ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 83

3.5K 82 2
                                    

Taman Hijau

Aara bergegas turun dari tangga itu , Mawar
menuruti dari belakang dengan membawa bag beroda milik Aara.. sebaik mengetahui keberadaan Karl Aidyn , Aara tak mahu menunggu lebih lama lagi.. dia mahu segera berjumpa dengan suaminya..

"Saya rasa kita patut bertolak esok.."

Diego sudah muncul di depan tangga itu..  Aara membetulkan cadigannya seraya menatap Diego..

"Now.."

Arah Aara sepatah..

"Cik Puan.. sekarang dah pukul 11 malam.. kampung tu bukan dekat , berjam jam.. saya tak nak Cik Puan penat dalam kereta.. nak redah hutan semua.."

Diego bersuara berani , keselesaan Aara juga menjadi keutamaannya.. Aara berhenti langkah.. badannya yang sudah melepasi Diego membalik pandang , menatap kembali.. pandangannya seperti tak puas hati dengan kata kata Diego..

"Tuan Karl tak akan ke mana mana.. Cik Puan jangan risau.. Tuan Karl ada dekat rumah Encik Lokman.. location tak akan berubah Cik Puan.. kita boleh pergi esok.. malam ni Cik Puan rest.."

Diego menatap berani..

"Betul tu Cik Puan.. hari dah lewat.. kalau pun kita sampai kat sana.. mungkin menganggu tidur mereka.. Cik Puan rest.. kita bertolak pagi esok.."

Ika mula bersuara.. Aara mengeluh perlahan.. dia kembali dengan lajunya menuju ke arah tangga.. Ika dan Diego melepas lega melihat kepergian Aara.. mereka tahu Aara merindui Karl Aidyn..

Aara membuka pintu itu , dia memejam mata seketika , mengusir rasa penasaran di hatinya.. mindanya terus memikirkan Karl Aidyn , bagaimana keadaan Karl Aidyn di sana , sudahkah suaminya sembuh , sudahkan luka di badan suaminya beransur baik ? Mindanya tak boleh berhenti berfikir.. bila matanya terbuka , potret di dinding itu menjadi tatapannya.. Aara memegang dadanya.. cuba menguatkan hati.. dia duduk sendu di katil itu..

"I rindu you... sangatt.."

Aara menutup matanya dengan tangan.. perlahan air jernih itu turun di pipi.. badannya bergetar sendiri menahan sebak yang datang itu..

"I dont want lose you.. I can't.. I need you.."

Aara membuka perlahan matanya yang penuh dengan air jernih itu , potret Karl Aidyn di tatap.. sesalnya mengunung tinggi..

**********

KAMPUNG HUTAN PINGGIR

Mata Aara melilau mencari kelibat itu , ada beberapa kanak kanak yang bermain layang layang di sekitar pantai itu.. mata Aara menemui sesuatu , cepat dia melangkah ke arah itu..

"Sayang.."

Bahu itu di sentuh Aara , pandangan Karl Aidyn terarah kepadanya , Tisya turut berpaling..

"Awak buat apa kat sini ?"

Suara Tisya seperti kurang senang dengan kehadiran Aara.. Aara tidak langsung memandangnya , menjadi tumpuan Aara sekarang , badan Karl Aidyn.. lelaki itu berbaju tanpa berbutang , di biarkan dadanya terdedah walaupun berbalut.. Aara mengapai baju itu , seakan mahu membutangkannya..

"You buat apa kat sini ?"

Tangan itu cepat di tahan Karl Aidyn.. mata Aara tertumpu menatap Karl Aidyn.. rindu pada suaminya tiada siapa yang tahu , ingin dia memeluk saja badan Karl Aidyn..

"I datang jemput you.. kita balik..?"

Berkerut dahi Karl Aidyn menerima penyataan dari Aara , mimpi apa isterinya sampai kembali ke kampung ini..

"You cakap apa ni Aara ? I akan stay kat sini.."

Tisya tersenyum mendengarkan kata kata Karl Aidyn , Aara kelu.. sukar di fahamkan pandangan Karl Aidyn padanya.. Karl Aidyn menjatuhkan perlahan tangan Aara ke bawah.. Aara menelan liur , kelu..

"Balik lah , I tak akan ke mana mana.."

"Kita balik , ni bukan tempat you.. bukan tempat kita.."

Aara menelan sebak dan gusarnya..

"Aidyn tak nak balik.. dia lebih selesa kat sini.. jangan paksa dia.. awak boleh balik.. jangan cuba seksa Aidyn lagi.."

Tisya bersuara.. dia tak mahu Karl Aidyn memakan pujuk rayu Aara.. dia tak rela kehilangan Karl Aidyn buat kali kedua..

"Im still your wife.."

"I akan sediakan.."

"Don't..."

Sayu kedengaran suara Aara meneliti di telinganya.. terasa tangannya di sentuh lembut.. wajah itu menatap penuh pengharapan kepada Karl Aidyn.. tak mahu Karl Aidyn melepaskannya.. Karl Aidyn memejam mata perlahan , kepalanya terasa berat tiba tiba.. niatnya utuh , tak mahu terus menyakiti Aara.. Karl Aidyn menarik tangan dari pegangan Aara , Tisya sedikit lega.. Mata Karl Aidyn di buka kembali , menguatkan diri berdepan dengan tatapan mata isterinya..

"Pergi lah.. cari kebahagiaan you.."

"No.. I don't want.. I tak kan pergi mana mana.. We need to talk.. only we.."

Berkaca mata itu mengharapkan persetujuan dari Karl Aidyn.. Karl Aidyn menggeleng perlahan..

"Puan Aara.."

Mata mereka terarah pada suara yang datang itu.. Pak cik Lokman datang dengan pukatnya..

"Bila sampai..?"

Ceria wajah itu bertanya.. Tisya tidak senang duduk , dia tahu sikap ramah ayahnya..

"Baru pakcik.. datang jemput Karl.. risau dia hilang lama lama.."

Aara buat buat senyum walaupun hatinya bagai di robek dengan kata kata Karl Aidyn sebentar tadi..

"Oo , patut lah , rindu rupanya.. kalau macam tu jom lah ke rumah.."

"Ayah tak ke laut ?"

Soal Tisya , ajakan ayahnya buat Aara langsung tidak di sukainya..

"Tidak , Pakcik Samad cakap ombak kuat tengah hari ni.. jadi tak dapat nak ke laut.. mungkin esok.. Tisya ada siapkan makan tengah hari ? Boleh jemput Puan Aara sekali..?"

Tisya mengangguk perlahan , pasrah dengan permintaan ayahnya , tak mungkin dia menolak..

"Jom lah kita.."

Ajak Pakcik Lokman lagi.. berjalan melangkah ke depan bersama Tisya , Karl Aidyn menurut.. Aara turut seiringan dengan suaminya..

[C] Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now