ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 94

3.8K 82 0
                                    

Tanah Perkuburan Kota

Aara menatap sendu kuburan yang berwarna putih itu , kelihatan ianya di jaga rapi , sedikit pun tidak luntur warnanya , tampak suci dan bersih.. Terasa tangannya di genggam erat oleh Karl Aidyn.. lelaki itu menatap pandang wajah isterinya seketika , mereka berdiri selepas selesai membaca doa..

"Pa.. maaf baru sekarang Karl datang dengan Aara , lawat papa dan mama.. sebelum ni Karl biarkan Aara seorang yang datang ke sini tanpa Karl.. Maaf sebelum ni Karl tak jaga Aara dengan baik seperti mana papa dan mama jaga Aara.. Hari ni Karl datang dengan Aara , InshaAllah nanti kami bawa pula cucu papa dan mama.."

Mata Aara tiba tiba berkaca , bait bait Karl Aidyn menyentuh dalam hatinya..

"Papa dan Mama jangan risau , lepasni Karl akan jaga Aara dengan baik , macam nyawa Karl.. Karl janji.."

Bergetar suara Karl Aidyn melafaz.. Aara meleraikan genggaman Karl Aidyn padanya , badan suaminya terus di dakap erat.. terasa suaminya membelai lembut belakang Aara..

"Papa mama jangan risau ya.. Aara happy sekarang.. Aara ada pendamping untuk jaga Aara lepas papa mama pergi.. Aara kuat.. Papa dan mama tenang kat sana.. Aara selalu doakan.."

Airmata Aata akhirnya mengalir perlahan ke pipi.. terasa kuat pelukan dari suami..

"Dont cry.."

Cepat Aara menyapu airmatanya dengan selendang hitam miliknya.. dahi Aara di kucup seketika oleh Karl Aidyn.. mata suaminya kembali tertumpu pada kuburan itu kembali..

"Kami balik dulu.."

"Aara balik dulu ma , pa.. nanti Aara datang lagi.. i love so much both of you.."





Langkah kaki mereka yang seiring ke lantai itu di halang oleh seseorang.. Karl Aidyn menatap kosong wajah itu.. Aara tampak binggung.. wanita seksi di depannya di pandang bersahaja..

"Mr Aidyn.."

Sapa wanita seksi itu dengan penuh gedik sekali.. Karl Aidyn membuat muka bosannya..

"Dont say you forget me Mr Aidyn.. is me.. Emma.."

Emma sudah tergelak perlahan.. cuba di sentuh dada milik Karl Aidyn sebelum di tepis oleh lelaki itu sendiri.. Aara sudah berkerut dahi.. berani beraninya wanita ini..

"Opss.. jangan la macam ni.. lama you tak luang waktu you dengan I kan.. I rindu handsome.."

Suara Emma kedengaran gedik sekali.. Aara sudah menggulingkan biji matanya.. meluat dengan sikap murah perempuan di depannya itu.. terasa tangannya di genggam erat oleh Karl Aidyn , dia faham maksud suaminya , cuba menenangkan..

"I dont know you.."

Langkah Karl Aidyn mula menerus tapi cepat saja Emma memaut lengan lelaki itu , cepat juga Karl Aidyn menepisnya kembali..

"Watch your hand.."

Aara mula bersuara , kelihatan Emma tersenyum sinis , tanpa pedulikan Aara , Emma langsung melirik pad karl Aidyn yang sudah sedikit di belakang Aara..

"Nak I ingatkan balik kat mana ? Hotel mana ? I tahu gaya kesukaan you.."

PPAP !! Laju tangan Aara menyinggah di pipi milik Emma , terkedu sudah wanita itu sambil memegang pipinya yang sudah kemerahan.. Karl Aidyn sedikit terkejut , dia mengawal riaknya..

"Sakit lah !!"

"What are you doing ?"

Muncul suara lelaki dari tepi.. Karl Aidyn dan Aara menoleh pandang.. sepertinya Ray tak senang dengan kelakuan Aara pada Emma..

"Aa ini dia tuan dia.. ingat perempuan murahan macamni terlepas berjalan sendiri tanpa tuan.."

Aara melirik sinis.. Ray sudah terangkat kening mendengarkan Aara.. Dia mengetap gigi menahan geram..

"Come on bro.. ni Emma kot.. perempuan ni tampar dia.."

Ray menatap Karl Aidyn dengan senyuman yang tidak puas hati , di buat buat..

"Dia isteri aku.. Aara Adriana.."

Serius kedengaran suara Karl Aidyn..

"Berubah betul sekarang.. apa yang special sangat ? Setakat lawa , ramai lah kat.."

Belum sempat Ray menghabiskan kata katanya , laju saja tubuhnya jatuh ke lantai akibat tumbukan kuat Karl Aiydn pada wajahnya , mata itu merenungnya seperti hendak menelan.. Aara meluru cepat , pinggang suaminya di tahan.. Emma sudah menelan liur..

"Dont.."

Aara berbisik ke telinga itu.. Karl Aidyn mengempal tangannya sendiri , menahan emosi.. Ray sudah menutup mulutnya , pedih sudah menjalar seluruh wajah..

"Aku tak nak tengok muka kau lagi.. kalau kau nak hidup lama.. jangan berani tunjuk muka kau depan mata aku.. aku tak nak berurusan apa apa lagi dengan kau.. kau fahamkan baik kata kata aku ni.."

Pucat kelihatan wajah Ray menatap.. Emma cuba merangkul tubuh itu dari lantai.. mata mata yang lain sudah mula memandang pelik.. hilang sudah mood mahu shopping , bentak hati Aara .. lengan suaminya di paut , mahu beredar dari situ .. tak senang dengan pandangan sekeliling..


"Jangan stress sayang.. I okay.."

Aara berbisik lembut.. terasa tangannya di ulas lembut oleh suami..

"I faham.. tu masa lalu you.. now I got the new Karl Aidyn.. my husband."

Ucap Aara dengan senyuman , dia nampak wajah suaminya tadi penuh tekanan , mungkin merasa bersalah dengan kehadiran dan kata kata Emma dan Ray.. tapi sekarang Aara lebih matang.. Karl Aidyn harus mengakui itu..

"Mood shopping I ada lagi tau.. masa you banyak I nak curi ni.. so , standby.."

Aara menyambung.. Karl Aidyn sudah tersenyum..

"Anything for my wife.."

Dahi Aara kucup cepat , langkah mereka seiringan masuk ke dalam butik mewah itu..

[C] Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now