ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 30

6K 130 3
                                    

Pintu itu di tutup kasar dari luar oleh Karl Aidyn , kemudiannya di kunci kemas.. tangisan Aara yang di dengari langsung tidak di pedulikan Karl Aidyn.. Gabriel muncul di depan dia..

"Ada apa apa ke Tuan ?"

Gabriel memberanikan diri bertanya , dia tahu ada pertengkaran antara Karl Aidyn dan Aara.. dia hanya mahu kepastian , bimbang terjadi berlebihan kepada Aara , dia tahu orang orang Aara tak akan berdiam diri terutama Diego..

"Tak ada apa apa.. kau tak payah bimbang.."

"Tapi..."

"Kau nak mampus kat sini ? Aku cakap tak ada apa , tak ada apa lah , tak payah nak risau.. dia bini aku , aku tahu apa aku buat.."

Karl Aidyn pertahankan dirinya.. tiada sesiapa yang dia takut.. jiwanya memang gila.. Gabriel mengangguk faham.. handphone yang berbunyi mematikan perbualan mereka berdua..

"Haa.. okay.. 3jam lagi sampai.."

Karl Aidyn mematikan panggilannya..

"Genting.. prepare duit.. now.."

Arah Karl Aidyn , dia mula melangkah , di turuti cepat oleh Gabriel..

"Cik Puan Aara macam mana Tuan ?"

"Dia tahu macam mana nak hidup.. and kau ! Jangan buat apa apa tindakan tanpa arahan aku.. mampus aku kerjakan.."

Gabriel mengangguk angguk menerima arahan itu.. mereka keluar menaiki kereta lalu meninggalkan villa itu..

***********

Raffa mundar mandir di hadapan kolam itu , panggilan dari pagi tadi , tidak di jawap Aara.. dirinya resah menunggu khabar dari Aara , Aara mendiamkan diri sebaik saja pergi bersama Karl Aidyn.. Diego muncul di depan Raffa..

"Tak dapat.. dorang cakap Tuan Karl ke Genting , ada urusan dari pagi tadi , tapi Puan Aara tak ada sekali.."

"Kau pasti Aara tak ada sekali ?"

Raffa masih tak percaya dengan perjelasan Diego.. Diego mengangguk..

"Iya , saya dah check.. memang Cik Puan Aara tak ada..hanya Tuan Karl dan orang orangnya.. Cik Puan masih tak balik ke rumah.. Ika ada kat sana.."

Jelas lagi dari Diego.. bunyi tapak kaki yang mendekati mereka , membuatkan Raffa berpaling cepat , langkahnya laju mendekati Uncle Abbas yang baru muncul itu..

"Thanks God papa balik , dari tadi Raffa call , tak dapat , papa tahu tak..."

"Iya tahu , tak payah kamu nak risau , Aara ada dengan Karl.. tak payah nak menyibuk pasal dorang.."

Cepat jawapan dari Uncle Abbas.. Diego dan Raffa sudah melopong mendengarkan kata kata itu..

"Mana ada pa.. Aara tak ada dengan Karl.. Karl dengan orang orang dia je pergi genting.."

"Iya , papa tahu.. Aara selamat kat tempat Karl.. Karl yang bagitahu dia sengaja bawa Aara pergi dengan dia , tak nak korang ganggu .. dia cakap dia tak puas lagi honeymoon dengan Aara.."

"What ?? Papa percaya semua yang Karl cakap ? Entah entah dia kurung Aara kat mana mana.."

Raffa masih tak puas hati , Uncle Abbas hanya tersenyum mendengarkan kata kata anak angkatnya itu..

"Buat apa dia nak buat Aara macam tu.. dia suami Aara , tak akan dia buat pelik pelik kat Aara.."

"Tapi Aara tak jawab call pa.. handphone dia mati , dari pagi tadi.. kita tak tahu apa jadi dekat Aara.."

Resah wajah Raffa..

"Tak payah kamu nak mengarut.. Aara selamat.. Karl dah pastikan.. dan kamu Diego.. tak payah risau , pergi balik.. Cik Puan kamu selamat dengan suami dia.. saja lah tu dia matikan handphone , tak nak kamu berdua kacau dia.. dia tak puas lagi nak berdua dengan suami dia.. dah ! Jangan kacau.."

Uncle Abbas mula melangkah meninggalkan mereka berdua.. Raffa dan Diego sama sama memandang.. Raffa mengeluh berat..

*********

Badan Karl Aidyn di pimpin masuk ke dalam bilik itu  , berhati hati Gabriel meletakkan Karl Aidyn di atas katil..

"Tuan pasti ke tak nak balik malam ni terus ?"

Gabriel bertanya lagi.. Karl Aidyn minum terlalu banyak , sampai memabukkan diri.. Karl Aidyn mengetuk kepalanya sendiri , layu matanya di pandang Gabriel..

"Aku nak tidur kat sini , jangan kacau aku.. shhh!! Tutup mulut kau.."

Karl Aidyn sudah merapu sendiri.. Gabriel menggelengkan kepalanya..

"Cik Puan sorang sorang kat villa Tuan.. dari pagi dia kat bilik tu , nak saya suruh orang jaga kan dia ?"

"Shh !! Aku cakap ikut arahan aku.. biar diaa , biar dia lama lama dalam bilik tu. Biar dia tak dapat jumpa jantan jantan dia.. kau nak kepala kau bocor   , kau inggarlah arahan aku.."

Karl Aidyn ketawa , tiba tiba diam.. kepalanya jatuh ke bantal itu , dia tidak sedarkan diri lagi..

[C] Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now