Pengebumian Felina sudah selesai dilakukan selepas solat asar. Tidak ramai yang hadir memandangkan Felina dikebumikan di Malaysia. Pengebumian Felina juga dirahsiakan dari pihak media memandangkan Dato Ridwan tidak mahu media luar negara membuat liputan semasa proses pengebumian. Cukuplah berita kematian Felina sahaja.
Kawasan tanah kubur itu lengang memandangkan semua sudah beransur pulang. Alvin masih setia menatap batu nisan milik Felina. Hujan gerimis tidak mampu membuatkan Alvin berganjak dari situ.
" Kami balik dulu." ujar Datin Arini pada Alvin. Dato Ridwan hanya diam dan mengikuti langkah isterinya.
Maya turut mengikuti langkah ibu bapanya. Sempat dia berpaling melihat Alvin yang masih kekal di posisinya dan seperti tidak mahu meninggalkan kubur itu. Tubir mata terasa panas melihat keadaan Alvin begitu.
Sakit ? Ya, dia sakit melihat Alvin. Tipu jika dia tidak marah dan kecewa dengan apa yang berlaku. Lelaki yang dia cinta rupanya menyimpan perasaan pada kakak tirinya sendiri. Cuma sekarang bukan waktu yang sesuai untuk dia berbincang. Dia juga perlukan ruang untuk menerima semua itu.
"Felina, kenapa kau perlu tinggalkan aku sekali lagi?" soal Alvin. Walaupun dia tahu Feluna sudah tenang dan penderitaannya selama ini sudah berakhir tetapi Alvin tidak dapat menafikan yang dia cukup menderita ketika ini. Kehilangan Felina bukan mudah untuk dirinya.
Sepi.
"Bodoh kan aku, Felina ? Bila kau dah tak ada, baru aku sedar perasaan aku pada kau. Bila semuanya dah terlambat, baru aku sedar yang aku terlalu cintakan kau."
" Kalau suatu hari nanti ada keajaiban berlaku dan kalau suatu hari nanti kau muncul kembali, aku tak akan pernah lepaskan kau."
Tak mungkin dia dapat bersama Felina di dunia ini lagi. Tetapi hatinya masih berharap ini semua sekadar mimpi. Mimpi yang panjang.
Tangan Alvin mengusap lembut batu nisan itu. Bibirnya mengukirkan senyuman perit. "Kenapa takdir terlalu kejam untuk kita ? Kenapa tak ada peluang untuk kita bersama ?" Perlahan-lahan air mata Alvin gugur.
Aviera menghampiri Alvin yang masih setia duduk di tepi kubur Felina. Hanya tinggal mereka berdua di situ. Daniel pula sudah terlebih dahulu masuk ke dalam kereta kerana Ivy tidak sihat.
" Jom balik Vin." Bahu Alvin di usap lembut.
Alvin menyeka air matanya sebelum bangun dari duduknya. Tikar yang menjadi alas duduknya digulung.
"Kau okay ?" soal Aviera lembut. Dia sendiri tertanya-tanya mengapa dia dapat rasakan Alvin bagaikan kehilangan sesuatu.
" Tak. Aku tak okay." jujur Alvin. Matanya sudah berkaca.
"Larissa Felina. She's the one right ? The one that you love six years ago." Aviera merenung tangan Alvin yang menyentuh batu nisan itu. Seperti tidak sanggup meninggalkan Felina. Dia yakin Felina adalah wanita yang pernah diceritakan oleh Alvin.
Alvin angguk. "Dia perempuan yang sepatutnya jadi isteri aku."
Aviera mengusap bahu Alvin lembut. Cuba menyalurkan semangat buat abangnya. Selama ini, Alvin selalu ada ketika dunianya hancur. Kini, tugas dia untuk ada bersama Alvin.
" Aku tak sempat untuk cakap aku masih sayangkan dia. Aku cintakan dia. Aku nak dia jadi peneman hidup aku. Dan aku tak benci dia. Aku cuma takut terluka sekali lagi." luah Alvin sayu. Kalaulah dia diberi peluang untuk putarkan masa, dia tidak akan pernah menidakkan perasaan cinta untuk Felina.
"Aku tak kenal dia personally tapi aku yakin dia tahu kau cintakan dia." balas Aviera.
" Jom balik. Kau kena berehat." ujar Aviera. Wajah Alvin benar-benar kelihatan penat dan tidak bermaya. Simpati melihat keadaan Alvin selepas Felina pergi.
YOU ARE READING
Until You, My Destiny
RomanceAlvin Rafael. Cinta ? Tiada perkataan cinta dalam kamus hidupnya lagi. Cintanya sudah lama mati. Hatinya sudah lama dibunuh. Dulu, gadis itu bagaikan takdir indah buat Alvin. Namun takdir memisahkan mereka. Tanpa dia sedar, takdir yang bertaut kem...