Alvin Rafael : 39

6K 378 27
                                    

Felina mengeringkan rambutnya yang separas bahu. Apabila dilihat dari segi rupa, hanya rambutnya sahaja yang berbeza. Dan mungkin parut di tepi dahi yang masih berbekas kerana kemalangan itu. Hanya solekan sahaja mampu menutup parut kecil kerana kemalangan itu.

Walaupun sekadar parut kecil, tetapi masih membuatkan dia terganggu kerana dia sendiri tidak ingat bagaimana dia boleh kemalangan.  Bila ditanya pada Felix, dia kemalangan disebabkan rancangan ibu tirinya. Entahlah dia sendiri tidak faham apa yang ada dalam fikiran Datin Arini sedangkan wanita itu sudah berjaya merampas Dato Ridwan.

"Cari walaupun hanya satu sebab untuk terus hidup. Cari sampai kau jumpa. Bila dah jumpa, kau akan terus bertahan untuk hidup. Cari sebab walaupun kau tahu perkara tu tak mungkin berlaku."

Sejak kemalangan, dia langsung tidak mampu mengingati apa-apa. Tetapi tidur malamnya terganggu selepas berjumpa dengan lelaki bernama Alvin itu. Suara lelaki itu seakan-akan sama dengan suara yang dia dengar dalam mimpinya.

Felina memegang kepalanya yang terasa sedikit pening. Apa kaitan Alvin dalam hidupnya ?

"Felix !"

Jeritan kuat seseorang dari perkarangan rumah itu membuatkan Felina sedikit terkejut. Laju dia menapak ke arah balkoni untuk melihat siapa yang sedang membuat bising di luar.

Dari balkoni, dia dapat melihat pengawal keselamatan cuba menghalang seseorang.

"Siapa pula yang buat kecoh ?" soal Felina kehairanan.

" Encik, jangan buat kecoh macam ni. Nanti boss saya marah."

Felina mengecilkan mata untuk melihat dengan lebih jelas. Membesar mata Felina apabila jelas kelihatan lelaki bernama Alvin Rafael itu muncul di rumahnya.

"Dia marah sebab ingat aku curi phone dia ke ?" soal Felina sendiri. Takut apabila melihat Alvin yang seperti ingin bergaduh itu.

Pandangan mata mereka bertemu. Alvin bagaikan terpaku melihat Felina yang berdiri di balkoni tingkat atas itu. Felina masih hidup. Dia yakin wanita itu adalah Felina.

Pintu dibuka dari dalam oleh seseorang. " Alvin, kau buat apa dekat sini ?" soal Felix. Tidak menyangka Alvin muncul di rumahnya ketika ini. Dia sudah dapat mengagak Alvin pasti akan mencari Felina walau apa cara sekalipun tetapi tidak sangka begitu cepat sekali.

Alvin melarikan pandangan ke arah Felix.

" Encik, saya dah cuba halang tetapi.." Pengawal keselamatan itu cuba memberi penjelasan. Risau jika dipecat kerana tidak mampu menghalang Alvin.

"You pergi sambung kerja. I can handle this." ujar Felix tenang.

Pengawal keselamatan itu angguk sebelum berlalu ke bilik pengawal. Mujur majikannya tidak marah.

Felix menapak ke arah Alvin. Belum sempat dia ingin bertanya lagi, tumbukan Alvin tepat mengena rahangnya. Pantas tindakan lelaki itu sehingga dia tidak dapat mengelak.

Felina menekup mulut kerana terkejut melihat Felix yang sudah ditumbuk oleh Alvin. Laju dia turun ke tingkat bawah.

" Oh shit." Hampir terduduk Felix kerana tumbukan kuat dari Alvin. Dia memegang pipi yang terasa kebas. Jelas darah yang mengalir dari celah bibirnya. Kuat betul tumbukan lelaki itu.

"What's wrong with you ?!" soal Felix tidak puas hati.

Alvin mendekati Felix  yang masih menahan sakit. Padangannya sudah cukup menunjukkan betapa dia marah terhadap Felix. "Mana Felina ? Kenapa kau sembunyikan dia ?!"

Until You, My Destiny Where stories live. Discover now