ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 32

4.7K 109 6
                                    

Kediaman Uncle Abbas

Tersembam menyembah lantai badan Raffa di tumbuk Karl Aidyn , badan itu kemudian di tarik kembali membangun , Karl Aidyn memegang koler baju Raffa sebelum mengeluarkan pistol di hadapkan ke kepala Raffa..

"Enough Karl !!"

Laungan Uncle Abbas bergema di depan kolam mewah itu.. Berurat rahang Karl Aidyn jelas kelihatan menahan amarah dan sabarnya.. picu itu hampir di tariknya..

"Jangan !! Letak pistol tu.. apa hal yang besar sangat sampai nak membunuh di rumah Uncle ni !! Budak tu anak Uncle ! Jangan melebih Karl !!"

Tegas suara Uncle Abbas.. Badan Raffa di tolak kuat sebelum Karl Aidyn menurunkan pistolnya , wajah Uncle Abbas di cari Karl Aidyn..

"Sebab dia anak Uncle lah , Karl simpan dia lama ni.. kalau tak , dia dah lama mampus kat tangan Karl.. you know what Uncle , anak Uncle ni punca Aara nak lari dari Karl.."

Berkerut dahi Uncle Abbas mendengarkan Karl Aidyn..

"Anak Uncle ni ada hati kat Aara !! Kalau Uncle tak nak dia mampus kat tangan Karl , better you jaga dia betul betul.."

Uncle Abbas berpaling memandang Raffa , seperti meminta kepastian dengan kata kata Karl Aidyn..

"Yess !! Betul , sebab kau tak tahu nak jaga Aara !! Kalau kau tak mampu nak jaga dia , kau lepas dia kat aku , jangan jadi dayus !!"

BBANGG !!

"Karl !!!"

"Arghhh..."

Terjerit kuat Uncle Abbas bila Karl Aidyn melepaskan tembakan pada kaki Raffa , lelaki itu sudah jatuh ke lantai , laju Uncle Abbas mendekat ke arah Raffa.. Paha Raffa di pegang , wajah Raffa sudah berkerut kesakitan , matanya terpejam merapat menahan sakit.. Kelihat anak buah Uncle Abbas sudah melingkari Karl Aidyn yang datang dengan cepat.

"Kenapa Tuan Abbas ?"

Soal anak buahnya , kaki Raffa yang berdarah menjadi perhatian mereka..

"Jangan sampai peluru ni tembus kat kepala kau.. ni warning dari aku.. jangan sesekali kacau Aara.."

Tidak sedikit pun Karl Aidyn getar dengan kelibat anak anak buah Uncle Abbas.. Raffa seperti tak mahu mengalah..

"Aara tak perlukan lelaki dayus macam kau !! Aara perlukan aku , aku yang layak untuk dia , sebab tu dia nak aku !!"

BBANG !!

Peluru itu deras mengena lantai hampir saja menikam dada Raffa , mata Raffa dan Uncle Abbas menutup akibat terkejut dengan tembakan itu.. Yang lain makin mendekat ke arah Karl Aidyn..

"Sabar Karl ! Enough Raffa !! Kau mengarut apa ? Tutup mulut kau !!"

Marah Uncle Abbas kepada anak angkatnya itu , dia tak mahu Raffa menaikkan lagi amarah Karl Aidyn , dia tahu Karl Aidyn bila bila masa saja mampu menembuskan kepala Raffa menggunakan peluru itu.. Raffa mendiamkan diri , tatapan tajam Karl Aidyn padanya di balas juga..Semua anak buah Uncle Abbas hanya mendiamkan diri , tak berani bertindak tanpa kebenaran Uncle Abbas sendiri..

"Tangan aku tak pernah belok untuk sesiapa pun , ni hanya peluang untuk kau , asalkan kau tahu , tiada sesiapa yang di berikan peluang oleh aku selain kau , jaga tingkah laku kau Raffa.."

Tegas dari Karl Aidyn sebelum lelaki berkasut hitam itu keluar dari rumah mewah itu.. Uncle Abbas menarik nafas panjang melihat pemergian Karl Aidyn..

***************

Kaki panjang Karl Aidyn melangkah masuk ke dalam  rumah itu , Gabriel yang resah cepat mendekati Karl Aidyn , lelaki itu jarang keluar tanpanya di sisi..

"Tuan okay ke ?"

Soal Gabriel cepat , langkahnya mengikuti Karl Aidyn , lelaki itu menuju ke arah bilik keberadaan Aara..

"Okay Gab.. kau boleh balik Taman Hijau , aku duduk sini dulu.."

"Tapi Tuan.."

"Aku tak nak orang kacau aku Gab.. Suruh Minie balik sekali , dia boleh datang bila aku suruh nanti.."

"Okay.."

Langkah Gabriel mati , tak berani melawan Karl Aidyn , kepergian Karl Aidyn hanya menjadi perhatiannya..

*********

Handphone itu di campak ke arah katil , jatuhnya hampir tempat ke tangan Aara..

"Call dorang , cakap you okay kat sini.."

"No.."

Sepatah dari Aara , tangan Aara di cengkam kasar oleh Karl Aidyn..

"Argh ! Sakit lahh ! Lepas.. !"

Meronta Aara menarik tangannya dari Karl Aidyn..

"I tak akan biar you hidup bahagia lah !"

Tajam menikam mata itu menatap isterinya..

"You nak buat apa ? Nak dera I lagi ? !! Tak cukup lagi apa yang you dah buat kemarin ? Semalam ?Bunuh I terus !! I rela mati lah dari hidup dengan you.."

Tenang dari Aara , Karl Aidyn melepaskan genggam tangannya.. dia berdiri betul , dia membelakangi Aara seketika , rambutnya sendiri di ramas keras sebelum menghadap kembali wajah Aara.. Senyuman sinis di lempar ke arah Aara..

"Kau ingat , aku nak sangat hidup dengan kau , aku jijik dengan perempuan murah macam kau.. sampai mampus pun , kau ni hanya pelacur bagi aku , tak lebih dari tu.. aku tak akan lepaskan kau dekat mana mana jantan pun !"

Badan Aara di dekatinya kembali..

"Kau tahu sebab apa kau kat sini ? Sebab kau layak jadi pelacur untuk aku.. aku pastikan kau ingat sampai mampus , masa kau dengan aku kat sini.."

Selimut yang menutupi badan Aara di selak dan di buang Karl Aidyn ke lantai , cepat baju Aara di rentap kasar oleh Karl Aidyn , badan tegap lelaki itu cuba di pukul berkali kali oleh Aara , cuba menghalang kelakuan kejam Karl Aidyn padanya , sakit badan yang masih tersisa makin melemahkan Aara , airmata Aara laju menitis di pipi.. badan kecilnya di terkam kuat pada katil , tiada daya wanita itu membangun lagi , terasa lehernya di cumbu keras oleh Karl Aidyn.. Hanya airmatanya menemani ketika ini..

[C] Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now