ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 90

5.2K 105 0
                                    

Karl Aidyn menyentuh lembut pipi Aara , isterinya tampak lena di bahunya , Aara terlena sejak mereka memulakan perjalanan dari desa.. Kereta itu pun sudah memasuki perkarangan Villa Caesar.. Karl Aidyn sedikit kuatir jika Aara tidak senang di sini , tapi dia harus memulakan semuanya dengan baik kembali.. di Vila ini..

"Sayang..."

Karl Aidyn mengosok lembut pipi milik Aara , menantikan sepasang mata itu membuka tirainya.. Dengan perlahan Aara bergerak kecil sebelum membuka mata.. Senyuman suami sudah ada untuknya , cepat Aara membetulkan badannya..

"Dah sampai ? I lena sangat..."

Aara terdiam kembali setelah melihat ke luar cermin kereta.. villa ini ? Aara diam seketika.. terasa tangannya di raih lembut oleh Karl Aidyn..

"Sayang.. im sorry.."

Perlahan terdengar suara Karl Aidyn di telinga.. Aara kembali menoleh ke arah Karl Aidyn , dia senyum nipis.. mengenggam kembali tangan milik Karl Aidyn..

"Im okay.."

Balas Aara bersahaja.. Karl Aidyn tahu Aara tidak selesa dengan tempat itu.. Dengan sendiri , Karl Aidyn keluar dari perut kereta , membuka pintu untuk Aara tanpa menunggu Gabriel di depan.. Setelah membuka pintu , tangan Aara di capai oleh Karl Aidyn , badan Aara di peluk dari tepi..

"Kita rest kat sini ya.. we need privacy.."

Tutur Karl Aidyn dengan lembut.. Aara hanya mengangguk.. di pimpin tangan Aara menuju masuk ke dalam villa itu.. Aara menurut sampai ke kamar.. Matanya melihat keadaan kamar itu , sepertinya kedudukan katil almari dan semua meja berlainan tempat , tidak seperti dahulu..

"Sayang , nak bersihkan diri dulu ?"

Soalan Karl Aidyn hanya Aara jawab dengan anggukan.. Karl Aidyn senyum..

"Tuala dan bathrobe ada kat sebelah kanan.. nak I ambil kan ?

"No , I boleh ambil sendiri.."

Aara terus menuju ke arah itu.. Karl Aidyn hanya memerhati..

"I ke dapur kejap.. ambil air.."

Tutur Karl Aidyn lagi.. Aara mengangguk sebelum Karl Aidyn hilang dari kamar itu.. Aara memerhati sekeliling.. peristiwa itu masih segar dalam ingatannya.. Dia menelan liur seketika.. Dia menoleh ke kiri , katil itu di tatap.. walaupun balutan pada tilam itu sudah bertukar warna , tetap saja katil itu menjadi saksi utama perbuatan kejam Karl Aidyn padanya.. Aara memejamkan matanya , mahu memori itu berlalu pergi.. Dia menoleh ke arah bilik air ke arah kanan , mula menukar pakaiannya dengan tuala putih itu.. dia menarik nafas panjang , melupakan kenangan hitam itu..

Badannya tergetar seketika apabila terasa ada tangan mula menyinggah pada bahunya.. secepat kilat Aara berpaling..

"Sorry.."

Rasa bersalah muncul pada Karl Aidyn , melihat wajah ketakutan isterinya.. terdengar Aara melepaskan hela.. cepat badan Aara di peluk..

"Im sorry sayang.."

"Its okay.."

Aara membalas cepat.. Karl Aidyn membuang peluk.. menatap sepasang mata milik isterinya..

[C] Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now