ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 50

4.5K 101 0
                                    

Ruang Tamu Utama

"Saya harap Puan boleh terima saya.. Puan pun berjanji haritu , saya boleh minta tolong kalau perlukan apa apa.. saya mohon di terimakan , saya boleh buat kerja kat rumah ni.. tak kesah apa pun.."

Tisya memandang wajah Aara.. Aara mendiamkan diri.. Karl Aidyn turut serta..

"Saya tak minta banyak.. saya harap Puan boleh tunaikan apa yang Puan janjikan pada saya dulu , pada ayah saya.."

Tisya bersuara lagi.. Aara mengangguk..

"Okay , kalau itu yang you nak.. You boleh kerja kat sini.. and... Karl pun mesti nak you ada kat sini.. kan ?"

Aara memandang Karl Aidyn yang diam dari tadi.. mata mereka bertatapan seketika sebelum Aara mengalihkan padangan kembali ke arah Tisya..

"You boleh jaga dia , rawat dia , sampai dia sembuh , sampai dia ingat balik , apa yang dia dah buat kat I.. so jaga dia.."

Aara menepuk keras pahanya sendiri sebelum bangun dari duduknya.. seperti melepaskan amarah.. wajahnya di buat buat senyum..

"You pun suka kan , dia ada kat sini , boleh tengok you , boleh jaga you.. up to you.."

Ucap Aara sebelum beredar pergi.. Karl Aidyn menghantar pandang , tiada ucapan yang keluar pada mulutnya..

********

"Gab.."

Cepat Gabriel berdiri dari kerusi itu bila namanya di seru oleh Karl Aidyn..

"Ya Tuan.. ? Ada apa apa ?"

"Emm.. boleh hantar saya dekat tempat kerja Aara ?"

Teragak agak Karl Aidyn menyoal itu , dia pikir dia harus meminta maaf dari Aara pasal kejadian semalam..

"Kenapa Tuan nak ke sana.. kenapa tak tunggu Cik Puan balik ?"

"Saya nak belikan sesuatu untuk dia.. saya nak makan kat luar dengan dia.. saya nak pujuk dia.."

Gabriel tersenyum  mendengarkan Karl Aidyn , kelihatan Karl Aidyn menunduk malu.. apa apa saja dia perlu meminta pertolongan dari Gabriel , terasa dirinya lemah menjadi suami..

"Boleh Tuan.. saya bawakan.. jam berapa kita nak pergi ?"

"Lepas saya siap.. saya bersiap kejap ya..?"

Ceria kembali wajah Karl Aidyn , Gabriel mengangguk angguk.. cepat Karl Aidyn hilang.. dia mahu cepat cepat menemui isterinya..

***********

Kawasan Parking Kilang

Gabriel memasuki kereta , dia menoleh ke arah belakang , di mana Karl Aidyn berada..

"Cik Puan keluar.. dorang cakap Cik Puan pergi makan.. kita boleh tunggu kejap.. ke Tuan nak terus pergi ke restoren tu ?"

"Kita boleh pergi Restoren tu terus kan ? Mana tahu Aara pergi makan sorang.. saya boleh teman dia.."

Jawab Karl Aidyn dengan senyuman.. Gabriel mengangguk mengikut arahan , enjin kereta itu di hidupkan menuju ke restoren kegemaran Aara , Gabriel tahu tempat itu..

********

Belum sempat Karl Aidyn membuka pintu itu , sosok Aara dan seorang lelaki muncul di mata Karl Aidyn.. Gabriel menatap pandang , lelaki itu belum pernah di lihat sendiri oleh Gabriel.. Martin... Perasaan halus mula timbul pada hati Karl Aidyn , melihat isterinya tertawa riang bersama lelaki yang tidak di kenalinya.. tak mungkin Aara bisa segembira itu bila bersamanya , senyum pun Aara tidak memberi padanya sejak berjumpa..

"Raffa ?"

Soal Karl Aidyn , matanya masih leka ke arah Aara di luar sana..

"Bukan.. mungkin client Cik Puan.."

"Client bawa bunga untuk Aara ?"

Sedikit terseksa dia melafazkan soalan itu.. hatinya di usik cemburu melihat senyuman isteri yang diberikan pada lelaki itu.. Gabriel diam.. tak mampu memberi jawapan pada Karl Aidyn.. tak mungkin Aara ada lelaki lain , fikiran Gabriel menolak kuat..

"Diego mana ?"

Sedikit tegas suara Karl Aidyn , seperti karakternya yang asal.. Gabriel menoleh pandang ke belakang..

"Err , Diego ada dekat kilang.. Cik Puan tak benarkan dia ikut sekali.."

Karl Aidyn mengangguk angguk mendengar penerangan Gabriel.. fikirannya mula berburuk sangka.. dia memandang bunga yang berada di sebelahnya.. bunga itu di tatap kosong..

"Bukan macam tu Tuan.. saya tahu Cik Puan tak buat macam tu.. mungkin tu client dia.. Saya kenal Cik Puan.. dia susah nak keluar dengan mana mana lelaki.. dalam fikiran dia , hanya ada kerja.."

Gabriel cuba membaikkan keadaan yang tampak akan kembali buruk..

"Susah ? Sampai lelaki tu kena bawa bunga untuk bincang hal kerja.. Lelaki tu caring betul.."

Kelihatan Martin membukakan pintu kereta untuk Aara.. Sungguh hatinya sakit melihat situasi dengan matanya itu.. Gabriel memejamkan mata.. ayat apa perlu di susun pada Karl Aidyn..

"Er , kita balik kilang ya.. nampak macam Cik Aara dah selesai.. kita follow dia.."

Karl Aidyn mendiamkan diri , Gabriel tahu Karl Aidyn sedang di landa cemburu.. melihat kereta Aara menuju pergi , dia mengikuti perlahan..

[C] Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now