Jam tiba-tiba bunyi dari bilik Elementals. Satu demi satu, mereka bangun dari tidur dan mandi. Lepas itu, siap sedia ke Kokotiam Tok Aba. Apabila mereka sampai situ, terdapat seorang gadis berada di situ berbual dengan Ochobot."Selamat pagi, Ochobot." Kata Gempa. Ochobot mengucap selamat pagi ke mereka juga. "Siapa ini?" Soal Ais. "Ini Aliya Khaira. Dia pelanggan baru kami." Ochobot memperkenalkan gadis itu. "Panggil saja Liya." Kata Aliya. Lepas itu, dia tanya siapa mereka. Apabila Ochobot memperkanalkan diri Elementals, gadis itu agak bingung. "Erm.. Maaf kalau aku tersilap nama kau semua nanti dan juga pada masa depan. Aku tak boleh nampak apa-apa masa Ochobot memperkenalkan diri kau semua tadi." Kata Aliya. "Jadi, maksud kau–" Sebelum Blaze boleh menghabiskan ayatnya, Aliya memotong. "Ha'ah, aku orang buta." Katanya. Semua menjadi senyap. Mereka fikir Aliya ini mungkin orang yang berterus terang.
Pada masa itu, Duo Y bersama Fang dan Gopal datang ke Kokotiam mereka. "Hai, Liya!" Kata Duo Y. "Suara itu.." Aliya toleh ke kanan sikit. "Ying dan Yaya ke tu? Tak terfikir yang aku akan jumpa kau berdua di sini." Kata Aliya dengan gembira. Duo Y dan Aliya berkawan sejak dua minggu lepas. Dia tanya apa mereka buat di sini. "Kita selalu ke Kokotiam Tok Aba masa cuti sekolah dan pada hujung minggu." Yaya membalas. "Tapi, sekolah akan bermula esok.." Kata Ying, agak sedih. Siapa tak sedih kalau cuti sekolah akan tamat.
"Aku perlu pulang dulu." Kata Aliya dan berdiri dari situ. Sebelum dia pergi dari situ, Duo Y teman dia untuk pulang ke rumahnya. Apabila tiga gadis itu sudah jauh, Taufan tanya ke Fang dan Gopal kalau mereka tahu juga siapa Aliya. "Tak, kita tak tahu dia." Gopal membalas. Tok Aba pun datang. "Sudah habis berbual? Tolong kemas Kokotiam Atok. Fang dan Gopal pun tolong. Lagi ramai, kerja cepat habis." Kata Tok Aba dan memberi mereka dua baldi. Gopal dan Fang terpaksa bantu mereka.
Sambil itu, Thorn bertanya Hali apa dia fikir tentang Aliya. "Seorang yang terus terang. Itu saja aku boleh fikirkan." Hali membalas. "Kenapa kau tanya?" Soalnya seterus. "Tak ada.. Aku tanya saja sejak aku tahu kau jarang berbual. Tak nak rasa janggal sangat, hehe." Thorn membalas. Setengah jam sudah berlalu. Satu demi satu, pelanggan mereka mula datang dan hari menjadi sangat sibuk.
Apabila pelanggan terakhir dapat apa yang dia sudah pesan di Kokotiam itu, kedai itu pun tutup. Mereka semua pulang ke rumah dan berehat. Ochobot pergi ke dapur untuk membuat makan malam. Yang lain pula, mereka akan mandi untuk membersihkan diri. Lepas itu, siap barang mereka untuk sekolah esok. Nanti tak perlu siap pada minit yang terakhir. Lepas itu, semua terus ke dapur untuk makan malam.
Mereka mengucap terima kasih ke Ochobot kerana membuat makan malam untuk mereka. "Sama-sama." Ochobot membalas. Dia terus ke bilik Tok Aba untuk mengecas dirinya. Sebelum itu, dia teringat kata Aliya pagi tadi. Dia perlu bantuannya esok. Jadi, dia meletak kertas ini di meja untuk Tok Aba baca nanti. Lepas itu, dia mula mengecas dirinya hingga esok pagi.
Keesokan harinya, sekolah bermula. Pelajar-pelajar masuk ke kelas mereka masing-masing. Cikgu Papa memberitahu murid-muridnya yang mereka ada pelajar baru di dalam kelas. Pintu itu buka dan muncul seorang gadis mereka kenal. "Aliya!?" Mereka sangat terkejut. "Hai, semua." Kata Aliya dengan senyuman manisnya. Dia memperkenalkan diri ke rakan kelasnya walaupun ada yang sudah tahu.
Cikgu Papa memberitahu yang dia akan duduk di sebelah Yaya. Pada masa itu, Yaya pergi ke Aliya dan membantu dia untuk membawa dia ke tempat duduk barunya. Lepas itu, pelajaran mereka bermula. Walaupun Aliya tak nampak apa Cikgu Papa sedang mengajar, dia mendengar dengan jelas.
Loceng sekolah berbunyi dan waktu rehat mereka bermula. Bermacam-macam soalan mereka nak tanya ke Aliya. "Eh, sabar! Tak kan Aliya nak balas soalan kau semua pada masa yang sama." Kata Ochobot, muncul dari mana entah. "Eh? Kenapa kau ada di sini?" Soal Solar. "Aku tolong bawa Aliya ke sekolah dan kelas dia juga pagi tadi." Ochobot membalas. Yang lain meng-o apabila soalan Solar telah dijawab. "Kenapa kau tukar ke sekolah ini?" Soal Gempa. "Aku tak sesuai dengan rakan kelas sebelum ini kerana mata aku. Lepas bertemu Duo Y, aku fikir aku nak tukar ke sekolah di mana mereka belajar kerana mereka sangat baik. Aku pasti kawan-kawan lain pun sama. Jadi, di sini aku berada." Aliya menjelas. Yang lain faham cerita lama dia. Aliya tak perlu risau lagi kerana dia jumpa sekumpulan orang yang dia boleh sesuai dengan mereka. Bermula hari itu, mereka menjadi kawan baik Aliya.
YOU ARE READING
Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]
Fanfic[COMPLETED] Hanya one shot story. NOTA: Watak-watak Boboiboy dimiliki oleh Animonsta. Saya hanya meminjam saja