Siapa tak kenal (n/a) dalam Sekolah Menengah Pulau Rintis? Ramai kenal dia. Ramai kata dia baik, cantik, bijak, suka membantu orang lain......"Tch.. Luar saja baik tapi, dalam dia buruk!" Kata Kaizo kepada kawan-kawan. "Semua orang sama saja la.." Kaizo ambil beg dia dan terus meninggalkan kawan-kawan dia di situ. Dia ingin pulang ke rumah. Kawan-kawan dia tak pasti kenapa perangai Kaizo seperti itu.
Sambil Kaizo berjalan, salah satu cikgu memanggil dia tak jauh darinya. "Kaizo, cikgu ingin bantuan kamu angkat buku-buku ini. Bawa ke kelas 2-3." Kata cikgu itu. "Baik, orang tua.." Kaizo bergumam, hampir membuat cikgu itu mendengar dia. Apabila dia membantu cikgu mengangkat buku-buku itu, seorang gadis langgar Kaizo tanpa sengaja.
"Maaf! Aku tak sengaja!" Gadis itu terus meninggalkan dia di situ tanpa menolong Kaizo. "Tak guna.." Kaizo mula berkumpul buku-buku itu. Sambil mengumpul, seseorang menolong dia. Kaizo lihat dia. "Kenapa tolong aku, (n/a)?" Soal Kaizo. "Kau kan kawan kelas aku sejak sekolah rendah. Mesti la aku kena tolong." Kata (n/a) sambil mengumpulkan buku-buku itu. "Nak bawa buku-buku ini ke mana?" Soal (n/a) yang baru saja habis mengumpul buku. "Ke kelas 2-3." Kaizo membalas. "Ok, jom." (n/a) mula berjalan. Kaizo mengikuti dia dari belakang.
Mereka letak buku-buku itu di kelas almari apabila sampai ke kelas 2-3. Lepas itu, mereka pulang ke rumah bersama-sama. Tak terfikir yang mereka ambil laluan yang sama untuk pulang. Sambil berjalan, mereka rasa janggal. Kaizo mula berbual sejak dia tak selesa bila dia dan gadis itu tak berbual langsung.
"Sejak bila kau menjadi orang yang terkenal dalam sekolah kami?" Soal Kaizo. "Sejak pertama kali aku masuk dalam sekolah itu." (n/a) membalas. "Kau bernasib la yang kau semakin popular.." Kata Kaizo. "Bernasib? Ramai fikir seperti itu tapi, tak best la jadi popular.. Setiap hari kena layan ramai orang." (n/a) menghela nafas agak panjang kerana dia perlu melalui yang dia tak pernah ingin.
Mereka sampai ke rumah (n/a). "Kita jumpa esok di sekolah?" Soal (n/a). "Hn..." Kaizo mengangkat bahunya, tak pasti dia akan jumpa gadis itu. Dia lambai ke gadis itu dan terus pulang ke rumahnya. Apabila dia sampai ke rumah, dia mengeluarkan buku dia dari begnya. Sambil mengeluarkan bukunya, dia sedar buku warna hitam di dalam. "Lupa pula nak berikan buku (n/a) balik..." Kaizo menepuk dahinya.
Keesokan harinya...
Apabila (n/a) keluar dari rumahnya, dia dapat melihat Kaizo sedang menunggu dia di luar rumah. Kaizo memberi buku hitam itu kepada dia. "Semalam, buku kau tertinggal lepas waktu PJ sudah tamat. Aku nak berikan kepada kau masa kami pulang ke rumah tapi, aku lupa." Kata Kaizo. (n/a) ambil buku itu dan tanya,"Kau baca?" Kaizo menggeleng kepalanya. Gadis itu menyepet mata dia. Kaizo menghela nafas dan berkata,"Sikit saja.."
(n/a) masukkan buku dia ke dalam beg dan mula berjalan untuk ke sekolah. Dia tak kata apa-apa. Kaizo mengejar gadis itu dan mula bertanya,"Erm... Betul ke yang kau... Kau suka aku?" (n/a) menghela nafas dan membalas,"Y-Ye, aku suka k-kau.." Kaizo terdiam dan lepaskan (n/a). "Aku tahu kau tak ada perasaan sama untuk aku tapi, aku nak kau tahu yang aku suka kau." Kata (n/a) dan mula berlari daripada Kaizo. Kaizo ingin mengejar gadis itu tapi, kakinya tak nak bergerak untuk mengejarnya. Dia ada sesuatu dalam fikirannya.
.
.
.
.
.
Ia adalah waktu rehat sekarang. Apabila (n/a) keluar dari kelasnya, terdapat seorang lelaki yang bernama (n/l) sedang berdiri di depannya. "Apa kau nak sekarang...." Soal (n/a) dengan suara lemah. "Jadi la teman gadis aku." Kata (n/l) sambil memberikan bunga kepadanya di depan ramai orang. "Tak nak." (n/a) membalasnya.
Apabila (n/a) mula berjalan, (n/l) menolak gadis itu ke dinding. "Lepaskan aku la!" Jerit (n/a). Tiba-tiba, seseorang menumbuk (n/l) dan menolak dia ke lantai. (n/l) lihat orang itu dengan geram. "Kaizo.." (n/l) berdiri dan ingin menumbuk Kaizo tapi, Kaizo terlalu cepat untuk mengelakkan dirinya dan menendang (n/l) ke lantai sekali lagi. Kaizo menarik (n/a) dekat dengannya dan berkata,"Jangan cuba sentuh teman gadis aku."
Ada mula rasa bingung apabila Kaizo kata seperti itu dan ada mula 'ship' mereka kerana mereka fikir Kaizo lebih sesuai dengan (n/a). "Apa!? Bilang aku yang dia bukan teman lelaki kau!" Kata (n/l). "Ye, dia teman lelaki aku." (n/a) membalas. "Dia tu suka main hati gadis, tahu tak!? Kenapa kau pilih dia daripada aku?" Soal (n/l). "Aku kenal sejak dia dari dulu dan aku tahu berapa baik dia dengan kau." Kata (n/a). Kaizo angkat gadis itu dan ia membuat beberapa orang jerit,"Kyaa!!! Comelnya mereka berdua!!" Kaizo terus membawa (n/a) keluar dari tempat itu.
Apabila mereka berada di bumbung sekolah, (n/a) berterima kasih kepada Kaizo kerana menyelamatkan dia dari (n/l) tadi. "Drama kami hebat sampai membuat semua orang fikir kami pasangan. Heh, tapi itu semua drama kami." (n/a) gelak kecil. "Itu bukan drama kami saja." Kata Kaizo. (n/a) menjadi bingung apabila mendengar Kaizo kata seperti itu. "Apa maksud kau 'bukan drama kami saja'? Kan kita main saja untuk menipu (n/l) dan pergi dari situ?" Soal (n/a) sambil dia ambil duduk di bangku tak jauh darinya.
Kaizo menghela nafas dan duduk di sebelah (n/a). "(n/a).. Aku sedar sekarang." Kata Kaizo dan ia membuat gadis itu lagi bingung. "Kau dari dulu menolong aku dan berada di sisi aku walaupun aku tak perlu kau. Dalam diari kau, kau ada tulis yang kau cuba menunjuk tanda-tanda kepada aku yang kau suka aku tapi, aku tak perhatikan tanda itu. Maafkan aku, (n/a)." Kaizo menjelas dan minta maaf kepada (n/a). "Tak apa, Kaizo." Kata (n/a). "(n/a), ingin menjadi teman gadis aku?" Soal Kaizo. (n/a) mengangguk kepalanya dan memeluk Kaizo. Akhirnya, mereka pun menjadi pasangan.
YOU ARE READING
Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]
Fanfiction[COMPLETED] Hanya one shot story. NOTA: Watak-watak Boboiboy dimiliki oleh Animonsta. Saya hanya meminjam saja