Kuudere! Blaze x Reader

648 49 0
                                    


(n/a) seorang gadis yang sentiasa ceria, suka membantu dan menyokong orang lain di mana-mana. Itu membuat Blaze menyukai dia. Dia suka dengan gadis sejak sekolah menengah.

Setiap hari minggu pada pukul 12.30 petang, Blaze akan berdiri di luar kafe dan periksa (n/a) kalau dia bekerja dengan baik. Dia periksa gadis itu untuk sebentar saja sebelum dia boleh pulang untuk bekerja bersama abang dia. Kadang-kadang Blaze masuk ke kafe itu kerana ingin berbual bersama (n/a).

Satu hari nanti, (n/a) habis kerja dia sangat siang kerana dia sakit. Bos dia memberi dia berehat di rumah untuk 2 hari. Apabila gadis itu keluar dari kafe itu, dia langgar seseorang tanpa sengaja. "Maaf." Kata (n/a) dan lihat orang itu. Dia agak terkejut apabila melihat siapa orang itu. "Blaze?" Dia menyebut nama orang itu. "Oh, (n/a).. Kau nak ke mana?" Soal Blaze. "Aku nak balik rumah. Aku sakit hari ini.." (n/a) membalas. "Oh.. Biar aku bawa kau ke rumah kau." Kata Blaze. "Eh, tapi-" Blaze memotong sebelum gadis itu boleh habiskan ayatnya. "Tak ada tapi, tapi.." Kata Blaze dan mengeluarkan telefon bijaknya dari poket seluar. Dia menelefon abang dia, Taufan, untuk membawa dia dan (n/a) ke rumah (n/a).

Hampir 5 minit, Taufan sampai dengan keretanya. Blaze dan (n/a) duduk di tempat duduk belakang. (n/a) memberitahu alamatnya kepada Taufan dan Taufan membawa mereka ke rumah gadis itu.

10 minit sudah berlalu dan mereka sudah sampai ke rumah (n/a). "Terima kasih, Taufan." Kata (n/a). Taufan menunjuk jari ibu kepada (n/a) sebelum dia bergerak ke tempat lain. "Aku? Tak nak kata terima kasih juga ke?" Soal Blaze. "Hmm.. Terima kasih juga.." Kata (n/a). "Sombong pula dia ni.." Blaze bergumam dan ia membuat gadis itu mendengarnya. "A... Apa kau-" (n/a) hampir jatuh di atas tanah. Nasib baik Blaze tangkap dia dengan pantas sebelum gadis itu boleh melanda di atas tanah. Gadis itu mula bernafas dengan berat.

Blaze meletak tangan dia di dahi (n/a). "Panas.." Bisik hati Blaze. Dia angkat gadis itu dan berkata,"(n/a), aku perlu kau guna sikit tenaga kau untuk membuka pintu rumah kau. Aku akan bawa kau masuk ke dalam rumah kau.." Kata Blaze. "Dan jaga kau." Bisik hati Blaze. "O-Ok.." (n/a) membalas dan mengeluarkan kunci rumah dari poketnya.

Apabila pintu rumah (n/a) sudah buka, Blaze bawa gadis itu ke biliknya. Dia menyuruh (n/a) baring situ dan berehat. Mata (n/a) mula menjadi berat dan kata dia ingin tidur. "Tidur saja. Aku akan mengejutkan kau masa waktu makan malam nanti." Blaze membalas sambil dia mengusap rambut gadis itu. (n/a) tutup matanya dan mula tidur.

Sambil (n/a) tidur, Blaze mula cari tuala di dalam laci. Apabila dia dapat mencari tuala itu, dia basahkan tuala itu dengan air sejuk. Lepas itu, dia letak di dahi (n/a). "Rehat dengan baik.." Lelaki itu bergumam.

.

.

.

.

.

Blaze mengejutkan (n/a) dari tidurnya. "Masa untuk makan." Kata Blaze. (n/a) membuka mata dia apabila Blaze mengejutkannya. Dia duduk tegak dan lihat apa di tangan Blaze. "Bubur ayam...?" (n/a) angkat keningnya. "Erm.. Ini saja yang aku boleh fikirkan kalau kau sakit. Lagi pun, ini kegemaran kau kan?" (n/a) mengangguk kepalanya untuk membalas.

Gadis itu ambil bubur ayam itu dari Blaze dan dia mula makan. Matanya menjadi besar apabila rasa makanan itu. "Rasanya... Rasanya seperti masakan ibu aku!" Apabila dia menyebut nama ibu dia, dia mengingat pada masa yang lalu. "Sebelum dia meninggalkan aku senduri 3 tahun yang lalu.." (n/a) bergumam seterusnya. Tiba-tiba, ada sesuatu dalam fikiran gadis itu dan dia memandang Blaze. "Kenapa kau tolong aku?" Soal (n/a). Dengar soalan gadis itu membuat Blaze terdiam. "Aku rasa aku tak boleh sembunyi lagi." Fikir Blaze. "Aku suka kau.. Sejak sekolah menengah." Blaze membalas. Gadis itu senyum apabila Blaze menjawab soalannya. "(n/a), jadilah teman gadis aku." Kata Blaze sambil melihat (n/a) di mata. "Boleh saja." (n/a) menerima. Kata gadis itu, dia suka Blaze sejak sekolah menengah juga. Akhirnya, mereka pun bersama.

Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]Where stories live. Discover now