ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 20

5.1K 116 1
                                    

Karl Aidyn merenung tajam ke arah Aara yang baru sahaja muncul di depan matanya itu , sedari tadi keluar , Aara baru menampakkan wajah..

"You kalau kaki tu reti berjalan sendiri cari makan , you boleh cancel semua apa yang Uncle Abbas dah booking kat sini.. Tak payah membazir macam ni , cukup dorang sediakan makan untuk I je.."

Bebel Karl Aidyn panjang , bahkan dia sendiri tak menyentuh makanan yang sudah tersedia di atas meja makan itu.. Aara memadang makanan yang tersedia di atas meja yang belum di sentuh sedikit pun..

"Laa.. sebelum ni tak ada pulak you nak mengamuk bila makanan atas meja tak tersentuh , you sendiri yang selalu abaikan makanan atas meja kan , sekarang nak ceramah kat I pasal membazir.. kelakar betul you sekarang kan.."

Aara mengejek , tak nak kalah dengan bebelan Karl Aidyn, baru Karl Aidyn rasa macam mana rasa keseorangan di meja makan tanpa sesiapa meneman , bebel hati Aara..

"I malas lah nak tengok makanan banyak macam ni , tak ada manusia nak makan.. you ingat I nak sangat ke makan semeja dengan you.."

Karl Aidyn mula berang.. Aara senyum mengejek..

"Laa , tak ada sesiapa pun cakap you nak makan dengan I.. yang you nak hangin satu badan ni kenapa ? Ke memamg you tunggu I untuk makan sekali , tengok makanan tu , you tak sentuh pun.."

Saja mahu mengusik Karl Aidyn , Aara berani menelah.. mahu melihat reaksi si suami.. cepat Karl Aidyn bangun dari kerusi makan itu , mukanya mencuka..

"You ni memang berangan tinggi lahh.. Malas nak melayan you.. I datang sini nak hilang kan tension , tapi dengan you ni.. Annoying sangat.."

Langkahnya menuju ke arah pintu utama.. Aara memandang langkah suaminya , tiba tiba hatinya tidak sedap , hari hampir malam.. dia tahu benar aktiviti malam Karl Aidyn..

"Karl.."

Panggil Aara dengan lembut.. Karl Aidyn tidak mengendahkannya , langkah Aara juga kedepan menuju ke arah langkah Karl Aidyn..

"Karl.."

Panggil Aara seraya memegang tangan Karl Aidyn , secepat itu juga Karl Aidyn menarik laju tangannya dari pegangan Aara.. sedikit tersentap Aara kerana terkejut , dia menarik nafas , menenangkan hati sendiri..

"Whatt !!? Tak payah nak sentuh sentuh I lah !"

Berang Karl Aidyn dengan tingkah Aara.. Aara menunduk pandang seketika sebelum menatap kembali mata itu..

"Sorry.. You tak makan lagi kan.. Jom makan .. I teman you makan.."

Lembut Aara bersuara , Karl Aidyn mencebik bibir..

" I tak suruh pun you teman I makan.. I nak keluar.."

Karl Aidyn berpaling mahu berlalu pergi , pantas saja lengannya di paut Aara.. secepat kilat Karl Aidyn merentap lengannya..

"You dah kenapa ?? I cakap jangan sentuh I.."

"Karl.. I minta maaf.. Jom.. I teman you makan.. or kita makan sekali.."

Karl Aidyn ketawa perlahan mendengarkan Aara.. Keningnya di angkat kehairanan.

"You dah kenapa ? Siapa yang nak makan sekali dengan you.. Bukan tadi you dah kenyang makan kat luar , tinggal I kat sini sesorang.. ?"

"Noo.. I belum makan.."

Tipu Aara.. Dia tak mahu Karl Aidyn keluar meninggalkan dia , Aara tahu Karl Aidyn akan mabuk bila dia meninggalkankan villa itu , tambahan lagi Aara tak mahu Karl Aidyn keluar mencari perempuan di luar sana , dia tahu di sini mudah untuk mendapatkan perempuan bayaran..

"Lepas tu ?? Sana makanan banyak , you makan.. I nak keluar.."

"I takut.. jangan tinggal I sorang.. please.. I takut sesorang kat sini , hari dah nak malam kan.. kita makan sama sama.. yaa ??"

Perlahan suara Aara , cuba memujuk.. Karl Aidyn sudah berkerut dahi melihat perubahan sikap Aara , jarang sekali wanita di depannya itu mahu bercakap lembut sebegitu..

"Penakut juga you ni kan.."

Kening Karl Aidyn sudah teringkat.. Aara tersenyum nipis sambil mengangguk , mengiakan ucapan Karl Aidyn..

"Ha,ah I penakut.. you baru tahu kan.. hm.. yela.. sebelum ni kan you tak pernah bertanya , I pun tak rajin nak bagitahu..emm.."

Panjang Aara berdalih , tak mahu Karl Aidyn meninggalkannya malam ini.. Karl Aidyn hanya diam sambil merenung serius isterinya.. Aara menelan liur , mengawal rasa..

"Emm.. jom lahh. Kita makan.."

Ajak Aara lagi..

"Tapi I tak cakap pun nak makan dengan you kan.."

Serius wajah Karl Aidyn , seperti kebiasannya..

"Membazirkan biar makanan macamtu tak di makan.. jom.."

Kaki Aara sudah mendekati meja makan itu , Karl Aidyn juga sudah mengikutinya tanpa sengaja , mungkin perutnya sudah lapar , abaikan saja wanita tu , bentak hati Karl Aidyn.. mereka sama sama duduk di kerusi itu.. Aara hanya mendiamkan diri , tak mahu merosakkan mood suaminya tika ini..

Stik itu di suap ke dalam mulut Karl Aidyn , menguyah perlahan.. matanya menatap isterinya berhadapan dengannya , Aara hanya menunduk menikmati makanan tersebut , terasa janggal bila makan bersama , Aara mengawal perasaannya , perasan dirinya di perhatikan , dia mengangkat wajah memandang..

"Err.. sedap kan.."

Soal Aara gugup.. Karl Aidyn dengan sikap dinginnya , mengabaikan soalan itu tanpa di jawab.. stik itu di nikmati dalam diam..

[C] Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now