ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 43

4.1K 100 0
                                    

Diego memulakan permanduannya , Aara tetap dengan pilihannya , menaiki kereta berlainan dengan suami.. Karl Aidyn memandang lesu wajah Diego pada pantulan cermin itu..

"Hai.."

Sapa Karl Aidyn.. Diego memandang pantulan cermin tersebut setelah mendengar suara Karl Aidyn..

"Sorry , boleh saya tanya sikit ?"

Diego sudah berkerut dahi mendengarkan soalan dari Karl Aidyn.. cepat dia mengangguk..

"Ya boleh Tuan Karl.. apa dia ? Kalau ada apa apa , Tuan Karl boleh terus tanya , tak perlu minta izin macamtu.."

Jawab Diego cepat.. kedengaran Karl Aidyn menarik nafas panjang sebelum mula bersuara..

"Betul ke Aara isteri saya ?"

"Iya betul Tuan Karl.. Cik Puan Aara isteri Tuan Karl yang sah.."

Diego terus menjawab.. Karl Aidyn diam seketika , dia senyum nipis sebelum wajahnya kembali murung..

"Dia sayang saya ?"

Polos kedengaran soalan Karl Aidyn , tapi dia mahukan kepastian , kenapa Aara melayannya dengan dingin sejak mereka berjumpa..

"Mesti lah sayang.. Cik Puan sayang sangat dekat Tuan Karl.. dia selalu ambil berat pasal Tuan Karl.. tadi masa saya nak ke kampung tu , Cik Puan tetap nak ikut walaupun perjalanan kita agak jauh.."

Jelas Diego dengan gembira , dia mencuri pandang lagi wajah Karl Aidyn pada cermin pantulan itu , kelihatn Karl Aidyn kembali senyum..

"Saya dan Gab cuba cakap , kalau elok dia tak ikut takut dia penat sebab kerja banyak sangat dekat office lepas Tuan Karl hilang , dia berkeras nak ikut kami.. itu makna sayang , dia nak cepat cepat jumpa Tuan Karl.."

Diego cuba menambahkan senyuman pada wajah Karl Aidyn.. ternyata berjaya..

"Saya tahu dia sayang saya.."

Ucap Karl Aidyn penuh senyuman.. betul kata Gabriel , Karl Aidyn berubah betul , jarang sekali dia melihat Karl Aidyn tersenyum sebegini.. betul betul ganjil..

"Mesti lah sayang.. Cik Puan kan isteri Tuan Karl.. sebelum kejadian Tuan Karl hilang , Cik Puan dan Tuan Karl pergi honeymoon tau.. dekat Greece.."

"Luar negara ?"

Teruja wajah Karl Aidyn mendengarkan cerita Diego.. Diego mengangguk angguk..

"Iya betul.. luar negara.."

"Kalau macam tu , mesti Aara happy sangat kan dengan saya dulu.."

Wajah gembira Karl Aidyn terus memancar bahagia , tak sabar rasa di hatinya untuk sampai ke rumah mereka.. hatinya mula berbunga mengingatkan isteri..

*******

Semua menunduk bila Karl Aidyn dan Aara masuk ke rumah itu , semua menantikan kehadiran mereka.. Aara memandang malas..

"Saya tak nak tetamu malam ni.."

Mereka mengangguk lagi.. Aara terus menuju ke arah tangga.. Karl Aidyn masih kaku berdiri , terlalu ramai penjaga mereka di rumah itu.. Gabriel mendekat , faham dengan maksud pandangan Karl Aidyn itu , wajah Karl Aidyn terlalu polos..

"Ni tukang masak rumah ni , ada Bibik Siti , Nona , Linda.. Ni tukang luar , Arif dan Izat , and ni Mawar , pengurus bilik Tuan Karl dan Cik Puan.. mereka semua bekerja bawah Tuan Karl dan Cik Puan.. kalau Tuan Karl perlukan apa apa , Tuan Karl panggil dorang ya..?"

"Ramai betul.."

Karl Aidyn sudah tersenyum tawar.. Gabriel mengangguk angguk sambil tersenyum.. Gabriel memandang mereka semua..

"Tuan Karl tak sihat.. ada masalah sikit kat ingatan dia.. treat him better , please.."

Mendengarkan Gabriel.. Mereka mengangguk faham..

"Mawar , bawa Tuan Karl ke bilik.."

Mawar terus ke depan.. Dia menunduk kepada Karl Aidyn sebelum mengangkat kepala memandang wajah itu..

"Mari Tuan Karl.."

Karl Aidyn hanya menurut pergi.. Mereka mendaki tangga itu.. Karl Aidyn sampai di hadapan pintu kamar itu..

"Aara ada kat dalam ?"

Tanya Karl Aidyn dengan polos.. Mawar menggeleng..

"Tak ada Tuan Karl.. Cik Puan kat bilik dia.. hujung sana.."

Mawar menunjukkan arah bilik Aara.. Karl Aidyn berkerut dahi..

"Bukan bilik ni ?"

"Tak.. sebab memang Cik Puan akan tidur dan duduk bilik tu.."

Serba salah Mawar menjelaskan.. Karl Aidyn muram seketika.. dia dan Aara tidak sekamar..

"Saya pergi bilik tu.. awak boleh turun.. terima kasih.."

Jawab Karl Aidyn dengan senyum.. Mawar tak berkelip memandang wajah Karl Aidyn.. tak pernah Karl Aidyn senyum sebegini kepadanya , mahu melihat senyuman Karl Aidyn dalam rumah ini saja tersangat susah sebelum dia hilang..

"Mawar.."

"Ehh.. ya.."

Mawar tersipu malu , boleh saja dia mengelamun di depan Karl Aidyn.. nasib baik Karl Aidyn tak ingat semua , kalau tidak , boleh saja dia di maki seperti selalu.. syukur Mawar dalam hati..

"Iya Tuan Karl.. Saya turun dulu.. kalau ada apa apa , panggil kan saya , atau yang lain yaa..?"

Karl Aidyn mengangguk..

[C] Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now