Alvin Rafael : 15

5.6K 257 9
                                    

Selesai makan tengahari bersama, Alvin mengheret Felina untuk bertemu dengan pasangan raja sehari pula. Felina ikutkan sahaja kemana Alvin pergi. Dia tidak biasa dengan suasana begini. Kekok.

Alvin menepuk bahu Zaim. "Bahagia nampak"

Zaim yang sedang membetulkan veil isterinya itu berpaling ke arah Alvin. " Tuan ! Saya ingat Tuan tak datang." balas Zaim dengan senyuman lebar. Tidak sangka Alvin sanggup datang ke majlisnya kerana dia tahu jarak rumah Alvin agak jauh dari kampungnya.

Mereka berjabat tangan.

Felina senyum ke arah pengantin perempuan. Mereka hanya saling membalas senyuman.

"Aku datang lama dah. Kau jer yang tak perasan." ujar Alvin.

" Terima kasih datang majlis saya. Biasalah majlis orang kampung." ujar Zaim rendah diri. Bukan dia tidak tahu Alvin datang dari keluarga yang kaya. Risau jika Alvin tidak selesa dengan suasana kampung.

" Majlis kampung macam ni baru seronok." sambung Alvin. Benar-benar meriah majlis perkahwinan Zaim dan pasangannya walaupun hanya di kampung.

" Tuan, ini isteri saya. Lisa." Zaim memperkenalkan isterinya kepada Alvin. Wanita yang menjadi pilihan untuknya menamatkan zaman bujang.

Mereka bertukar senyuman. " Alvin. Kawan Zaim." sambung Alvin. Kawan merangkap rakan sekerja.

Lisa angguk. Kelihatan Lisa masih malu dan tidak biasa berhadapan dengan orang ramai. Mungkin introvert.

Zaim mengalihkan pandangan ke arah Felina yang berada di sisi Alvin. Tidak perasaan dengan kehadiran wanita itu kerana rancak berbual dengan Alvin. "Siapa ni Tuan ?" soal Zaim perlahan. Dia yakin wanita itu bukan tunang kepada Alvin. Setahunya, tunang Alvin bertudung dan wajahnya jauh berbeza dengan wanita di hadapannya itu.

Felina tunduk. Segan kerana dia tahu pandangan Zaim sangat berbeza. Seperti tahu dia bukan tunang kepada Alvin.

" Errr... Felina. Dia kawan aku." jawab Alvin.

Kawan ? Sakit pula hatinya apabila digelarkan sebatas kawan sedangkan mereka pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum ini. Malah mereka hampir berkahwin walaupun terbatal.

"Congratulations on your wedding." kekok Felina bersuara. Wajah cuba dimaniskan sehabis mungkin. Hanya ingin memecahkan kesunyian apabila Zaim sudah memandang dia dengan kehairanan.

" Eh kejap. Saya macam pernah tengok awak. Awak model ke ?" suara Lisa yang dari tadi hanya diam membuatkan mata dua lelaki itu beralih pada Felina.

Felina gugup. Tidak ramai yang mengenalinya di sini kerana dia aktif dalam bidang permodelan di luar negara sahaja. Malah dia merupakan model yang memperagakan jenama mewah sahaja.

Lisa melepaskan lengan Zaim dan meluru ke arah Felina. " Saya pernah nampak awak jadi model untuk Ralph Lauren ! Saya pernah nampak muka awak masa Paris Fashion Week !" penuh teruja Lisa bersuara. Tidak berkelip matanya memandang Felina. Dia tidaklah terlalu mengikuti pertunjukkan fesyen tetapi pernah beberapa kali melihat pertunjukkan fesyen dari sosial media sahaja.

Felina angguk kecil. Takkan dia nak menipu pula kan ?

" MasyaAllah tak sangka saya dapat jumpa awak depan-depan."

Felina hanya senyum malu. Segan apabila pengantin perempuan itu memujinya.

" Abang, panggil photographer ambil gambar kita berempat." pinta Lisa.

Jurugambar yang sedar akan dirinya diseru oleh Zaim mula melakukan tugasnya. Lisa mengambil tempat di sebelah Felina. Mahu mengabdikan kenangan bertemu dengan model terkenal di majlis perkahwinannya.

Until You, My Destiny Where stories live. Discover now