ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 11

5K 126 0
                                    

Aara mendekat ke arah Karl Aidyn.. Kaki Karl Aidyn yang menyentuh lantai itu di letak elok ke atas katil selaras dengan badannya.. Wajah itu cukup damai ketika tanpa sedar , bila sedar ? Bagai pelakar yang tiba tiba saja boleh memanah Aara..

Aara menanggalkan stoking milik Karl Aidyn , di letakkan ke dalam bekasan pakaian kotor.. Dia sering saja melakukan kerja itu walaupun mampu untuk menyuruh pembantu yang lain untuk menguruskan Karl Aidyn.. Aara merasa , dengan melakukan itu , mungkin dia pernah menjadi seorang isteri untuk seorang lelaki.. Aara senyum kelat..

Dia ke arah almari itu , kain putih di capai.. Bekasan yang tersedia di dalam almari itu di ambil serta , terus ke bilik air.. Dia kembali dengan bekasan yang sudah di isi air hangat.. Menuju ke arah Karl Aidyn..

Wajah yang lena Karl Aidyn di lap Aara dengan air hangat , turun ke leher perlahan hingga ke badan.. Hanya itu yang mampu di lakukan oleh Aara sebagai seorang isteri.. Sekurang kurangkan dia mampu merasa mempunyai seorang suami untuk di jaga..

Kekosongan yang datang menerjah minda secara tiba tiba mengusarkan Aara.. Dia mahu di cintai , oleh seorang suami.. Tapi suami seperti Karl Aidyn ? Aara menatap lama wajah itu , perasaannya bercampur baur.. Aara bangun dari katil itu , meletakkan kain ke dalam bekasan , melangkah laju meninggalkan bilik Karl Aidyn..

*****************

Aara menghirup kopi panas itu perlahan , wajah yang muncul di depannya secara tiba agak mengejutkan , agak awal Karl Aidyn sedar hari ni.. Karl Aidyn menjeling ke arah Aara sebelum menatap pembantu yang ada di dapur itu..

"Siapa yang buat kerja tak habis semalam ? Aku tak suka orang buat kerja tak habis macam tu.. Dengan kain terendam dalam air tu , bekasan air tu pun tak bawa keluar ?! Nak suruh aku buat kerja tu semua sendiri ke apa ??!!"

Meninggi sudah suara Karl Aidyn.. Aara hanya tenang menikmati sarapannya tanpa menghiraukan kata kata Karl Aidyn.. Pembantu mereka hanya mendiamkan diri , menunduk takut..

"Aku tanya siapa ?! Kau semua tak ada mulut dah ke ? Dah puas kerja kat sini ?"

Bentak Karl Aidyn lagi..

"Err.. Se..semalam lepas Tuan balik , tak ada yang masuk bilik Tuan.. sebab.. eeerrr.. sebab Cik Puan ada dengan Tuan.."

Gagap Bibik Siti menjelaskan , mendengar kata kata Bibik Siti , mencerlung tatapan Karl Aidyn singgah ke arah Aara..

"You masuk bilik I ?"

Karl Aidyn bertanya dingin.. Aara hanya mendiamkan diri , mengunyah perlahan nasi goreng yang tersedia.. Tak semena mena kuat Karl Aidyn mengetuk meja makan itu , bergocak segala air yang berada di atas meja itu.. Aara mengeluh perlahan sebelum meletakkan sudu ke dalam pinggan , wajah Karl Aidyn di tatapnya..

"Yaa , I masuk.. Sebab you merayu dekat I.. Suruh I teman lah , suruh I pimpin lah.."

Mendengar kata kata Aara , Karl Aidyn ketawa besar seketika , wajah Aara di tatap dingin kembali.

"You mengarut ? Even I mabuk sekali pun , I tak buat benda benda yang menjijikkan macamtu.."

Balas Karl Aidyn angkuh.. Aara terkedu , membulat mata matanya , dia senyum seketika , mengusir rasa yang agak pedih untuk di terima..

"Jijik ? Benda macamtu menjijikkan bagi you ? Ooo.. sekarang dengan pelacur pelacur tu you tak ada rasa jijik ? Dengan I , you cakap macam ni ? Otak you dah tak waras ke ?"

Hati yang sakit di tahan kuat oleh Aara.. Karl Aidyn seperti tiada perasaan , dia hanya senyum mengejek..

"You ingat dengan I mabuk , you boleh mainkan I macam tu je ? Keadaan I sedar atau mabuk sekali pun , tak akan merubah , yang benda benda tu I tak akan pernah cakap dan buat sekali pun untuk you.. You tak faham faham I cakap ? Dalam mimpi you sekali pun , aku tak akan melayan dan menerima baik you."

Karl Aidyn yakin dengan kata katanya , Aara mengangguk faham , percakapan Karl Aidyn jarang sekali kalau tidak menyakitinya.. Aara sudah terbiasa..

"You know what Karl ? I rasa semalam you tak puas dengan perempuan you , sampai you balik cari I ? Mungkin sekarang perempuan tu semua tak dapat memuaskan you sampai you nak kena merayu dekat I , teman you , tidur sekali dengan you.. Hakikatnya , you cari I , bukan dorang.."

Aara pura pura ketawa , saja mahu menaikkan darah si panas baran ini.. Karl Aidyn sudah merah wajahnya menahan marah..

"Dalam mimpi you , boleh la you berangan..."

Karl Aidyn mengempal tangannya sebelum berlalu pergi dari situ , cuba menahan emosinya.. Aara menghela nafas panjang.. Sakit hatinya masih tersisa dengan kata kata Karl Aidyn.. Makanan di atas meja itu di tenung kosong , seleranya mati serta merta...

********

Karl Aidyn mencampak kuat bekasan kaca yang masih berisi air dan kain itu ke lantai , berkecai habis semuanya di lantai.. Kata kata Aara seperti membakar kepalanya , panas memuncuk hingga ke dalam dada.. Karl Aidyn memandang ke arah meja , voucher percutian itu masih ada di sana , bertambah sakit hatinya bila mengingatkan percutian itu dia akan berlayar bersama Aara.. Boleh gila nak mengadap wanita itu tiap masa , telah hati Karl Aidyn.. Dia terduduk di atas katil , Aara mesti cepat cepat dia lepaskan sebelum dia masuk betul betul ke dalam wad gila.. Kali ini dia tekad , wanita itu harus mengeluarkan fail penceraikan untuknya.. Karl Aidyn senyum sendiri...

[C] Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now