan/kemurungan, jangan mendiamkan diri. Tolong dapatkan bantuan, kongsi masalah anda dengan orang yang anda selesa. Tak bagus kalau anda simpan negativiti untuk selamanya. Cuba fikir positif lebih ^-^
YOU ARE READING
Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]
Fiksi Penggemar[COMPLETED] Hanya one shot story. NOTA: Watak-watak Boboiboy dimiliki oleh Animonsta. Saya hanya meminjam saja