Alvin Rafael : 16

5.7K 262 37
                                    

" Mana hair dryer ni ?!"

Felina menyelongkar luggagenya dengan teliti. Semua ruang sudah dia teroka tetapi pengering rambut masih tidak dapat dijejaki. Rambut yang masih basah membuatkan dia semakin rimas. Entah di mana dia letakkan pengering rambut.

Felina terduduk di atas lantai dengan wajah kepenatan. Dia melepaskan keluhan. " Mana nak cari hair dryer ni ?"

" Grace... Mana you letak hair dryer I ?" soal Felina sendirian. Sejak dari dulu lagi, memang luggagenya disediakan oleh Grace memandangkan Grace merupakan pembantu peribadi dan sekaligus memegang gelaran sahabat baiknya.

Dia sangat perlukan pengering rambut. Tak mungkin dia boleh solat dalam keadaan rambut yang basah begini. Solat maghrib juga sudah hampir masuk waktu.

Tanpa berfikir lama, Felina menapak ke bilik tetamu sebelahnya yang merupakan bilik Alvin. Pintu diketuk kuat.

" Rafael !" panggil Felina kuat. Nasib bilik tetamu itu agak terasing dari orang lain. Tidaklah dia malu apabila menjerit di hadapan bilik anak teruna orang.

Beberapa saat kemudian, wajah Alvin sudah terpampang di muka pintu. " Nak apa lagi ?" soal Alvin. Alvin sudah siap sedia untuk solat berjemaah di ruang solat bersama keluarga Zaim. Dia mengenakan kain pelekat dan baju melayu berwarna hitam.

Matanya jatuh pada rambut Felina yang tidak terurus itu. Pertama kali dia melihat Felina dengan rambut yang serabai begitu kerana wanita itu sangat menjaga penampilan. Jelas kelihatan beberapa titisan air turun dari rambutnya hingga membasahi bahagian atas bajunya.

" I nak hair dryer. Rambut I basah. Macam mana nak pakai kain telekung tu kalau rambut basah ? Nanti rosak rambut I. Puas I cari dalam luggage tapi still tak jumpa hair dryer I." Felina melepaskan keresahannya.

Alvin tayang wajah kepenatan. Kenapa wanita di hadapannya terlalu menyusahkan ?

"Aku tak ada hair dryer. Kau pergi tanya Lisa. Mungkin dia ada." cadang Alvin. Dia memang guna pengering rambut jika di rumah sahaja. Tidak pernah pula dia angkut hair dryer ke mana-mana sahaja. Tak kuasa.

" Felina, ini telekung untuk Felina guna."

Serentak Alvin dan Felina berpaling ke arah Lisa yang muncul di hadapan bilik Alvin. Baru sahaja namanya di seru, terus wanita bertudung itu muncul. Di tangan Lisa juga terdapat sepasang kain telekung untuk diberikan kepada Felina.

" Kenapa ni Felina Alvin ?"

" Lisa ada hair dryer ? Minah supermodel ni nak pinjam." balas Alvin.

" Lisa tak ada hair dryer" jawab Lisa.

Jawapan Lisa membuatkan Felina kecewa. Dia sangat perlukan pengering rambut. Tak mungkin rambutnya akan kering dengan cepat tanpa hair dryer.

" Kau tak reti lap guna tuala ke ? Boleh jer guna tuala selain hair dryer. Selama ini aku guna tuala, tak botak pun rambut aku. Elok jer." sinis Alvin membalas. Dia berpeluk tubuh.

Felina mencampakkan tuala ke muka Alvin tanda protes. " Tak nak tolong cari tak apa, tak payah bebel pula dekat I. Sakit telinga I." Geram dia dengan sikap Alvin. Ada sahaja mulutnya ingin menyakitkan hati Felina.

Alvin menarik tuala yang tersangkut pada wajahnya. " Kau campak tuala dekat aku ?!" Tajam matanya mencerlung ke arah Felina.

Lisa menghela nafas berat. Pening dengan sikap dua orang manusia di hadapannya. "Cukup jangan gaduh." lembut Lisa menegur. Kalau tidak ditegur, risau semakin panjang mereka berbalah.

Until You, My Destiny Where stories live. Discover now