ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 25

4.9K 118 0
                                    

Aara merenung ke laut biru itu , laut setenang itu langsung tak mampu mendamaikan hatinya di kala ini.. Jiwanya meronta kuat , tak ingin di sini lagi bersama Karl Aidyn , jiwa dan raganya terseksa , sungguh ! Aara menahan airmata dari jatuh.. sekuat hati..

Tangan yang melingkar di pinggangnya secara tiba tiba mematikan lamunan Aara , cepat dia menepis tangan itu dari menjalar liar..

"Lepas lah !!"

Bentak Aara kuat apabila sedar tangan itu milik Karl Aidyn.. Matanya menjeling tajam ke arah suami , Karl Aidyn hanya senyum sinis.. terpaksa melepaskan pinggang itu..

"Tak payah nak jual mahal sangat lah , dah lebih dari ni I dapat , you lupa ke ?"

Karl Aidyn buat buat ketawa , Aara menahan amarahnya.. mahu saja wajah itu di tampar berkali kali olehnya.. Aara tenang memandang laut..

"You pergi lah , I malas nak gaduh dengan you.."

Hanya itu jawapan dari Aara..

"I pun tak nak gaduh dengan you.. I just nak manja manja dengan you.. you lupa ke kita datang sini sebab apa ? Honeymoon...."

Kepalanya di dekatkan pada telinga Aara.. berbisik perlahan.. Perkataan HONEYMOON itu saja di panjangkan Karl Aidyn , supaya Aara mengingatinya.. saja mahu membuat isterinya sakit hati.. Aara hanya mendiamkan diri , tak mahu berbahas..

"Jom.."

Karl Aidyn sudah bersilang tangan sambil memandang Aara yang leka memandang laut.. tiada respon dari Aara..

"Jom.. I nak keluar.."

"I tak nak.. you nak keluar , pergi.. jangan kacau I.."

Balas Aara cepat..

"You ingat I bodoh ? Kalau I keluar sorang sorang , nanti you lari keluar pulak dari villa ni.."

"Habis I mampu pergi mana ? Passport I dengan you kan ? You ingat I mampu nak balik malaysia tanpa passport tu ? Guna lah otak tu sikitt!!"

Karl Aidyn sudah ketawa mendengarkan bebelan isterinya.. tiba tiba hatinya tercuit.. entah kenapa.. Aara berpaling memandang Karl Aidyn , pelik dengan tingkah laku suaminya itu..

"I tahu you tak mampu nak balik Malaysia , tapi I bimbang you lari dari villa ni , pergi ikut mat salleh , jadi pelacur kat sini.."

"Watch your mouth Karl.."

Tajam pandangan isteri untuk Karl Aidyn, lelaki itu sambung ketawa..

"Jom.."

Tangan itu di tarik Karl Aidyn, Aara terpaksa melangkah juaa..

********

"Hai beautiful lady..arghhh..arghh..."

Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya , lengannya di lipat belakang oleh Karl Aidyn, terjerit sakit lelaki itu.. Aara menoleh pandang ke arah wajah bengis Karl Aidyn yang menarik tangan lelaki kerana cuba menyentuhnya..

"Watch your hand.. don't even try to touch my wife !"

"Arghh , sorry sorry.. I just want give this to your wife , the kebab coupon.."

Lelaki itu sudah mengangkat beberapa keping kertas menunjukkan kupon makanan dengan tangan kirinya ,  Aara sudah serba salah , matanya di kecilkan , tangan Karl Aidyn yang masih menekan tangan kanan lelaki itu cuba di leraikan..

"Apaa ni ? Dia nak bagi kupon kedai dia je pun.. tak payah nak berkasar macam ni.. lepas.."

Aara berbisik tajam ke arah telinga Karl Aidyn , cuba membuat Karl Aidyn melepaskan tangan lelaki itu , Karl Aidyn membuang sambil menolak , hampir terjatuh lelaki itu.. Dapat Aara lihat wajah pucat lelaki itu sedikit kemerahan menahan sakit , tangannya di gosok gosok..

"Just do your job.. I saw your hand.."

Karl Aidyn masih merenungnya dengan tajam. Lelaki itu hanya menunduk nunduk tanda maaf..

"Im so sorry , I don't intend to touch your wife.. sorry , i just , want give this , the coupon shop.. my store....."

"Shut up ! And get lost , don't even show your face again.."

Belum sempat lelaki itu menunjuk arah kedainya , Karl Aidyn sudah pantas memotong percakapannya.. 

"Im so sorry , you should give to another person.. thanks , and sorry again.."

Aara ramah membalas.. Lelaki itu sudah tersengih pucat , laju kepalanya di angguk angguk , sebelum berlari ke arah lain.. Aara memejam matanya seketika , ada saja tingkah Karl Aidyn ,dia perasan mata mata di situ terus memandang dia dan Karl Aidyn.. Aara menoleh pandang ke arah suaminya..

"You dah kenapa ? Buat malu je.. tak nampak ke orang ramai ni , ni tempat dorang , bukan tempat kita.. jaga lah perangai tu sikit.."

Membulat mata Karl Aidyn mendengar kata kata isterinya , tak sedar ke Aara , Karl Aidyn mahu melindunginya.  Aara membalikkan badan sebelum melangkah pergi , Karl Aidyn merengus kasar sebelum mengikuti langkah isterinya..

[C] Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now